Sunday, December 18, 2016

Slam Live Unplugged

Yang dah 20 tahun...


Slam - Live Unplugged (1996)

Jarang jumpa benda-benda macam ni dalam blog ni...hahaha...

Terjumpa kaset ini beberapa bulan yang lepas ketika mengembur gerobok di kampung. Ianya kepunyaan adik perempuan saya. Sebab ianya dijadikan entri adalah kerana 2 perkara.

Yang pertama kerana ianya dah genap 20 tahun. Suatu benda yang kena dengan tema blog ini.

Tak pasti sangat latar belakangnya. Tetapi menurut encik google...

"Slam Live Concert Unplugged merupakan album live pertama kumpulan Slam. Terdapat lapan lagu yang merupakan runut secara langsung dari konsert Pentas Grand Slam Unplugged yang dijayakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1996 serta dua lagu rakaman studio baru yang belum diterbitkan"



Sebab kedua, ianya mengingatkan saya kepada seorang sahabat dari tempat kerja saya yang lama. Dah arwah dah. Album ini ini adalah antara kegemaran beliau. Hampir setiap hari keluar bersarapan dengan beliau pastinya album ini antara yang beliau putarkan dalam kereta sepanjang perjalanan kami ke tempat sarapan.

Beliau mempunyai sound sistem audio kereta yang hebat lagi mahal. Mendengar lagu-lagu dari album ini dengan sistem audio sebegitu memang terasa sedap. Disebabkan kerap mendengarnya, Beberapa lagunya jadi melekat pula di kepala. Boleh tahan sedap juga rupa rupanya lagu Slam ni...huhu...permainan muzik dan sound produksinya juga bagus...

(kepada Arwah Azmi, semoga roh mu sentiasa dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin)








10 comments:

  1. Slam ni ramai peminat. Kualiti lagu sedap sedap, musicians dan singer terror, dan hensem2. Last two years kot, aku tengok iklan kat paper slam nak main show, dalam hati aku cakap ada ke orang datang, sekali tu sold out la tiket. Hahahahaa

    ReplyDelete
  2. slam ni yang kekal aktif, aku rasa cuma shah slam (gitaris) ajer, beliau sering diundang as a musician dalam kebanyakkan program TV Astro.
    zamani slam (vokalis) pula kekadang timbul, kekadang tenggelam, hehe.
    manakala ahli2 yang lain dah pupus ditelan zaman kot, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slam baru lepas concert di Stadium Pasir Gudang ... lepas raya aritu

      Delete
  3. ni djaman trending semua artis nak main konsert unplugged kan?

    ReplyDelete
  4. rare kaset ni 1st tgk.. slam ni tak dinafikan lagu2nya mmg sedap klu time dilamun cinta.. haha

    ReplyDelete
  5. Shah slam selalu aku jumpa kat area gombak.walau aku tak minat slam,tapi produksi album ni mmg sedap di dengar..btw,sori bro tak sempat nak jumpa,ni nak ke melaka pulak ada urusan

    ReplyDelete
  6. Album yg mengalahkan Search unplugged untuk Best Rock Album AIM 96 keee?? Aku mmg hate diorang ni.. tapi try dengo blk tahun2 kemudian mmg diakui recording album ni neat

    ReplyDelete