Monday, April 17, 2017

Rintangan Hidup Dunia LP

Keluaran semula piring hitam rock melayu yang terkini di pasaran.


Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (Lp Reissue 2017)

Ini suatu yang mengujakan. Terutamanya jika anda membesar dengannya. Selain Search dan Battle Of The Bands, Rusty Blade adalah antara yang terawal meghasilkan album di era kebangkitan rock melayu di pertengahan 80an dahulu. Mereka adalah heavy metal melayu yang sebenar.

Sayangnya rasa teruja itu sedikit luntur apabila  melihat gambar covernya. Gambar yang blur masih boleh diterima. Tetapi gambar yang salah memang tak patut berlaku. Saya dah terbayangkan gambar Flying V Hitam Putih dan posing maut Yantzen. Tetapi apa yang ada adalah gambar dari album Ikrar Perwira. Ingatkan saya seorang yang perasan. Tetapi seorang rakan turut menghubungi saya mengatakan perkara yang sama. Nampaknya saya tidak keseorangan walaupun rasanya ramai lagi pembeli yang lainnya tidak perasan atau tidak ambil peduli atau memang tak tahu.

Gambar yang sepatutnya adalah seperti kaset di atas.

Rasanya dengan harganya yang agak mahal (RM190), perkara sebegini sememangnya tidak patut berlaku. Bagaimanakah benda yang sepatutnya menjadi khazanah negara boleh di buat secara lewa. Adalah pihak pengeluar hanya ingin mengambil kesempatan.

Dalam gatefold pun gambar line-up Ikrar Perwira. Hampeh betul. Beg tu tak dapat pun tak apa. Bukannya boleh simpan lama. Kos tu pergi kat kualiti cover lagi elok. Satu lagi...Gatefold dengan piring hitamnya keluar dari atas...agak ganjil kan?...

Satu lagi...Kat lagu tulis 1987...tapi kat bawah tu tulis 1986...semak kat kaset tulis 1987...mana yang betul? typo?....

Kadang-kadang rasa malas nak cakap banyak. Nanti ada yang kata dah untunglah tu ada. Tak suka...tak payah beli. Tapi kalau tak ditegur perkara-perkara sebegini akan sentiasa berulang-ulang. Kami bukan sekadar casual listener...bukan juga beli untuk sekadar penuhkan rak. Tapi kami adalah peminat yang membesar bersama muzik mereka. Perkara yang mungkin di anggap kecil oleh sesetengah pihak adalah amat besar bagi kami. Minat kami sepatutnya juga dihormati.




Ok la...apa-apa pun terimakasih kepada pihak yang terlibat. Nak beli lp yang asal memang harganya tak masuk akal. Semoga perkara sebegini di ambil perhatian. Nasib juga soundnya boleh tahan,

Tu la...bising-bising pun beli juga semua format...dan suka la kan...tapi sampai bila nak kena tipu?

**Agak-agak boleh tak minta dorang buat semula cover dengan gambar line-up yang betul?...macam rasa tak puas pulak tengok cover yang ini.




10 comments:

  1. Wah..yg ni pun lari tema jugak ke.heheh..masa aku gi victoria haritu pun ada dengar jugak sorang brader ni bebel pasal lp ni.potong stim laaa..

    ReplyDelete
  2. Benda sepatutnya tak berlaku..typo..gambar tak betul dh berlaku dari demam reissue cd dulu.. Namun tak de sensiviti pasal benda kecik ni.. Sedih la bila diperlakukan sebegini.. Qc kelaut baii

    ReplyDelete
  3. Fuh ada kesalahan baru lagi..nasib audio dalam tak album Ikrar Perwira..patutnya diorg kena potong harga nie..

    ReplyDelete
  4. muahahahaha. Nasib la aku takde FB, so aku tak tahu pasal cd gold la, cd sound engineer je boleh komen la, dan lp Rusty Blade ni gambo zaman lain.
    Apa pun, thanks for the review yang jujur.
    Ni la asam garam kehidupan peminat rock melayu ye tak?
    dan yes, Rusty Blade is heavy metal melayu.
    Mungkin satu band je boleh gugat posisi tu, Rockers.

    ReplyDelete
  5. Tak sepatutnya berlaku. Walau apa alasan sekalipun.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. keras harganya tu, apapun pihak yg buat ni kena juga ambil pandangan komen2 pembeli.

    ReplyDelete
  8. Aku pernah beli kaset Ori pada era mp3 tengah naik..2003 ke 2004? masa tue angkat EXIST Paragon dan SEARCH Karisma.. kaset ori hokehhh.. nak habaq QC tue memang tadak sapa endah dahh.. bayangkan kaset Karisma tadak lagu Sutera Atau Rayon yg sodap tue??? berpusing2 aku main kat player..jimbad betull..

    ReplyDelete
  9. Bro dah boleh buat video Unboxing siri2 Vinyl dan semua format nie dan bebel sebebelnya kat situ.. baru nalerkkk maaa...

    ReplyDelete