Friday, October 20, 2017

Melissa

Akhirnya...berjaya juga dimiliki...


Mercyful Fate - Melissa (1983)

Semenjak timbulnya minat untuk mengumpul cd-cd King Diamond / Mercyful Fate, ini adalah antara cd yang terawal di cari. Sayangnya agak sukar juga nak jumpa dengan harga yang mampu milik. Terimakasih kepada seorang rakan yang membantu mencari sehinggakan cd ini berjaya juga dimiliki.

Album yang ada kenangannya seperti ini memang rasa teruja bila dapat beli. Ianya pengalaman pertama penulis mendengar King Diamond di sekitar tahun 1987 ataupun 1988. Teringat kenangan mendengar lagu Melissa waktu tengah malam dalam gelap tanpa membuka lampu. Suara mengilai King Diamond memang menyeramkan.

Pada ketika itu penulis memang rasa takut untuk mendengar mereka. Dah lah liriknya pasal setan. Memang rasa inilah band yang paling setan. Itu adalah antara puncanya tak membeli kaset mereka pada ketika itu. Tetapi dalam takut-takut tu dengar juga. Maklumlah lagu-lagunya sedap. Melodic dengan solo-solo gitar yang memang berhantu.



Rasanya lagu Melissa tu adalah antara lagu wajib untuk budak -budak rock zaman tu. Kalau dengar melodi, sound dan susunan muziknya memang boleh agak pengaruhnya kepada banyak band-band rock melayu pada zaman itu.

Contohnya, lagu Melissa - Helter Skelter. Mesti tajuk tu di ambil dari album ni. Jangan cakaplah ianya pasal Melissa Saila walaupun zaman tu dia tengah hot...haha...Tapi Helter Skelter biasalah...mana nak ngaku..."Tiada Lagi Airmata" pun katanya hanya satu kebetulan...huhu...

Rekomended!






11 comments:

  1. fuhh.. masa terbaca tajuk entri kau ni tadi..aku ingatkan album baru kumpulan rock kapak melissa.. cinta untuk nabila tuhh.. adeeehhhhh.. rupa2nya mersipul pet.. alahaaaiii heheheh

    ReplyDelete
  2. Tak jumpa wei cd ni kat kedai lagi...hmv hmv uk
    pun takde ni

    ReplyDelete
  3. jealous! jealousy! terke-jealous-an!

    ReplyDelete
  4. Setakat mp3 sedot je setakat ni yg termampu aku miliki..

    ReplyDelete
  5. Pergh..dengan riaknya dia da dpt cd ni.mmg aku pun jeles.hahah

    ReplyDelete
  6. Hembusan angin senja, membawaku ke sana

    ReplyDelete
  7. Best sangat ka. Jap penulis speedrider. org nak layan spotify

    ReplyDelete
  8. http://teamrock.com/feature/2016-10-22/king-diamond-my-apartment-was-haunted-ask-the-guys-from-metallica King Diamond pun takut hantu lhooo kehkehkeh

    ReplyDelete