Monday, October 9, 2017

Triumph And Agony

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 3hb Sep yang lalu...


Warlock - Triumph And Agony (1987)

Tak mengikuti band ini. Hanya tahu nama dari majalah rock orang putih. Dulu tak jumpa kasetnya dan tiada kawan yang mendengarnya. Hanya mula cuba mendengar mereka bila munculnya zaman YouTube. Itupun kerana Doro Pesch. Lama-lama rasa menarik juga, itu yang akhirnya terbeli juga.

Dari gambar cover pun dah rasa tertarik. Gambar sebegini sememangnya senonim dengan muzik heavy metal 80an. Tak banyak dah cover yang macam ni sekarang. Muziknya menepati apa yang saya gambarkan dari covernya. Ia sememangnya heavy metal. Kerana asalnya Jerman, bolehlah digambarkan muziknya seperti Accept dengan vokalis wanita.


Sejujurnya saya tidak sangka ianya menepati citarasa saya. Walaupun mungkin ada 2, 3 lagu yang boleh dianggap filler, tetapi yang lainnya memang sedap. "All We Are", "I Rule The Ruins", "Kiss Of Death", "Metal Tango" adalah antara contoh apa yang anda inginkan untuk heavy metal. Melodic, singalong chorus berserta  rif dan solo gitar berhantu. Lagu perlahannya pun sedap. Akhirya agak lama juga cd ini berputar dalam cd player di kereta.



Triumph and Agony menepati status Doro sebagai seorang vokalis heavy metal wanita lagenda. Sayangnya walaupun ini album mereka paling berjaya tetapi ianya juga album terakhir Warlock. Perebutan nama Warlock dengan bekas pengurus mereka akhirnya membawa Doro untuk menyanyi solo.

Jika anda suka heavy metal 80an, ini sudah semestinya akan menjadi makanan anda. Memang best!




3 comments:

  1. Warlock ke doro ke, download pun tak pernah, tengok youtube je.. tapi dorsng heqvy metal la kan? Nyanyi lagu Egypt, lagu judas priest, lagu iron maiden, motorhead

    ReplyDelete
  2. Sama ngan aku tau warlock ni pasal tgk kat majalah kerrang! Yg tau penyanyi rock pompuan pun cuma doro ni ngan lita ford je

    ReplyDelete