Destiny - Saxon (1988)
Mereka tidaklah sepopular Iron Maiden ataupun Def Leppard
yang seangkatan dengan mereka. Tetapi merekalah yang paling konsisten dan aktif
dalam mengasilkan studio album sehingga hari ini. 22 album kesemuanya
berbanding Maiden, 16 dan Leppard, 11.
Destiny adalah album ke 9. Diterbitkan di zaman dunia
rock/metal dikuasai oleh MTV. Zaman Glam/Hair Metal berada di kemuncak. Mereka
juga terpaksa salin kulit. Terpaksa mengikuti peredaran zaman. Ini adalah
antara album mereka yang dikecam hebat. Baik majalah mahupun peminat.
Ianya lebih pop dan komersial. Lagu seperti "I Can't
Wait Anymore" memang susah untuk diterima oleh peminat awal mereka. Malah menurut
Biff Byford, pada satu ketika mereka terpaksa tidak memainkan lagu cover “Ride
Like the Wind" dalam persembahan live kerana teruk dikecam oleh majalah.
Ini adalah apa yang terpaksa mereka lalui demi untuk survive.
Tetapi sebenarnya album ini tidaklah seteruk mana. Pop?
Memang betul. Tetapi ianya sedap. Banyak lagu yang sedap. Rasanya jika anda tidak ada masalah mendengar lagu melodic/A.O.R, makanya anda juga tidak akan ada masalah dengan Destiny. Ada juga lagu yang heavy. "For Whom the Bell Tolls" contohnya.
Pada saya ianya bagus, Hair/Glam metal sebenarnya tidaklah jauh tersasar dari rock/metal 70an dan 80an. Tetapi kalau grunge, itulah dah lain cerita...
Pada saya ianya bagus, Hair/Glam metal sebenarnya tidaklah jauh tersasar dari rock/metal 70an dan 80an. Tetapi kalau grunge, itulah dah lain cerita...
rasanya aku belum pernah dengar lagu2 saxon... atau mungkin pernah dengar tapi tak tau itu lagu saxon
ReplyDeletecuba rekomen satu album saxon yang hype
paling senang cari Best Of terbitan tahun 1991...majoriti lagu best dan top Saxon ada dalam tu...
Deletesaxon ni 1 lagu jak yg betul2 melekat dikepalaku..tajuk lagunya "to hell and back again"..
ReplyDeletesaxon ni ada kena mengena dgn saxo tak bert...huhuhu
ReplyDelete