Thursday, July 5, 2018

South Of Heaven

Ulangtahun yang ke 30 pada hari ini, 5hb Julai...


Slayer - South Of Heaven (1988)

Pejam celik pejam celik dah 30 tahun. Satu lagi kenangan zaman remaja. Umur belasan tahun yang kita rasa kita boleh hidup selamanya. Zaman tak fikir masa depan. Bila fikir-fikir balik rasa lawak. Rasa bodoh pun ada juga…haha… Tetapi sesuatu yang rasa boleh berbanga adalah citarasa muzik. Tiada apa yang nak di malukan…tiada apa yang perlu disorok. 30 tahun dulu, saya dah dengar SLAYERRRRR!!!

Bila sentuh tentang South Of Heaven, ada sedikit sentimental value. Ini album pertama Slayer saya. Penghujung tahun 1988 adalah tahun yang saya mula kemaruk dengan thrash. South Of Heaven adalah antara kaset thrash terawal yang di beli.


Ketika itu hari-hari dengar. Maklumlah zaman tu baru ada berapa keping pun kaset dalam simpanan. Melodinya memang sudah melekat di dalam kepala. Lagu-lagu seperti "South Of Heaven", "Silent Scream","Behind the Crooked Cross", "Mandatory Suicide","Ghosts of War","Spill the Blood" dan lain-lain antara yang menjadi kegemaran

Ia agak berbeza dari Reign In Blood (1986). Tiada lagi kelajuan membunuh. Lebih melodic dan perlahan temponya. Tetapi petikan gitar Jeff Hanneman di kanan speaker dan  Kerry King di kiri speaker memang cukup berhantu. Di tambah pula dengan dentuman drum Dave Lombardo yang mengegarkan jiwa. Tidak boleh di nafikan ianya adalah salah satu dari 3 album zaman kegemilangan Slayer selain dari Reign in Blood dan Season in Abyss.

Tak perlu ulasan pajang lebar. Senang cakap, tak cukup sifat thrash lah kalau tak pernah dengar.

Terbaik!



5 comments:

  1. aku lambat dengar slayer, awal 2000an kot... tapi tak dapat masuk macam big 4 lain (actually big 2M sahaja dapat masuk)

    ReplyDelete
  2. sama la den pun....ni kaset slayer pertama den beli...zaman ni fuhhh...umo 17...otak tak fikir panjang...

    ReplyDelete
  3. masa mula2 dgr album ni punyalah sabar aku menantikan aura kelajuan seperti album reign in blood..tp syg mmg tiada...apa yg ada riff2 membunuh yg smp skrg masih melekat dkepalaku...

    ReplyDelete
  4. betul betul betul tuu.. hehehehh

    ReplyDelete
  5. Oo..album slayer paling true..heheh

    ReplyDelete