Friday, October 12, 2018

Blow My Fuse

Yang dah 30 tahun pada 21hb Sep yang lalu..


Kix - Blow My Fuse (1988)

Tak tau sangat pasal band ni. Satu-satunya lagu yang tau pun hanyalah "Dont Close Your Eyes". Popular lagu ni pada penghujung 80an dulu. Memang antara power ballad kegemaran.

Tapi sebenarnya tau nama Kix lebih awal dari itu. Ada poster. Tak ingat Kerrang! atau Metal Hammer. Gambar Kix tengah beraksi atas pentas. Suka gambar tersebut walaupun tak tau Kix ni band apa. Bila lagu "Dont Close Your Eyes" jadi popular barulah tau. Akhirnya poster tersebut ditampal di dalam pintu locker semasa menuntut di Itm bersebelahan dengan poster Dan Spitz Anthrax dan Faiznur Miskin (hahaha..)


Itu sahaja kenangan pasal Kix. Kasetnya pun dulu tak beli. Bila tiba zaman internet barulah berpeluang dengar. Ok lah juga band ni. Rock n Roll Blues ala- ala ACDC.

Sehingga kini tak ada album mereka yang lain dalam koleksi selain yang ini dan versi kaset Show Business. Mungkin patut juga tambah yang lainnya satu hari nanti. Tapi yang paling berkenan cd sempena ulang tahun ke 30 album ini , Fuse 30 Reblown. Itu pun kalau terjumpa dengan harga mampu milik.




2 comments:

  1. Samalah. Kenal Kix melalui kompilasi slow rock entah volume ke berapa? Pernah bli kompilasi sleve album tapi blum pernah dgr satu satu. Belum ada masa senang. Tgk style terus categorize sebagai glam / hair metal. Tapi mungkin salah. As wrong as i did for Saigon Kick and Enuff Z'nuff.

    ReplyDelete
  2. hai~ (takde idea nak komen, kah kah kah)

    ReplyDelete