Thursday, October 18, 2018

Manowar - discography

Kebelakangan ini banyak juga membeli cd-cd band kegemaran untuk cuba melengkapkan koleksi discography mereka. Walaupun ada di antara cd-cd tersebut adalah dari album mereka yang agak kurang diminati. Tak kisah lah versi apa, janji lengkap discography.

Kalau mengambil kira hanya studio album dan yang mempunyai lebih dari 5, hanya Iron Maiden, Megadeth dan Savatage sahaja yang lengkap discography mereka di dalam koleksi. Yang lainnya masih mencari.

Kebanyakan yang tiada adalah disebabkan cd album tersebut memang susah nak dapat (out of print), mahal atau ianya di zaman yang tidak menepati citarasa (Metalica St Anger contohnya)


Manowar adalah contoh band kegemaran tetapi ada eranya (tahun-tahun 2000 dan ke atas) yang saya agak kurang berminat dan agak 'lost' dengan mereka. Sekarang baru cuba mencari semula. Seperti gambar di atas, ianya hampir lengkap cuma album terakhir mereka 'Kings of Metal MMXIV' masih gagal untuk dimiliki.

Next target - Black Sabbath..ada lebih kurang 3 album yang belum lengkap.








6 comments:

  1. album klasik, tinggal IGR saja belum ada
    album moden, aku stop selepas WOTW/GOW

    ReplyDelete
  2. teruskan mengumpul & meng'collect' bert... terbaik bro..

    ReplyDelete
  3. Album kedua into glory ride menarik,sayang sekali production x berapa bagus, susah nak cari remastered version.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sound kasar dan mentah...ada org suka sound macam tu

      Delete
  4. Kalau Black Sabbath, ada 3 album jg yg saya cari (Headless Cross, Tyr, & Forbidden), tapi tak pernah jumpa (utk versi harga mampu milik, sekeping RM90 ke bwh). Dekat 4 tahun dah cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam 3 yang disebut tu, Tyr jer belum ada...pelan2 cari...nanti jumpa juga...

      Delete