Tuesday, June 9, 2020

Hiburan WFH - Seventh Son Of A Seventh Son

Hari terakhir "work from home". Dah rasa selesa pula berkerja dari rumah ni. Maklumlah, diam tak diam dah 2 bulan lebih sejak 2hb April. Dah rasa seronok tak payah kelam kabut pagi-pagi nak memandu pergi kerja. Baring-baring atas katil belum mandi pun dah boleh mula kerja...hahaha..

Rasanya ini entri terakhir di bawah tajuk WFH. Sebenarnya banyak lagi yang tersangkut dalam draf. Maklumlah walaupun WFH, sibuk kerjanya masih sama, date line kerjanya pun masih sama. Ada masanya memang tak sempat pun nak menulis...save the best for last....


Iron Maiden - Seventh Son Of A Seventh Son (1988)

Tak boleh nak buat kerja bila mendengar album ini. Rasa nak menyanyi sama sambil kepala terhanguk-hanguk dan ber"air guitar"...haha...

Ianya mengembalikan kenangan SPM tahun 1988. Zaman "Youth Gone Wild" dan "Smokin' In The Boys' Room". Zaman tak pikir masa depan. Seluar ketat, Kasut Warrior Hi-cut. Pergi jamming berangan nak jadi rockstar. Kalau ada Delorean, inilah tahun yang akan dituju. Kenangan terindah zaman sekolah.

Kasetnya dulu sampai lunyai dari kulit ke kulit hari-hari pasang dan dengar. Dah hilang entah kemana pun. Kaset yang gambar di atas tu beli kemudian. Semua lagu sedap. Paling tak sangka TV3 boleh putarkan video clip "Can I Play With Madness" semasa selingan nak tunggu waktu berita tengahari. Tak sangka kan Iron Maiden boleh masuk nasional tv. Siapalah mat rock yang kerja TV3 masa tu yer...Tabik!...hahaha...


3 comments:

  1. Kaset pertama yg dibeli, masa tu tahun 1992. Minat aku masa tu lebih kepada Metallica, tapi kawan yg racun suruh beli kaset ni.

    Memang tak mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Band legend macam Maiden ni setiap orang akan ada ceritanya tersendiri... Setiap orang akan ada permulaannya sendiri...

      Delete