Yang genap berusia 30 tahun pada hari ini, 27hb Mac.
Bon Jovi - 7800° Fahrenheit (1985)
Bon Jovi memang sentiasa ada tempat yang istimewa pada saya. Tak kira metal hantu atau ketika sedang melaui zaman true sekalipun, saya tetap mempunyai "soft spot" kepada mereka. Maklumlah selain Iron Maiden, mereka adalah antara cinta pertama saya kepada muzik heavy metal. (dulu-dulu Bon Jovi pun masuk kategori heavy metal)
7800° Fahrenheit tidak pernah saya dengar pada tahun ianya diterbitkan. Maklumlah album pertama Bon Jovi saya adalah "Slippery When Wet (1986)". Penghujung 80an dulu, ketika lagu "In and Out of Love" dimainkan oleh DJ Lyn Saadon dalam rancangan radionya "Rock On One" (Radio One Singapore - dah tak ujud kot stesen radio ni) saya sangkakan ianya dari album baru. Maklumlah zaman belum ujudnya internet. Jenuh juga mencari album ini kerana memang tak pernah jumpa kasetnya pada ketika itu walaupun versi "apache". Tapi sekarang dah boleh eksyen la...dah ada versi cd dan lp...heheh...
Lagu- lagu dari album ini kebanyakannya pertama kali saya dengar melalui video clip dari tape video VHS Bon Jovi Slippery When Wet. Zaman tu hampir hari-hari duduk mengadap video tu bila balik dari sekolah. Sesekali dapat tengok band rock memang kemaruk. Sekarang senanglah semua dah ada kat youtube.
Saya memang sukakan Bon Jovi pada zaman ini. Soundnya agak kasar dan mentah. Straigh hard rock/heavy metal bukannya AOR atau country rock macam zaman sekarang. Richie Sambora pun masih pakai gitar cabang-cabang la kan. Tak rasa pun muzik mereka akan kembali ke zaman ini. Mereka dah "move on". Tambah-tambah Richie Sambora pun dah blah. Saya sahaja yang tetap bernostalgia.
Kenangan zaman sekolah...
Pergghh..betul punya riak ni ada lp ngan cd.heheh..aku pun sama mcm ko bro.kenal bon jovi album "slipery when wet" jugak.bon jovi era 80s ngan early 90s je sampai "keep the faith" bila dia da start buat rambut pesyen GQ tu aku dah tak follow dah..heheh
ReplyDeleteNi album aku dengar was bootleg kaset dari kawan aku zaman Slippery When Wet nye tour.. then aku tahu cam Silent Night gitu... Abis je bootleg live tu, terus sambung Edge Of A Broken Heart, then kawan aku cakap ah ni pun Bon Jovi jugak... ntah mana dia dapat kaset live tu dah berapa kali dubbing haha
ReplyDeletemaklumlah... dah hobi LP
ReplyDeletehehe,, mention terus LP..
ReplyDeleteamboi LP Bon Jovi tuuuu
ReplyDelete