Wednesday, January 27, 2021

2020

 Ini bukan pasal tahun 2020. Tapi album terbaru dari Bon Jovi

Bon Jovi - 2020 (2020)

Lama dah tak beli album-album dari Bon Jovi. Yang betul- betul beli dan dengar adalah These Days (1995). Album-album selepas dari itu memang tak minat. Ini yang susahnya bila band dah berubah tetapi peminatnya tidak.

Terjebak membeli cd ini kerana ada lagu-lagunya yang "jiwa"nya membawa kita kembali ke era Bon Jovi di awal 90an. Lagu "Blood in the water" seolah-olah lagu dari album Keep the Faith/These Days. Solo gitarnya juga mempunyai "rasa" solo Richie Sambora. "Story of Love" pula melodinya mengingatkan saya kepada lagu kumpulan Soul Asylum.

Ada la 2, 3 lagu lain yang melodinya sedap. "Limitless", "Do What You Can"... Tapi jangan harap ianya sebuah album hard rock seperti dulu-dulu. Bon Jovi sekarang hanyalah sebuah band pop rock yang muziknya mungkin kedengaran seperti Bruce Springsteen ataupun John Mellencamp.

Tanpa Richie Sambora, Bon Jovi hanyalah seperti album solo Jon Bon Jovi yang muziknya menampilkan Tico Torres dan David Bryan ...


 

2 comments:

  1. entah, kali terakhir betul-betul layan Bon Jovi era album These Days dan kompilasi Cross Road

    era album Crush layan lagu It's My Life saja

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ulasan ini. Jadi teringin nak dengar!

    ReplyDelete