Thursday, February 5, 2015

Vs BENGALURU FC

AFC Champions League 
Preliminary Round 1
04hb Februari 2015


Johor Darul Ta'zim 2  Bengaluru FC (India) 1
( Harris Harun 47', S. Chanturu 96')
selepas masa tambahan


1 - Perlawaan pertama saya untuk musim ini. Hari tu masa Piala Sumbangsih vs Pahang tak dapat turun kerana terpaksa ke Mersing untuk menghantar anak balik asrama.


2 - Ada beberapa perubahan keadaan di Larkin berbanding musim lepas. Antaranya lampu makin terang. Pagar di bawah dah diganti dengan pagar cermin yang lebih rendah. Tak la menghalang penglihatan yang duduk di bawah. Tapi kalau bola leret tetap apa pun tak nampak pasal kena lindung dengan LED board tu.

3 - Tempat duduk pemain simpanan pun dah lain. Jenis dalam tanah. Tetapi yang paling nampak lainnya bab marshall stadium  ni la.


4 - Rasa macam kat EPL la pulak. Yang jaga bawah tu takder can la nak tengok bola. Semua kena ngadap ke penonton. Penat juga kena berdiri sepanjang game kan...


5 - Pertama kali duduk kat kawasan B.O.S. Memang meriah. Walaupun "overtime" nyanyi 120 minit pun tetap masih steady. Untuk AFC, dorang siap nyanyi lagu omputeh...heheh..

6 - Sejak ada marshall ni best sikit. Orang tak boleh nak booking seat. So takder la tengok dari jauh macam kosong. Sampai dekat oarng dah booking letak beg la, mafla la, air la...tension jer...Kalau datang lepas maghrib pun masih ada can ler untuk dapat tempat duduk.

7 - Tambah ini game AFC. Peraturan ketat. Tak boleh duduk atas tangga atau kaki berjuntai kat ruang atas tu. Baru best. Rasa macam kat EPL. Lagipun dari segi keselamatan ini memang bagus. Nak pergi toilet pun senang. Takder terkial-kial nak lalu celah orang.

8 - Harap perlawanan liga super pun ikut undang-undang macam ni. Tapi malam tadi cuma 17,400 lebih penonton ajer. Hari kerja la kan. Kalau sendat macam biasa rasanya takder pilihan kot tetap kena duduk atas tangga. Ni tanggungjawap pihak stadium la jangan jual tiket lebih kapasiti.


9 - Jenuh juga kena gol last minit. Tak pasal-pasal kena tambahan masa. Dah la perut kebulur lapar. Musim ni takder orang jual "burger keras" dalam stadium. Orang jual air kat dalam stadium pun sold out. Sabar jer la...kebulur sepanjang game...hahaha..

10 - Nak buat macamana. Standard liga dan ranking Malaysia teruk. Kena la main preliminary round untuk layak champion league. Bukan satu...tapi 3 round. Ni minggu depan lawan kelab Thailand. Lepas tu kalau memang kena pulak lawan kelab dari China. Menang tu baru layak. Jenuh la banyak game.

11 - Malam tadi banyak peluang untuk gol. Tapi nasib tak baik. Mungkin baru awal musim. Player pun belum panas. Tapi memang nampak semua pancit la kena main 120 minit. Tapi tak kisah la...yang penting menang.


12 - Satu aku nak komplen adalah keadaan tandas dan tempat nak ambil air sembahyang. Tak banyak. Dah tu tandas pun sumbat...air meladung kat lantai. Pulak tu air pili tu halus bebeno. Memang masalah nak ambil air sembahyang.

13 - Tapi bab surau memang patut kena puji la. Luas. Ni pertama kali berpeluang ke sini. Biasa sembahyang kat luar stadium. Maklum la tak pernah masuk ikut pintu B (kawasan B.O,S).

kali ni takder gambar kepala anjing...hahaha..
14 - Itu ajer la kot. Ni jer yang teringat buat masa ni. Tulis panjang-panjang pun belum tentu ada yang baca...banyak tengok gambar je kan?  hahaha

Ok..till next game...kalau pergi la...


LUASKAN KUASAMU!!!





6 comments:

  1. Bengaluru fc pun boleh tahan jugak eh.banyak perubahan stadium dah mcm standard europe dah.cantik.
    Btw,word "meladung" tu aku penah telepas cakap kat dlm rumah,housemate aku tecengang pelik..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama jer kelab dari india...JDT lebih banyak player gelap banding dengan dorang...hahaha...

      Delete
    2. kalau ada lagi 1 or 2 team yg visinya mcm jdt mmg aku rasa liga malaysia dah bole maju lagi jauh kehadapan...

      Delete
  2. taniah jdt, aku support juga malam tu depan tv. lagi satu pengulas tv9 nye suara cam ceta misteri siak..hahaha.. harap jdt menang 3 3 perlawanan kelayakan.

    ReplyDelete
  3. aku baca.. semua.
    Aku tahu ada orang kat tenet suka reply atau post gini "panjangnya...malas nak baca", atau "sapa nak baca panjang gini", atau "sapa boleh tolong ringkaskan".

    Well.. Tapi aku baca... So teruskan.

    ReplyDelete