Separuh Akhir 2nd Leg
25hb Oktober 2014
Johor Darul Takzim 3 KL Felda United 1
(Luciano Gabriel Figueroa 29' 63', Amri Yahyah 71')
Lambat sikit update...maka yang ringkas-ringkas sahajalah.
1 - Perlawanan hari sabtu, dah boleh agak dah sesaknya macamana. Sampai pukul 6 pun dah melilau cari parking.
2 - Dalam stadium lagi la pulak. Belum pukul 7 pun dah tiada tempat duduk. Nasib la kalau ada kawan-kawan yang tolong tempahkan tempat. Kalau tak samada duduk kat tangga atau berdiri sahajalah sepanjang perlawanan.
Salji di Larkin? |
3 - Macam biasa kalau dah dekat-dekat final atau pun final, mesti timbul isu penjualan tiket. Kesian juga dengar cerita ada yang beratur dari awal pagi tapi bila kaunter buka baru sejam, tiket dah abis. Siap ada yang mengamuk dengar ceritanya. Seorang cuma dibenarkan beli 3 tiket. Maknanya memang tak banyaklah jumlah yang dijual kat kaunter. Orang dalam dah ambil separuh kot, kalau tak..takkan penulis pun boleh dapat tiket tanpa perlu beratur (buat muka jahat...heheheh...)
4 - Stadium dah canggih, sayangnya proses jualan tiket masih di takuk lama. Sudah sepatutnya sistem on-line digunakan. Barulah boleh nampak berapa sebenarnya jumlah yang di jual untuk orang ramai. Siapa cepat dia dapat. Tak payah lagi lah penat nak bersesak sejak awal pagi untuk beratur.
5 - Seperti di duga, sempena pernikahan TMJ sehari sebelumnya. Lagu pengantin baru dinyanyikan. B.O.S dengan lagu Gambus Jodoh (yang liriknya "Pukullah tabuh...Pukullah tabuh pukul rebana" tu dari filem Madu 3 kot kalau tak silap) dan juga lagu Selamat Pengantin Baru.
6 - Stadium full house. Maknanya boleh bayangkan lah macamana bergegarnya suasana bila gol dijaringkan. Kredit juga kepada penyokong Felda. Boleh tahan ramai yang datang. Tu tak termasuk yang datang dari Felda tapi pakai jersi JDT lagi tu (termasuklah penulis...heheh...)
Kali pertama selepas setahun baru ada bakar flare |
7 - Tentang game tak payah cerita lah. Yang tak datang stadium pun dah tengok kat tv. Cuma kesian kat Aidil dua kali berturut-turut tak boleh main kat final, Tahun lepas FA cup, kali ni Piala Malaysia. Tapi yang Nazrin Nawi punya kad merah tu memang majoriti penonton termasuk aku tak perasan pun. Maklumlah minit last, semua pun dah berdiri ready nak pesta tak perasan pun apa yang berlaku. Kat luar pun dah berdentum bunga api.
8 - Aku habis game terus balik. Esok anak nak sekolah. Tapi majoriti kat stadium terus berpesta, Bagus juga. Kali pertama keluar stadium tak sesak. Memandu balik pun line clear. 15 minit dah sampai rumah.
9 - Selamat berjumpa di Bukit Jalil. Sayangnya aku berkemungkinan besar tak dapat pergi. Sabtu tu aku kerja. Tutup akaun hujung bulan. Memang takder can nak cuti.
10 - Khabarnya TMJ nak sponsor bas penyokong. Rugi betullah tak dapat pergi. Masih teringat-ingat kemeriahan final FA Cup tahun lepas. Harap-harap menanglah. Lama dah wakil dari Johor tak memang Piala Malaysia.
LUASKAN KUASAMU!
dorang baling apa salji tu?
ReplyDeletekertas potong kecik2...
Deletelawalah foto salji tu.. cam River Plate lawan Boca hehe
ReplyDeletekesian ler pakcik/makcik cleaner nak bersihkan salji tu semua esoknya...heheh..
Deletenazrin tu gila lah, dia tendang last minit buat apa, kan dah kena kad merah... ni nazrin ni hebat juga aku tgk, larian dia bebahaya,.. kawan baik aku kat tempat keja ni org pahang, dia nak ajak g bukit jalil, hehe..
ReplyDeleteTu kena duduk kat set set Tok Gajah tu...heheh...
DeleteSeperti di duga, sempena pernikahan TMJ sehari sebelumnya. Lagu pengantin baru dinyanyikan. B.O.S dengan lagu Gambus Jodoh (yang liriknya "Pukullah tabuh...Pukullah tabuh pukul rebana" tu dari filem Madu 3 kot kalau tak silap) dan juga lagu Selamat Pengantin Baru. ( bab madu 3 tu bahaya sikit... keturunan nikah banyak... nasib sultan sekarang 1 aje isteri dia )
ReplyDeleteduit ada...kuasa ada...heheh...
DeletePasal kt johor pun banyak felda.so takda la nak gaduh2..heheh
ReplyDelete