Saturday, November 1, 2014
Final Piala Malaysia 2014
Aku tak dapat pergi. Tanggungjawap pada kerja ada masanya perlu diutamakan. Sedih memang sedih. Terutamanya bila tiket dah ada dalam genggaman. Tambah-tambah pula syarikat tempat orang rumah aku berkerja (antara penaja utama JDT) menganjurkan perkhidmatan bas percuma...
Memang tak ada rezeki nampaknya. Kemeriahan suasana Final Piala FA tahun lalu (seperti gambar di atas) akan terus menjadi kenangan. Tahun ni guling-guling depan tv ajerlah nampaknya. Kasihan juga dengar cerita ada fan yang tak dapat tiket. True fan yang tiap-tiap minggu turun Larkin tak dapat...geng-geng rombongan makcik Kiah yang ada kabel besar yang sebelum ni tak pernah ambil tahu pasal bola pula yang dapat...Final Piala FA tahun lepas pun macam tu juga.
Entah bila la bola Malaysia ni nak settle masalah jual tiket...tapi salut pada mereka yang beratur beli tiket di Larkin tempohari. Teratur...aman damai...takder tolak menolak gaduh-gaduh...macam ni lah yang kita mahukan. Tapi ada kawan aku yang tidur kat stadium semata-mata nak dapatkan tiket. Respek!
Mungkin pada yang tak paham akan mencebik...banyak aku terbaca kat FB macam tu...tapi ini di namakan passion...ada orang sanggup habis beribu nak tengok Iron Maiden atau sanggup berebut nak duduk depan stage Metallica...ada pula yang berhabis nak kolek vinyl...yang bergolok bergadai nak make-up kereta, bersengkang mata pergi memancing...dan macam-macam passion lagi kat dunia ni...walaupun semuanya duniawi...tak payah lah nak mengutuk passion orang lain.
Apa-apa pun all the best untuk JDT dan Pahang. May the best team win. Walaupun sudah tentu-tentunya aku nak JDT yang menang.
Kepada sesiapa yang pergi tu...semoga selamat segalanya....enjoy beb!!!.....
LUASKAN KUASAMU!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ni aku type kul 5.45.
ReplyDeleteHujan lebat wei..
Abislah basah semua nak tunggu masuk stadium. Penuh sesak kau.
Lrt arah bukit jalil packed cam sadin.
Aku pun tak dpt tiket bro..sedey..tapi harini ramai kelibat penyokong pahang jek..yg penyokong johor baru nampak kat lrt masjid jamek..apa pun harap mlm ni game yg tebaik la..takda gaduh2
ReplyDeleteharap jdt menang
ReplyDeletepatutnya jdt menang..
ReplyDeletetakder nasib...
ReplyDelete