Friday, June 6, 2014

The Hell of Steel

Lagi yang menyambut ulang tahun ke 20..


Manowar - The Hell of Steel (1994)

Zaman sebelum e-bay dulu agak susah juga untuk mencari album-album rock/heavy metal lama kegemaran. Bila terjumpa album kompilasi macam ni memang tak akan lepaskan peluang.

Ketika The Hell of Steel di jual dikedai-kedai kaset di Malaysia. Satu-satunya album (kaset) Manowar yang saya ada hanyalah Triumph Of Steel. Saya sebenarnya agak terlambat dalam mendengar Manowar. Malah saya lebih dahulu mendengar Kekejaman (Rockers) dari Hail And Kill.


Ketika itu (1994), album mereka yang pernah saya dengar cuma Fighting the World, Kings of Metal dan The Triumph of Steel. Bayangkan bertapa gembiranya bila kesemua lagu-lagu best dari era tersebut ada dalam kompulasi ini. Memang best.

 Ini bukanlah kompilasi yang betul-betul lengkap. Hanya lagu-lagu dari album ketika mereka di bawah naungan syarikat rakaman Atlantic. Tetapi sudah cukup untuk memberikan gambaran bagaimana muzik Manowar bagi sesiapa yang baru pertama kali hendak mencuba muzik mereka.

Best!




6 comments:

  1. dulu2 layan versi kaset (dubbing kaset abg takilala) dari djaman lps spm dibawa smpi masuk usm... 2009 baru dpt cd

    cuma aku tak berkenan dgn cover art kompilasi ni, tak se"standard" cover art manowar lain

    ReplyDelete
  2. ni yang unik pasal ada herz auz sthal ye? kagum tu jam heart of steel cakap jerman

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nanti aku nak try la dengar balik manowar ni..sebelum ni dengar sekali lalu je..

    ReplyDelete