Friday, December 21, 2012

Battle Hymns

Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun yang ke 30


Manowar - Battle Hymns (1982)

Ini adalah album pertama Manowar. Ianya sedikit berbeza dengan album2 mereka yang kemudiannya. Berkemungkinan Joey DeMaio dan Ross The Boss pada ketika itu masih tercari-cari arah tuju Manowar. Walaupun mereka mengatakan yang mereka adalah paling true dan paling berat, tapi kenyataannya separuh daripada lagu2 dari album ini hanyalah lagu2 straight hard rock yang biasa.

4 lagu yang pertama "Death Tone", "Metal Daze", "Fast Taker" dan "Shell Shock" adalah lagu2 yang mempunyai pengaruh NWOBHM. Malah lagu 'Shell Shock" kedengaran seperti ACDC di telinga saya. Tetapi 4 lagu yang terakhir "Manowar", "Dark Avenger", "Battle Hymn" dan juga instrumental Joey "William's Tale" merupakan lagu2 yang menjadi signature Manowar di masa mendatang.


"Dark Avenger" dan  "Battle Hymn" adalah lagu pilihan saya. Epic dan power metal gaya Manowar yang menjadikan mereka salah sebuah band metal kegemaran saya. Kemungkinan perbezaan lagu2 dari album ini berbanding album2 mereka yang mendatang adalah lagu2nya kebanyakannnya ditulis oleh Ross The Boss sebelum Joey jadi gila kuasa mencipta kebanyakan lagu2  Manowar di masa mendatang...heheh...

Apa2 pun, ini sememangnya sebuah album metal yang bagus tetapi jika anda baru pertama kali hendak mendengar Manowar, mungkin ini bukanlah album yang sepatutnya anda bermula.



***Saya masih belum berpeluang untuk memiliki Battle Hymns MMXI...dan masih menunggu untuk The Lord of Steel...



5 comments:

  1. first album diorang ialah pada tahun 1982? Perghhj aku baru umur setahun beb...

    ReplyDelete
  2. one of the best album. Lagu rock n roll!

    ReplyDelete
  3. versi yg sama, beli kat ebay... tp dpt secara "free"

    ReplyDelete
  4. ya...very nice..

    we met on english ground, indeed.

    ReplyDelete
  5. 1982 ke?betul2 awal 80an ni..rok tetap rok (slanga rock 80an) heheh

    ReplyDelete