Lagi yang dah berusia 30 tahun...
Manowar - Sign of the Hammer (1984)
Rasanya ini antara album Manowar yang jarang disebut berbanding lain-lain album awal mereka. Tak pasti kenapa. Mungkin kerana ianya diterbitkan oleh label yang tak dikenali menjadikannya agak sukar nak dapat ataupun kerana ada sesetengah peminat yang beranggapan album ini seperti Manowar melangkah ke belakang.
Selepas Hail to England, ramai yang beranggapan muzik mereka akan tertumpu ke arah epic power metal. Tetapi Sign of the Hammer tidak begitu. Masih ada beberapa lagu seolah-olah mereka di era Battle Hymns. "All Men Play on 10" dan "Animals" adalah lagu yang berkonsepkan heavy metal/hard rock. Mungkin disebabkan album ini dikeluarkan hanya 4 bulan selepas Hail to England, ada kemungkinannya lagu-lagu ini adalah lagu-lagu lama mereka.
"The Oath" dan lagu tajuk album, "Sign of the Hammer" adalah lagu era awal speed metal menakala "Thor", "Mountains" dan "Guyana" pula adalah lagu berkonsepkan epic power metal Manowar yang kita kenali semenjak dari album Fighting the World dan setererusnya. Memang best dan sedap lagu-lagunya. Variasinya membuatkan saya tak jemu.
Walaupun saya agak terlambat untuk mendengar album ini, tetapi ianya adalah antara album Manowar kegemaran saya. Memang terbaik!. Saya selalu terpikir, adakah jika 30 tahun yang lalu saya terlebih dahulu mendengar album seperti ini berbanding Seven and the Ragged Tiger. Mungkin saya tak akan mencuba untuk berambut jambul ala-ala John Taylor ketika zaman sekolah dahulu...heheh...
Terbaik!...Death to False Metal!
Susah nak dapatkan album ni dulu, aku masih ingat kena suruh kedai roxy orderkan...
ReplyDeleteZaman2 dulu tu. Mountain gerek, sign of hammer gerek dan "this is scott columbus, and he pounds his drums like the hammer of Thor".
Hampa aku tengok manowar sekarang... aku hampa sejak warriors of the world tu tapi sekarang makin hampa.
cam logo nazi kaler covernya...
ReplyDeleteaku punya beli drp kedai CD dr ben (rock at large)
ReplyDeletethank you, scott...
saya nak tergelak bila tgk band-band lain (local mostly) yang buat lagu ada tajuk guna perkataan 'heavy metal...bla..bla..bla...' adui, depa tak tau ka hanya Manowar aja ada ego, proud, courage, might utk nyanyi lagu-lagu mcm tu... ni suara pun tak baligh, badan skeletal, spender kulit pun takda... berani depa buat lagu macam tu... aiyo.
ReplyDeleteMemang taktau pun manowar ada album ni..ooo..dulu rambut penah ada jambul mcm john Taylor gak ek..hehehe
ReplyDelete