Thursday, January 17, 2013

Warriors of the World

Entri yang sepatutnya diterbitkan tahun lepas tetapi terlajak....

Album yang dah 10 11 tahun.


Manowar - Warriors of the World (2002)

Album yang membuatkan ramai peminat lama jadi tawar hati kepada mereka termasuklah saya. Track pertama "Call to Arms" sebenarnya adalah sebuah lagu yang agak bagus juga tetapi 4,5 lagu selepas itu lah yang menjadi puncanya ramai yang tak suka.

Manowar cuba menunjukkan sikap patriotik mereka selepas peristiwa 9/11. Sayangnya mereka memilih untuk menjadi meleweh dengan lagu-lagu jenis opera. Ok, Master Of The Wind juga adalah lagu yang meleweh, tetapi kalau ada 4,5 lagu meleweh dalam satu album kononnya true metal memang agak membosankan juga.


Kaset ini saya tinggalkan dalam gerobok tak terusik sehinggalah sekarang. Mendengarnya semula (secara download, radio kaset saya dah rosak) selepas 10 11 tahun dengan usia yang semakin tua dewasa memungkinkan saya mendengarnya dengan pemikiran yang lebih terbuka.

Kesimpulannya Warriors Of The World takderlah seteruk mana. Layan jugak sesekali bila mendengar Eric Adams cuba untuk menjadi Luciano Pavarotti. Tetapi apa yang dulunya saya tak perasan adalah 3 lagu terakhir dari album ini. Oleh kerana selalu berhenti mendengar selepas track ke 3 atau ke 4 "Hand of Doom," "House of Death," dan "Fight Until We Die" adalah hidden gems yang saya terlepas pandang. Ini lah apa yang peminat lama Manowar mahukan. Hard, heavy, and brutal!. Tak kisah lah kalau liriknya balik-balik Kill, Die,Sword,Death,Metal.Steel dan lain lain tu. Dah namanya Manowar, kalau tak macam itu....ianya bukanlah Manowar kan?



7 comments:

  1. album ni aku cuma ada CD versi asialink (hehehe)

    tp kira oke lg album ni klu bandingkan dgn album seterusnya - gods of war, lg byk opera khayalannya

    ReplyDelete
  2. Suka album Manowar yang lama2..yang baru2 ni tak berapa nak masyuk..

    ReplyDelete
  3. masih lagi mengkaji pasal band ni, menarik jugak ek...hehe (mentaliti metalhead zaman moden)

    ReplyDelete
  4. ...Manowar..mengingatkan aku pada sorang kawan..suka main besi kat gym sambil dengar lagu dorang...

    ReplyDelete
  5. master of the wind gerek pe.. haha.

    What the hell happened to Manowar that I used to love.

    ReplyDelete
  6. stop beli manowar selepas Louder (than hell) ....

    ReplyDelete
  7. aku stop beli Manowar lepas album ni...

    ReplyDelete