Salah satu calon album pilihan untuk tahun 2022...
Megadeth - The Sick, the Dying... and the Dead! [2022]
Semakin berusia semakin kurang teruja untuk mendengar lagu-lagu baru walaupun ianya datang dari band/penyanyi yang kita gemar dari zaman budak-budak. Mungkin otak semakin malas untuk memproses.
Sebab lainnya adalah kekangan masa. Kita bukan lagi seorang remaja yang boleh menghabiskan masa berjam-jam membelek inlay dan lirik. Mendengar muzik bagi orang tua (haha..) adalah sekadar latar belakang ketika melakukan sesuatu kerja yang lain.
Yang betul-betul dapat menghayati muzik hanyalah pada cuti hujung minggu atau ketika terperangkap dalam kesesakan jalanraya. Mungkin ianya adalah antara faktor utama mengapa agak sukar untuk menghayati lagu-lagu baru kecuali jika ianya benar-benar lagu yang tersangat catchy.
Begitulah yang terjadi kepada saya untuk album terbaru dari Megadeth. Jangan salah faham. Saya tak kata album ini tidak bagus. Banyak lagu-lagunya yang bagus dan sedap. Ianya campuran Megadeth yang baru dan lama. Jika anda sukakan album sebelumnya, pastinya album ini bukan satu masalah. Mustaine masih belum kering idea. Solo-solo Kiko pun hebat. Tetapi saya yang bermasalah untuk mengingati lagu-lagunya. Dengar...memang sedap...tetapi kurang melekat.
Lagu-lagu yang kurang keras atau dianggap sebagai cheesy seperti "Mission to Mars" dan "Celebutante" adalah lebih mudah hadam. Mungkin juga kerana faktor usia. Malah lagu cover Sammy Hagar, "This Planet's on Fire" adalah antara yang paling cepat diingati. Tak pasal-pasal pula terpaksa membeli cd cetakan Russia semata-mata kerana lagu tersebut tiada dalam versi original yang asal.
Atas versi original EU press. Bawah versi Russia dengan 3 lagu bonus yang mana satu darinya (The Conjuring Live) adalah hanya untuk versi digital |
Sesuatu yang mengembalikan nostalgia kepada saya adalah tajuk albumnya. Pengunaan tiga titik pada tajuknya seolah-olah satu tribute kepada 3 album terawal mereka yang kali terakhir digunakan adalah pada album "So Far, So Good... So What!" pada tahun 1988.
Secara keseluruhannya ianya adalah sebuah album yang bagus. Tetapi bukanlah yang terbaik. Megadeth sememangnya masih berbisa. Jika sekiranya ini adalah album terakhir dari mereka, maka ianya bolehlah dikatakan sebagai penutup yang boleh dibangakan.
Kesimpulannya tetap Megadeth > Metallica 😁
tengok harga runcit CD terkini kadang-kadang membuatkan aku hilang mood untuk menarik picu album-album terkini
ReplyDeletebetul.... harga cd sekarang memang tak mesra marhain.... tu pasal golongan kebanyakan layan muzik free secara digital ajer...
Deletesaya belum berkesempatan utk dengar lagu dari album baru ini. tapi memang saya setuju lagu2 megadeth akhir2 ni takda satu pun yg catchy. oleh itu, Metallica > Megadeth. heheheh
ReplyDeletehaha...masing2 punya citarasa...
DeleteSaya suka baca celoteh-celoteh dari ulasan muzik ini sendiri. hahaha. Mengingatkan diri sendiri. betul bro... malaslah dengar muzik. Cuma sekarang bagi ruang utk dengar muzik sendiri bikin jaa... tu pun sesekali...
ReplyDeletehaha...nak ulas bukan pandai...bebel diri sendiri jer la...
Delete