Friday, February 26, 2016

Dystopia




Megadeth - Dystopia (2016)

Album baru. Harapan baru. Setiap kali itu juga Dave Mustaine menjanjikan yang ianya sehebat zaman lampau mereka. Tetapi secara jujurnya pada saya semenjak tiadanya Marty Friedman dan Nick Menza, Megadeth bagaikan hilang magik.

Album-album selepas mereka walaupun ada lagu yang bagus tetapi kurang  mencapai tahap piawaian yang saya harapkan. Mungkin ianya hanya saya. Maklumlah, selera muzik saya masih terperangkap didalam era 80an.


Dystopia sedikit mengujakan. Kemasukan Kiko Loureiro seperti satu pengharapan baru. Hasil kerja beliau ketika bersama Angra memang menarik. Tidak menafikan kehebatan Chris Broderick tetapi pada saya Kiko mampu menghasilkan solo-solo yang lebih berjiwa, mudah hadam dan senang diingati.

Selepas mendengar keseluruhan album ini, saya terbayangkan Megadeth di era So Far, So Good... So What!, Rust in Peace dan Countdown to Extinction. Kali ini Dave Mustaine benar-benar mengotakan janjinya. Riff-riff thrash sekolah lama kembali lagi. Memang best!

Abang Mus dan Kiko
Track pembukaan,“The Threat is Real” membuatkan saya tersenyum. Ianya seperti Megadeth yang saya kenal dulu. Laju, melodic dengan kerja gitar Dave vs Kiko yang sangat menarik. Ianya mengingatkan saya kepada track pembukaan album Rust in Peace , “Holy Wars…the Punishment Due.”

Mendengar track ke 2, "Dystopia" lagi lebar senyuman saya. Tak kisahlah jika ianya ada pengaruh "Hangar 18". Riff dan melodinya terus melekat kat kepala. Sedap giler. Mungkin ini lagu yang paling saya suka. Kenapalah Abang Mus membiarkan saya menunggu lama untuk lagu sebagus ini? kenapa???...

Track ke 3, "Fatal Illusion" pun bagus. Seperti di era So Far, So Good... So What! tetapi dengan sound yang lebih moden. Ianya agak merisaukan saya. Takut lagu-lagu yang berikutnya tidak setanding dengan 3 track pembukaan. Tetapi ternyata saya tersilap. Lagu-lagu berikutnya pun bagus. “Death From Within" pula seperti lagu dari era Countdown to Extinction. Cuma "Bullet to the Brain" yang saya rasakan sedikit kurang menyengat. Sukar juga untuk menjaga momentum bila beberapa lagu awalnya sedap-sedap belaka.

 Junior dan Chris Adler (LOG)
2 track berikutnya, "Post American World" dan "Poisonous Shadows" agak sedikit berlainan. Maklumlah ini lagu yang Kiko terlibat sama. Pengaruh power metal Angra sedikit terasa terutamanya pada lagu "Poisonous Shadows". Ada sedikit bunyian Timur Tengah dan orkestra. Tetapi secara keseluruhannya ianya tetap Megadeth. Sedap!

Berikutnya, instrumental “Conquer or Die”. ni tempat Kiko tunjuk skill. 2 lagu penutup yang aggresif dan rocking, “Lying in State” dan “The Emperor” melengkapkan Dystopia sebagai antara album thrash terbaik untuk dekad ini. Manakala bonus track “Foreign Policy”, lagu cover dari band hardcore punk Fear sangat kena liriknya dengan keseluruhan tema album.

Sebagai peminat besar Megadeth saya sangat berpuashati. Album ini juga berjaya menduduki tangga ke 3 dalam carta Billboard 200. Satu pencapaian besar untuk thrash metal pada abad ini. Terimakasih Dave Mustaine kerana memahami kehendak peminat seperti saya.

Walaupun baru nak masuk March, pada saya ini adalah album terbaik untuk 2016. Sebagai penyokong Dave Mustaine dalam perbalahan Metallica Vs Megadeth...saya rasakan James Hetfield and Co's mempunyai tugas berat untuk mengatasi album ini.

Terbaik!




10 comments:

  1. Aku ada dengar kat yourube first few songs sedap2 la.
    harap ada love song satu seperti a tout le monde

    ReplyDelete
  2. otai2 band rasanya xperlulah terikut2 dgn perubahan gaya muzik modern kekalkn yg mcm dulu lgk bagus.. maybe org akn rasa ia bosan kerana xde pembaharuan.. tp yg penting lgu bru dgn melodi sedap.. solo sedap.. riff sedap.. cukup pakej org akn suke dgr.. contoh mcm ACDC..

    ReplyDelete
  3. Dah beli tapi lum dengo abes..sibuk mengejar dunia je..heheh

    ReplyDelete
  4. tunggu estocks jual la baru aku beli. oopss...estocks dah tukar nama jd musicmagpieshops.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar nama jer...postage tetap kena bayar...hahaha...

      Delete
  5. klu era millenium rasanya bg aku album endgame adalah yg terbaik...album ni aku blum beli lg..album sblumnya super collider mmg mngecewakan..

    ReplyDelete
  6. minggu lepas dah pegang2 album ni kat inverno mahkota parade, tapi disebabkan aku dah komited/janji nak beli kat radin music... last2 beli cd motorhead bad magic

    ReplyDelete
  7. gua suka dengan dystopia. syabas bro mus!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih pada semua yang sedang menyebut nama saya. Memandangkan ramai sangat yang sebut, nanti saya up satu post pasal MEGADAVE ni.

    ReplyDelete