Friday, June 28, 2013

Metal Health

lari dari cerita Metallica live in Singapore....

Yang ni baru betul Heavy Metal Klasik yang dah 30 tahun...


Quiet Riot - Metal Health (1983)

Ini adalah album pembuka jalan. Suka atau tidak, ini adalah satu fakta. Metal Health adalah album heavy metal yang pertama berjaya menduduki kedudukan no 1 di carta Billboard 200. Ianya membuka jalan untuk muzik heavy metal lebih dikenali secara meluas ataupun mainstream. Kerananya, Heavy Metal bukan lagi muzik underground. Kerananya, semua rekod label besar mahu menerbitkan album heavy metal.

Walaupun ada yang mengenali Quiet Riot sebagai band awal Randy Rhoads, tetapi era Metal Health adalah zaman kegemilangan mereka. Majalah Weekend (rujuk entri >NI<) mengenalkan saya kepada mereka. Metal Health dan album selepasnya Condition Critical menjadi antara album kenangan zaman rock remaja saya.

"Cum on Feel the Noize" adalah lagu yang membuatkan mereka terkenal. Lagu cover dari Slade ni asalnya bukanlah pilihan mereka tetapi dipaksa oleh penerbit mereka. Sesiapa yang pernah menonton documentary mereka dalam VH1 Behind Music pasti tau yang Frankie Banali cukup tak suka lagu ni. Mereka memainkan dengan tidak sepenuh hati tetapi mungkin kerana tuah...lagu inilah yang menjadikan mereka terkenal.


Mungkin generasi sekarang mengangap muzik mereka sebagai cheesy. Tetapi jika anda berada di zaman tersebut, Metal Health adalah antara yang palling rock...paling metal ketika itu. Lagu-lagu seperti "Metal Health (Bang Your Head)", "Cum on Feel the Noize", "Don't Wanna Let You Go" dan  "Let's Get Crazy" menjadi anthem remaja seperti saya di zaman tersebut. Selain lagu-lagu yang rancak tersebut, saya juga cukup suka kepada lagu slow rock "Thunderbird" yang ditujukan untuk Randy Rhoads...selain "Home Sweet Home" dan "The Price", ini adalah all time favourite slow rock saya.

Mereka adalah superband...Mendiang Kevin DuBrow dengan suara dan showmanship hebat...Frankie Banali lagi....tambah pulak dengan Carlos Cavazo...paling suka tengok gaya dia main gibson flying V dia tu dan dah tentu-tentunya Rudy Sarzo. Bassist kegemaran saya sejak zaman Ozzy...maka sudah tentulah line-up zaman Metal Health dan Condition Critical ini pada saya adalah line-up terbaik Quiet Riot.

Klasik!!!










7 comments:

  1. Entri yang mengalih perhatian daripada isu hangat konsert Metallica...haha nice!

    ReplyDelete
  2. steady ( tak tahu nak komen apa pasal band ni... heheheh )

    ReplyDelete
  3. Memang payah dah nak jumpa cd metal health ni..lagu yang aku tau pun metal health je..heheh

    ReplyDelete
  4. minum ribena (lari topik jugak ni)

    ReplyDelete
  5. Ni band besteh dan ada rudy sarzo haha

    ReplyDelete

  6. Bro Berteromber

    Heran jugaks, bro banyak tahu band heavy metal 80an, tapi mungkin terlepas yang ini (klik), dan yang ini (klik), serius dasyat dia punya show & skill, cubalah try tengok... sekadar kongsi info jer...

    ReplyDelete
  7. En Matrojak...thanks...Lita Ford ker...bukan terlepas...belum lagi jer...nanti la buat entri..mungkin Vixen juga...

    ReplyDelete