Wednesday, March 16, 2016

Greatest Hits

Yang dah 20 tahun pada 20 februari yang lalu...


Quiet Riot - Greatest Hits (1996)

Quiet Riot adalah salah satu band metal terawal yang menghiasi zaman remaja saya. 3 album terawal mereka dengan line up klasik Kevin DuBrow, Carlos Cavazo, Rudy Sarzo dan Frankie Banali adalah antara yang menjadi pilihan.

Tak hairankah jika cd ini menjadi antara pilihan utama saya suatu masa dulu apabila cuba menggantikan koleksi kaset saya kepada cd. Sayangnya saya agak kurang berpuashati dengan pilihan lagu-lagunya. Tidak menidakkan Paul Shortino sebagai vokalis di album QR (1988), tetapi pada saya oleh kerana ini cd greatest hits official mereka yang pertama sudah sepatutnya mereka lebih menumpukan zaman Kevin DuBrow sebagai vokakis. Kerana itulah zaman emas mereka.


Mungkin juga ini strategi syarikat rakaman untuk mempromosikan zaman Paul Shortino tetapi yang tak menariknya banyak lagu-lagu best zaman 3 album awal mereka tiada. Lagu seperti Sign of the Times, Thunderbird, Condition Critical sepatutnya lebih layak berbanding lagu zaman Paul. Paling merugikan bila mereka meletakkan 2 versi lagu Metal Health. Satu versi studio sudah cukup dan tak perlulah vesri live. Versi live sepatutnya ada album live yang lain.

Tetapi disebalik ketidakpuashatan saya, album ini menarik juga untuk di jadikan pengenalan untuk seiapa yang baru nak mengenali muzik Quiet Riot. Separti biasa 3 lagu hits paling dikenali mereka mesti ada, Metal Health, Cum on feel the Noize dan Mama We're all crazy now.

Untuk cerita saya berkenaan album Metal Health...sila klik >SINI<




6 comments:

  1. quiet riot ni band glam metal jugak ker bert...?

    ReplyDelete
  2. satu lagu metal health tu je aku dgr.. hehe

    ReplyDelete
  3. Aku kalau masuk yourube then tengok ni band live gitu, seronok sangat. Dressing costume, semua.

    ReplyDelete
  4. sebelum ni aku pernah dgr tp x pernah dgr (pernah dgr nama band tp lagunya tk pernah dgr)..hehe

    ReplyDelete
  5. Zaman kevin dubrow jugak yg best.zaman paul aku tak penah dgr lagi lagu2 nya

    ReplyDelete