Thursday, May 15, 2014
Throwback Thursday : US Festival 1983 - Heavy Metal Day
Lama dah cari dvd ni. Tak sangka pula boleh jumpa. Selain dari Dortmund Rock Pop Festival - 1983, memang teringin nak ada ada dvd ni. Versi sedut memang dah ada dah. Akhirnya terjumpa juga dengan harga RM19.90 di Harris Bookstore, AEON Tebrau City Shopping Centre JB.
Sayangnya versi yang ini tak cukup sempurna. Tiada Motley Crue. Kualiti gambar dan soundnya pun lebih kurang sama macam versi sedut. Nak buat macama...ini pun bukannya official release. Kalau tak silap satu-satunya official release dvd festival ini hanyalah "US Festival 1983 Days 1 – 3". Tapi tak best pun. Day 1 (New Wave Day) dan Day 3 (Rock Day) tu artisnya tak berapa menarik sangat. Lainlah kalau ada Duran Duran ker apa. Tambah pula Day 2 (Heavy Metal Day) cuma tunjuk Judas Priest, Scorpions dan Triumph sahaja.
Tapi dvd ni kira ok la dari takder. Sayangnya satu band tu cuma 2,3 lagu sahaja. Tapi kalau nak tengok set list penuh band-band ni boleh cuba cari kat youtube. Melambak ada.
Rasanya cuma Quiet Riot, Triumph dan Judas Priest ( bonus dvd dalam 30th Anniversary Screaming for Vengeance) sahaja yang pernah officially keluarkan persembahan mereka dalam bentuk dvd. Yang lain-lainnya setakat bootleg. Van Halen mungkin tak akan kot. David Lee Roth malam tu memang kelaut. Tapi dorang memang kaya la. Show malam tu jer dapat US1.5 juta. Pernah masuk dalam 1984 Guinness Book of World Records sebagai artis termahal bayaran dalam sejarah. Hebat!
Antara yang menarik dapat tengok antara persembahan terawal Jake E. Lee dengan Ozzy. Semua pun lagu zaman Randy Rhoads. Pasal lagu-lagu zaman dia belum keluar lagi pada masa tu.
Best!
“It was the day new wave died and rock n’ roll took over” - Vince Neil
Labels:
1983,
Judas Priest,
live,
Ozzy Osbourne,
Quiet Riot,
scorpions,
Triumph,
Van Halen,
Youth Gone Wild 80's
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
byk dvd konsert yg di"malaysian-press"kan oleh advance sound production ni... walaupun ada yg bkn official release, tapi per harga kira masih okla dgn kualiti, sekurang2nya bkn cetak rompak
ReplyDeleteTengok cover je dah tau memang Malay pressing ni..heheh..quiet riot mmg patut ada..legend tuuu
ReplyDeletememang malaysia press...kaver depan tu pun dia dah ubah banding dgn pressing asal...mungkin tu cara nak elak dari kena bayar royalti kat tuan punya asal kot....ni kira pirate secara berlesen la kot...
DeletePirate berlesen.betul tu bro..baru2 ni ada tejumpa DVD Metallica 30th anniversary tu.ingatkan official,rupanya YouTube copy..hampeh! Yg aku pelik mcm mana ada sticker kpdn tu..takkan diorang taktau
Deletetu hari aku masuk youtube tengok persembahan Judas Priest song by song kat show ni..
ReplyDeleteHebat sangat KK & Glenn.
hmmm...ada Poison? auu
ReplyDeleteHummm Jake E Lee...
ReplyDelete