
Ini adalah album Megadeth yang paling aku suka..diterbitkan pada tahun 1990..album ke 4 dorang dengan line-up klasik yang jugak paling aku suka...walaupun awalnya aku berharap Criss Oliva (Savatage) atau pun Jeff Water (Annihilator)yang akan bermain gitar untuk album ni..namun selepas kedua2nya menolak..kemasukan Marty Friedman benar2 mengubah Megadeth kepada satu tahap yang lebih tinggi...Kombinasi gitar Dave Mustaine dan Marty Friedman memang serasi betul la..mereka berdua ni membuatkan kita rasa rif2 dan solo2 yang teknikal dan susah tu macam senang je kan...memang dasat.
Tapi dah boleh agak la kan...Marty tu kan gitar shredder...aku dah start dengar dia zaman dia ngan Jason Becker dalam Cacophony lagi..album Speed Metal Symphony..sayangnya Jason Becker masa tu join David Le Roth la pulak..dah tak jadi metal..oh..ok...ni citer lain..

Seingat aku masa album ni keluar...promosi dia EMI Malaysia buat besar2an jugak..nak lawan Metallica la kan..siap keluar iklan dia kat suratkabar Berita Harian..suku page..terpampang muka sorang2...dasat..nasib zaman tu aku bukan kaki buku sekerap macam Encik J...kalau tak boleh gunting dan tampal tunjuk bukti...huhu..
Lagu pembukaan Holly Wars...The Punishment Due...1st time dengar jer dah rasa nak terlompat dah dia punya excited best...jarang2 dapat jumpa pembukaan album yg sekali dengar jer dah menangkap...bagi kes aku mungkin selain ni..Blackened atau Battery kot..masuk pulak lagu no 2 Hangar 18...mak aii...gila babas dia punya best..dengar 2 lagu ni jer dah cukup bagi aku rasa berbaloi baloi untuk aku upgrade jadi cd beberapa tahun kemudiannya..

Bagi aku album ni dari awal sampai abis semua best...tak der filler..ok la..mungkin Dawn Patrol..tapi ok la tu..untuk slow down kasi rest kepala kejap dari terjahan berterusan teknikal gitar kan...hehe..
Kalau nak kira lagu favourite...ada 5 lagu yang aku betul2 suka..Holy Wars...The Punishment Due,Hangar 18,Five Magics,Tornado Of Souls dan Rust in Peace...Polaris.

Kesimpulannya..kalau nak dengar thrash metal teknikal bermelodi dgn solo2 membunuh..inilah album yang patut dicari. Rekomended!
***latarbelakang gambo cd tersebut saja2 dibuat begitu rupa sebagai tujuan untuk riak cd megadethwi..huhuhu..