Thursday, November 5, 2009

Muzium Bugis

Muzium Bugis adalah salah satu lagi tempat yang banyak kali aku lalu tapi tak pernah tergerak hati nak menyinggah…sehinggalah pada hari raya yang lalu atas desakan anak2 yang ingin sangat nak tau apa bendanya yang ada dalam muzium tersebut..dan tambahan pula bila dorang tau yang bapaknya ni ada sikit2 campuran darah Bugis (iyer..bapak dorang berdarah mixed blood..tu belum citer campur darah Inggeris,Perancis,Itali lagi tu…mau dorang ajak pegi muzuim kat sana pulak…huhuhu)..akhirnya kami menyinggah.



Muzium Bugis Johor ni sebenarnya terletak di Kampung Telok Kerang di daerah Pontian…atau lebih senang cerita terletak di tepi jalan menghala ke Kukup..adalah dalam 7 km kalau korang memandu ke Kukup dari pekan Pontian…Muzium ni terletak disebelah kanan jalan..signboard pun banyak…memang senang la nak cari..

Untuk pengetahuan…muzium ini adalah milik persendirian..di jaga dan di uruskan juga secara persendirian…kalau tak silap aku…pemilik muzium ini menjadikan sebahagian dari rumahnya sendiri untuk muzium..dan tiada bayaran masuk dikenakan tetapi disediakan tabung jika kita ingin menderma..respek sungguh aku kepada tuan punya muzium atas dedikasi beliau memelihara warisan budaya untuk menjadi tatapan generasi akan datang.

Menurut kakak yang menyambut kedatangan kami (tak pasti mungkin isteri pemilik muzium dan aku lupa nama kakak tu) ada antara barang2 yang dibeli hingga ke Thailand dan Indonesia..dan beliau berminat untuk membeli jika sesapa ada barang2 antik untuk dijual

Ok la..korang layan gambo je la..walaupun ini muzium Bugis…tapi tidak semuanya berkenaan masyarakat Bugis..banyak jugak benda2 antik dan lama dipamerkan..so kalau korang nak tengok barang2 lama dan antik…singah2 lah kesini.


Basikal yang digunakan oleh Dato' Onn Jaafar semasa kempan pilihanraya 1946 pun ada


Acuan lama untuk buah kuih tradisional pun ada...tu yg macam spring tu apa la nama dia ek...kecik2 dulu time mak aku buat kuih raya...mesti kena tolong pukul telur pakai bendalah tu


gambo2 lama memang banyak tergantung kat dinding..tak larat pulak aku nak ambik gambo banyak2


Gerobok solek old school ni..bebudak sekarang sure tak pernah tengok


Senjata kegunaan Tok Moyang Hulubalang Bugis ketika menentang Belanda


lembing awang pulang ke dayang


Botol oren F&N dolu dolu..klasik sungguh


Iklan2 suratkobo zaman dulu2 pun ada..zaman tu selamba je iklan pompuan bikini ek..hehe

-TAMAT-

10 comments:

  1. aku dah lame dah teringin nak gi muzium nih... ermmm ntah bile le nak sampai... kukup pon tak pernah sampai lagi...

    mudah-mudahan... tercapai ler hajat aku nanti...

    ReplyDelete
  2. alamak, berteromber dah update blog, gua satu benda pun takde lagi ni...

    Muzium Bugis, ada sikit campur gua ni bang. Tapi belah gua, darah dah cair, belah2 makcik gua yg still pekat lagi...

    dulu pernah diminta untuk dijodohkan gua dengan anak bugis Pontian ni oleh makcik gua, dengan hasrat untuk pekatkan balik apa yg dah cair... anak cikgu sekolah, cantik bergetah, jamban melentik, tapi masa tu gua tengah gilakan amoi kedai henfon yang bau nya wangi macam chewing gum (yg kertas pembalutnya ada tattoo tu)...

    mak gua bilang gua bangang, gua akur...

    last-last, melepas...

    hahaha...

    ReplyDelete
  3. beb, betulkan topik tu, ejaannya salah... MUZIM ;) hehehe

    ReplyDelete
  4. muor...mudah mudahan...amin


    eddie..rugi lu...kalau tak hari2 dapat makan burasak..hehe


    Ijau..noted with thanks...ceh..dah macam kat opis pulak :P

    ReplyDelete
  5. ehem,
    aku cadangkan ngko suruh anak - anak ngko buat karangan ringkas hasil dari lawatan ini....
    pastu ngko cuba check elok - elok ada tak perkataan "pompuan bikini" dalam tu.

    hahahahaa...
    ops ini sepatutnya komen yang serius
    :D

    ReplyDelete
  6. Eik?...macam aku pernah pergi je tempat ni....

    ReplyDelete
  7. eh eh... yg bende spring tu... aku panggil encak...

    dedulu mak aku selalu soh aku encak telor kalo nak wat kuih baulu

    ReplyDelete
  8. Aisey.. rugi aku tak gi dulu.

    Yg spring pukul telur tu kalau kat tempat aku panggil 'Pencabung'

    Aku musykil tgk keratan iklan old news paper tu, kebanyakkan gmbr pompuan bikini. Adakah pengkoleknya seorg pervert? hehehe.

    ReplyDelete
  9. muor..takilala..
    tq..aku pun rasa org johor panggil encak kot..lupa pulak tu hari nak tanya mak aku

    ReplyDelete
  10. muzium bugis ? heheheh

    tempat gua lepak2 lepas balik sekolah hehehehe

    ReplyDelete