Monday, November 30, 2009

Rasopariso

Satu habit yang semakin umur meningkat pun aku tak boleh buang ialah membeli cd..terbukti lagi perkara ni terjadi..2 minggu lepas..sedang duk menunggu wife aku abis kerja…jalan2 di kedai cd Plaza Kotaraya, JB (or kedai vcd sebenarnya…mana ada lagi genuine kedai cd di JB)..ternampak cd XPDC – Rasopariso…belek2 tak sampai 10 saat kaki aku dah melangkah menuju ke kaunter untuk membayar…padahal tak der niat pun nak beli asalnya…hmmmm…



Rasopariso adalah album XPDC yg keberapa ek?…kalau V6 tu 6…dan tak campur kompilasi2 dan hanya mengambil kira album penuh…ni yang ke 7 kot…correct me if I’m wrong…dan yang pertama sejak 12 tahun (?) dengan line-up mereka yang paling popular dan disukai ramai Mael, Izo, Zua dan Amy

XPDC ni tak kira la…korang true black metal ker apa ker…at some point of your life mesti sikit2 korang tau kan lagu2 dia…terutama yang membesar during 90’s…memang aku respek pengaruh dorang ni..rasanya dorang la yang mempopularkan perkataan “METAL” kat dunia mainstream…sebelum ni orang tau rock ajer…aku pernah dengar cerita ada yang kenal Metallica pun melalui XPDC…dunia metal Tanah Melayu memang kena berterima kasih ngan dorang..tengok jer la berapa ratus ribu unit album mereka terjual..aku pulak hanya start follow dari zaman Kita Pengyu…2 album awal memang tak follow langsung…walaupun teringin jugak nak dengar album Darjah Satu pada satu ketika dulu semata2 kerana drummer dorang Lee Space tu…Tau2 sajalah sapa mamat ni zaman Underground Scene 80an dulu kan..

Ok cukup la dengan intro aku yang meleret ni…back to business…setelah mendengar lebih kurang 5,6 kali…ini kesimpulan aku track by track…



1-Sanasinisamasaja – lagu terbaik dari album ni bagi aku..1st time dengar aku dah berkenan..mengingatkan aku kepada lagu heavy ala2 thrash metal zaman Kita Pengyu dan Brutal..ini memang trademark XPDC…best!

2- Aku Tetap Aku – sebuah lagu ballad yang pada aku lebih pada moderate… lepas 2,3 kali dengar best jugak la …kalau selalu main kat radio boleh popular kot

3- Ntahye Ntahtidak - Lagu moderate..kononnya ala2 bukan milk aku,hijau bumi tuhan dll tu la…tapi jauh meleset dan aku sedikit bosan dengan lagu ni…dengan panjangnya yang hampir 6 minit…lagu yang mendatar dan meleret…agak letih rasanya menunggu nak habis...boring…

4- Rasopariso – lagu raggae?..dah banyak kali aku dengar lagu ni kat radio sebelum membeli cd…1st time dengar pun macam tak percaya ini XPDC…apa dah jadi dengan sebuah band yang me”metal”kan semua jenis lagu…kenapa tak metalkan je lagu reggae ni…or at least bagi heavy skit part gitar tu ala2 Is there Anybody There – Scorpions…arah tuju baru?..iyerrr....lagu reggae memang layan…tapi bukan untuk aku.

5- Rasa – lagu moderate lagi..berapa banyak daa…tapi at least tak bosan sangat macam Ntahye Ntahtidak

6- Puing Cinta – lagu recycle???..tak semua benda bila 1st time buat berjaya…kita akan berjaya lagi pada percubaan kedua…ni contohnya..lagu ala2 60an Hidup Bersama ni macam lagu dah kering idea la..

7- Sampai Bila – at last..jenuh menuggu…masuk lagu ke 7 baru jumpa lagu heavy balik..lagu ni lebih pada lagu2 heavy ala2 dorang zaman Ali…zaman V6…aku suka drum Amy dalam lagu ni

8 – Curahan Rasa
9 – Menentang Arus
Ni 2 lagu slow kabarnya diambil dari album Rock Union…aku tak pernah dengar..last dengar XPDC album V6 la kan…lagu ni jugak merupakan lagu2 arwah JS Kevin…seorang individu yang banyak mencipta lagu2 best untuk XPDC…sayangnya 2 lagu ni tak cukup kuat la..adakah lagu2 ni asalnya lagu2 reject arwah…ntah la..sekali lagi bukan untuk aku..

Manakala lagu2 lainnya dari track 10 - 13 adalah antara lagu2 terbaik XPDC dari zaman Darjah Satu hingga Brutal…kenapa yer tak der lagu2 best macamgini…mungkin aku menaruh harapan terlalu tinggi untuk album ni…iyer la..line-up paling ditunggu2 la kan…tapi setelah menonton vcdnya (iyer beli cd dapat vcd free)…aku paham kenapa album ni dibuat begitu rupa…kononnya…album ni dibuat sebagai tribute jenis2 lagu yg pernah mempopularkan mereka iaitu heavy,moderate dan ballad…tapi yang reggae tu pehal pulak?…



Er..pasal vcd free tu pulak…rasanya..dapat..bukak..tengok sekali…lepas tu dah boleh buang…hehe..tak der yang menarik pun..ingatkan ada interview band member ke apa…takat tunjuk slide gambo (yang pernah dan biasa tengok…tak der rare mana pun..)..selang seli pulak dengan sedutan video clip dan video karaoke…apa barang?…

Kesimpulannya…bagi aku la…hanya ada satu lagu je yang best..Sanasisamasaja…ok la…Aku Tetap Aku dan Sampai Bila pun boleh pakai…yang lain2 kurang menyengat…ni pendapat aku…pendapat orang lain mungkin lain pulak..macam Bro Speedrider ni…satu lagi aku nak komplen..kenapa takder lagu2 ciptaan Mael?..dan Brutal tu sapa pulak?...sudah sampai masanya band2 Malaysia belajo buat lagu sendiri la..

Akhir kata…patut dibeli hanya pada die-hard XPDC sahaja…atau mungkin mereka2 yang mempunyai sindrom terbeli cd bila masuk kedai cd macam aku…huhu..

13 comments:

  1. aik? bkn hang kata dulu dah 'taubat' bab2 beli cd ni?...

    ReplyDelete
  2. aku prefer zaman Ali. Aku berseorangan ke?

    ReplyDelete
  3. Aku dah stop dgn XPDC selepas Brutal...Ali?...baik dengar dia nyanyi bunga angkasa dah la...

    ReplyDelete
  4. nice review bro...

    Kalau aku suka maza zaman Ali, mesti ramai yang hentam. Tapi Abang Ben pun prefer zaman Ali.

    Ali punya suara keras, cuma sayang masa zaman Ali, lagu-lagu XPDC jadi merepek sikit terutamanya liriknya (boleh refer album SAMURAI)

    ReplyDelete
  5. zaman Ali...?
    entah, sebab gua telah diserap semangat Mael sejak 'Darjah Satu' dan live depan mata masa 'Timur Barat' keluar...

    live depan mata...???

    memori funfair Taman Cempaka, sebelah tangki air tu, malam itu lecak sebab ujan gerimis, rokok gua basah, air jagung gua tawar, rambut gua lokos...!!!

    dalam ati, ini band memang boleh pergi...

    ReplyDelete
  6. aku ada test dengar kat youtube, menghampakan ler kebanyakkan lagu.

    Aku no problem ngan zaman Ali, cuma suara lain ler ngan Mael.

    aku beli Samurai ngan V6 original cd haha, dan jugak those Unmetal..

    ReplyDelete
  7. Ijau...bab beli cd ni memang aku tak pernah berani cakap tobat..maklumla benda ni satu hobi..macam orang kumpul stem kumpul duit siling tu la kan...kurang mungkin kot..berhenti terus ntah la...

    ReplyDelete
  8. tu hari aku ada tgk CD ni versi WAU..versi WAU beb!!! lama tak tgk. murah giler dari versi LIFE rekod ni. Ada sesiapa nak ulas bab WAU ngan LIFE ni? aku serius tak tau benda ni.
    Anyway, aku suka album XPDC BRUTAL.
    Kalau XPDC zaman Ali tu, aku tgk mcm kena paksa je dia jd XPDC...untuk mu bunga angkasaaaaa.... huhuhu

    ReplyDelete
  9. ada lagi ker cap WAU tu?..tu pirate kot..

    Ali ni problem dia sejarah silam la...dari untuk mu bunga angkasa tetiba nak jadi brutal...bayangkan la kalau George Micheal ganti Bruce Dickinson...Blaze pun die hard dah tak terima...camgitulah Ali ni...

    ReplyDelete
  10. XPDC mengingatkan gua pada kartunis sukun.

    beliau merupakan peminat/pengikut xpdc tahap hardcore tegar yang pekat, likat, hitam dan pahit pernah gua jumpe. setiap saat pasang lagu xpdc masa lukis kartun kat studio majalah ujang. " tak nak jadi soh cai!tak nak jadi soh cai!", jerit beliau tanpa muak, jemu, cemuih atau bosan. beliau mempekenalkan xpdc pada semua kenkawan yang tak kenal xpdc selama ni.
    pasal hari2 layan xpdc kuat2, semua boleh nyanyi lagu2 xpdc.

    "seluar aku ketat, seluar dia bell bottom
    itu ku punya pasal, sikit aku tak kesal!"

    hari tu masa bersms dgn sukun, " gua sedang layan xpdc baru ni" ujar beliau.

    gua suka album xpdc-konset raksaksa dan medley. yang baru ni tak layan lagi. 'rasopariso', ni loghat negori semilan ni - rasa perisa.

    itu saja la cerpen gua pasal sukun dan xpdc si raja fun fair!

    ReplyDelete
  11. bro-teromber,

    lagu menentang arus kalau tak silap la, Awie, moq (x-search), zianazain, mus duet berempat dalam satu lagu ni.. featuring Joe Wings on guitar.


    ada senang nanti gua bungkus ni lagu post kat email.

    ReplyDelete
  12. gua bru jer sedut kat hotfile..haha...

    adalah brp track yg sedap...lain2 tak cukup umph....

    byk2 album, gua paling ske kita pengyu, brutal dgn V6...

    ReplyDelete