Wednesday, November 11, 2009

To Fast For Love


Motley Crue?..sapa tak kenal yer tak?..influnce besar bagi mat2 rock tahun 80an...kalau tak..tak kan la SYJ,Bloodsheed dll tu semua tu terpengaruh abis…aku sendiri pun apa kurangnya…walaupun di awal 80an dulu..aku tengok gambo2 Motley Crue ni kat majalah aku ingatkan dorang band pompuan ala2 Bananarama….huhuhu…maklum la zaman tu aku lum rock dan tak pernah dengar pun lagu dorang lagi..

1st time dengar tahun 85 atau 86...album kompilasi..terus aku tertawan…dan 3 album terawal dorang To Fast For Love, Shout At The Devil dan Theatre Of Pain terus buat aku melekat…tapi untuk kali ini aku nak citer pasal 1st album dorang To Fast For Love..(terimakasih untuk Bro Rocksport yang membawa bersama2nya 4 keping cd Motley Crue dari London ketika beliau bercuti balik kampung ke Malaysia bulan Ramadhan yang lalu…thanks bro..jasa mu dikenang )

To Fast For Love dikeluarkan secara underground pada tahun 1981..maka agak sukar nak mendapatkan album ni dulunya..aku pun mendengar album ni secara penuhnya hanya pada penghujung 80an tetapi majority lagunya memang aku dah familiar dari kaset kompilasi cap Apache yang aku beli dulu.

Oleh kerana ini bukannya big budget punya production..sound dalam album ini memang raw dan kasar..tapi aku memang suka sound macamgini..betul2 punya 80’s sound..lagunya pula kebanyakannya keras tapi sangat catchy…kena pulak suara Vince Neil yang bak kata Abang Ben dalam reviewnya “suara gedik”…haha..gedik yang boleh buat kita melekat…makin lama makin syok pulak…huhu..Inilah bermulanya zaman glam rock..walaupun diketika itu tak ujud pun istilah ni…



Album ini mengandungi 4 lagu wajib Motley Crue..lagu2 yang menjadi trademark mereka sebelum mereka berubah arah kepada blues influnce dalam album Girls,Girls,Girls..album yang buat aku berubah hati dan kurang berminat pada mereka..kalau anda nak berkenalan dengan Motley Crue…dengarkan 4 lagu dari album ni Live Wire, Take Me To The Top, Piece Of Your Action dan To Fast For Love..ni semua memang lagu2 rock kapak..kalau dengar SYJ di zaman Battle Of The Band…anda tau la dari mana dorang dapat influnce tu..


Untuk bebudak black metal..jangan ingat imej korang ganas sangat...tahun 81 lagi Motley Crue dah berimej conteng2 dan setan2 ni...huhu

Disamping 4 lagu yang jadi anthem zaman aku sekolah dulu tu…lagu lain yang perlu juga di ambil perhatian pada aku adalah Public Enemy #1 dan Merry-Go-Round…tetapi mintak maaf la kalau korang nak lagu slow...album ni memang tak der lagu ballad…tapi tak usah bimbang...lagu2 dorang memang catchy..

Satu yang menariknya Motley Crue ni lagu2nya majority di cipta oleh pemain bass mereka Nikki Sixx…tak banyak kan band2 yang teraju utamanya pemain bass..lain yang cukup terkenal tentu-tentulah Steve Haris Iron Maiden la kan..



Tak kisah la kalau generasi sekarang cakap album macam gini pussy dan wimp..tapi kalau korang membesar dizaman tersebut..korang tau la berapa besarnya pengaruh Motley Crue kat budak2 zaman tu…kalau tak kerana dorang…mugkin aku masih stuck kat Duran Duran je kot.

Aku try cari youtube versi video clip tapi semuanya under copyright...so layan la je la versi live ni...kalau vocal Vince ni ada skit2 ke laut...paham2 je la...dia kalau live memang ada sedikit hancus..hehe..tapi kalau korang perasan la...dedulu SYJ time BOTB punya tour...sebijik dressing camgini..

13 comments:

  1. Wah dah penuh koleksi CD tu nampaknya... Dulu aku ada CD Dr Feelgood, awek belikan masa dia kat US... Tapi hilang le pulak CD tu...kalau tak nak gak aku rebiu CD US prassing.

    ReplyDelete
  2. Theatre Of Pain- aku suka lagu tu
    besh la ko ade album dia..
    burnkan la tuk aku satu
    hahaha~~
    dekut~

    ReplyDelete
  3. MC merupakan teras rock yg jitu kepada belia2 baru baik sunat era pertengahan 80an, yg baru naik form 1 dan yg baru berjinak2 nak masuk mana2 brotherhood society...

    been there, done that..!

    ReplyDelete
  4. Skid...aku ada sampai Dr Feelgood ajer...yang selepas tu memang aku dah tak follow

    Ayu...alaa..versi sedut kan melambak2..rajin tak rajin dan line laju tak laju je yg jadi penghalang...hehe

    Eddie...tu jam either lu jadi mat rock atau lu jadi mat diskang seluar baggy...haha..

    ReplyDelete
  5. fuh. Untung ada member balik dari sana.

    band luar, album lama2 boleh buat balik re-production dalam CD, rekabentuk pun lawa..

    Tapi band Malaysia? Bial buat balik.... macam hampeh ja design.

    ReplyDelete
  6. gua tak bleh masuk dgn motley crue ni.....tak masuk telinga plak...heheh

    ReplyDelete
  7. klassikkkkkk!!! Gua pun ada ulas http://krenmaut.blogspot.com/2008/10/motley-crue-too-fast-for-love-cd.html

    ReplyDelete
  8. speed...tu ok kalau dorang nak buat balik...ni tak..asik2 kompilasi leleh je yg keluar

    Ajie...takper..memasing punya telinga..heheh

    Abang Ben...gua dah link kan pun

    ReplyDelete
  9. hehehe aku xsmpt merasa zmn motley crue ni... yg aku smpt layan yg sezaman dgn dorg ni cuma dokken (selain sket2 wasp dan ratt)

    ReplyDelete
  10. thanks for the acknowledgement...appreciate it bro. Gua pun sama jugak layan Motley crue sampai Dr. Feelgood je.Live wire, take me to the top, red hot and too fast for love memang best. Please check out Nikki Six's Heroin Diary and SIXX AM. Teringat pulak kat Man Rani SYJ...nikki sixx want to be,

    ReplyDelete
  11. Motley Crue mana troo.. Poison barulah troo... auu huhuhu

    ReplyDelete
  12. motley crue mendahuli zaman dengan debut'to fast for love'. mereka adalah "bad boy" dalam rock n roll di tahun 80an. setiap ahli mempunyai imej dan personaliti yang sangat kuat. tommy lee menjadi salah seorang drummer terhebat. ingat lagi dengan aksi drum solo tebaliknya? phew!

    mereka 'menguasai' dunia dengan album 'shout at the devil' tapi bakat dan kehebatan mereka lebih teserlah dari album 'dr. feelgood' yang sedang mereka raikan ulangtahun yang ke 20 album ni dengan siri konset 'crue fest 2'.

    motley crue... gua banyak tepengaruh dengan band ni.

    ReplyDelete