Saturday, November 14, 2009

Bump Ahead

Membaca entry En Deaf berkenaan konsert Mr Big yang dihadiri beliau membuatkan aku teringat bila yer aku mula kenal Mr. Big..kalau tak silap dalam tahun 1990..ada satu kaset kompilasi lagu2 slow rock ada lagu Anything For You (dari 1st album) yang member sebelah bilik aku selalu bukak..dan dari situ kenal Paul Gilbert dan Billy Shehan dari member2 yang kaki gitar..



Tapi album pertama Mr.Big aku adalah album ini..Bump Ahead…album ke 3 dorang yang dibeli pada penghujung tahun 1993..gaji dari bulan2 pertama aku bekerja..tu pun pasal terpengaruh dengan seorang brader kat opis aku yang suka lagu2 slow rock band2 seperti Mr Big, Firehouse dan Steelheart..

Mungkin disebabkan album ni yang paling banyak aku dengar…maka aku lebih familiar dengan album ini berbanding dengan album2 mereka yang lain…walaupun Mr Big ni pemuziknya power2 belaka…tak payah la nak citer kehebatan Paul Gilbert dan Billy Sheehan kan…rasanya semua pun tau…tapi ntah la kenapa aku kurang skit dengan lagu2 heavy dorang…aku lebih tertarik dengar vocal Eric Martin dan lagu2 slow rock dia…syahdu betul la..tapi untuk album ini…aku suka pulak semua lagu2 up tempo dorang…..



Yang paling aku minat dah tentu2 la lagu yang paling heavy dalam album ni… Colorado Bulldog..sedap lagu ni..catchy abis..bass line Billy Sheehan pun sedap..gitar work Paul Gilbert tak yah cakap la kan…antara lagu fav aku ni…Track no 2 Price You Gotta Pay pun boleh tahan gak..begitu jugak dengan Mr. Gone..

Tapi macam biasa la kan…dorang ni ada skit2 macam stail band2 rock melayu…sampai 4 lagu slow dalam satu album…tapi tak kisah la…janji semua lagu slow dorang sedap…memang syahdu..nak2 pulak kalau time tengah bercintan…huhu…macam masa zaman2 aku dengar album ni la…adoi..kenangan tu..hehe



Dari 4 lagu slow tersebut rasanya yang paling popular dah tentu2 lah Wild World kan…aku dah dengar versi Yusuf Islam (Cat Stevens) sebelum Mr Big cover lagu ni..tapi aku tetap rasa versi Mr.Big ni lebih best dari yang ori…vocal Eric Martin memang kena betul dengan lagu ni..manakala Promise Her The Moon dan Ain’t Seen Love Like That memang feeling ahh..jiwang abis bila dengar lagu ni…hahaha..dan solo Paul Gilbert dalam Nothing But Love pulak memang terbaik ahh…berjiwa betul…tak syak lagi…dia memang antara gitar shredder terhebat



Bagi aku kalau korang maukan satu album hard rock terbaik dari era 90an…Bump Ahead perlu diberikan perhatian.

aku jugak masih simpan t-shirt ni...sebenarnya sekali dua je aku pakai..yang selalunya wife aku..huhu


versi live calorado bulldog..tengok sendiri hebat tak hebat dorang ni


ni pulak rakaman live terbaru dorang

12 comments:

  1. Dari dulu rasa nak sambar cd ni..tak terbeli pulak.

    Skang ni nak jumpa dah payah. Padan muka..hahaha

    ReplyDelete
  2. dah ada kaset, cd pun ada.. sekali t shirt pun ada!!!! jenih kalau ada LP, confirm tentu mau ada!!

    ReplyDelete
  3. Entah kenapa En Besar ni aku dengo yang ni aje. Yg lain tak berapa tau..

    ReplyDelete
  4. Bump Ahead adalah killer album... dari track awal (woof woof..!!) sampai abis... perfect!


    ada satu awek fb yg mengadu tentang cintanya pada 'Promise Her The Moon' dan gua bagai terngiang-ngiang bunyi kompang dan jidul...

    ReplyDelete
  5. rasa macam malang le pulak tak pernah minat Mr Big ni walhal semua musical geniuses tu.

    ReplyDelete
  6. Ijau...Mr Big tu sebenonya diambik dari tajuk lagu kump. Free


    Zan...tak per..kat ebay ada..hehe


    Speed...tu la pasal..nasib tak terjebak ke dunia piring hitam manis ni..

    ReplyDelete
  7. Skid...album no 2 Lean Into It pun ok jugak


    Eddie...gua pun terbau2 nasi minyak lu...hehe


    Abang Ben...tu la...lu tr00 sangat..huhu

    ReplyDelete
  8. aku stuju ngan ko wild world diorg cover ni memang tahap lazat!!

    ReplyDelete
  9. aku dulu tau album ni time baca urtv ulasan abg nas ahmad rambut ketak.Dia ada review album ni & aku pon terpengaruh gak..beli kaset nya

    ReplyDelete