Thursday, November 26, 2009

One

Diam tak diam…masuk minggu terakhir bulan November ni bermakna sudah genap setahun aku berblog…terimakasih kepada Deaf Angel, Krenmaut dan Bumi Sang Naga yang menginspirasikan aku untuk mula terjebak ke sini..kerana 3 blog ni la aku mula gatal tangan untuk menulis…

Aku tak pandai sangat menulis ayat berbunga-bunga…maka blog aku ni sememangnya berkisar kepada hobi aku…hobi mengumpul cd, heavy metal dan Manchester United…so jangan pelik la kalau majority entry aku berkenaan 3 benda ni…dan review2 cd aku pun lebih kepada cerita disebalik cd tu berbanding review pasal teknikal yang aku sendiri pun tak pandai.

Tak pernah terpikir pun nak jadi blog popular ker apa…kalau kebetulan ada orang di luar sana yang mempunyai hobi yang sama dan terajin pulak nak membaca…kira bonus la…terimakasih la kepada rakan2 blogger yang memberi sokongan dengan komen2 yang tak putus2 tu…anda tau sapa anda…dan terimakasih juga kepada sesiapa sahaja yang lainnya yang termasuk kesini samada secara sengaja atau tidak…banyak blog lain yang anda boleh baca tapi blog merapu ni jugak yang anda baca…maka terimakasih lah.

Tak tau sampai bila…tapi semenjak dua menjak ni memang makin malas nak menulis…harap2 sampai la ke tahun yang ke 2.

oh yer...SELAMAT HARI RAYA HAJI semua...walaupun aku berkemungkinan besar menyambutnya tanpa ketupat dan rendang...maklum la orang tua aku berada di Mekah sekarang ni...semoga keduanya sihat dan dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna...tahun ni pun balik kampung pasal nak tolong "start" kan motor orang tua yang dah berminggu tak bergerak tu dan mungkin juga untuk berjumpa kawan lama yang balik bercuti...

Ahad ni taman perumahan aku buat majlis korban...dengarnya 15 ekor lembu..mak aii..nak kena cari pisau tajam ni..harap pisau kat rumah tu..nak potong bawang pun terkial.

Akhir kata...sempena setahun...layan ONE..
ROCK ON!..

13 comments:

  1. blog ni tempat luahan perasaan sebenarnya. Bukan pasal nak glamer. Tapi kalau boleh glamer, salah ke?

    ReplyDelete
  2. yeay!!!
    aku komen 1st~~
    hahaaaa~
    aku de interpreme ko kat blog aku
    t blanje McD k
    hahahaa~~
    apepon selamat ari raya qurban tuk ko sekeluarga~
    wahahahahahaaa~~

    ReplyDelete
  3. alamak!!! abg ben ni kaco lak
    baru nak bangga jadik pengkomen 1st
    ces2~~

    ReplyDelete
  4. ade kawan aku dok tanye kat aku..

    camner nak nulis kat blog...

    aku cakap tulis ape ajerk..
    ilmu, sejarah.. kehidupan.. life.. kisah hidup... bla bla bla...
    selagi ko leh nulis kat blog tulis jerk...
    kalo nak tengok contoh blog org lain pon leh gak
    cume kalo copy n paste letak ler kredit..

    harap ko pon teruskan berblog gak.. leh gak bace blog kengkawan

    ReplyDelete
  5. aku mula main blog sebab rajin baca dan komen blog orang lain,
    jadi nak adil, kena juga bercerita sket pasal diri sendiri ,
    dan kalu ruang komen ni aku rasa kecik sangat, aku sambung komen dekat blog aku kikikiiii

    hah baru puas hati :P

    ReplyDelete
  6. bak kata jairo "luahan rasa mengikut kata hati sendiri" dan takilala "hentam sajalah labu!" hahaha!~

    ReplyDelete
  7. bro, orang tua pegi Mekah ye, semoga diorang sihat dan boleh terus beribadah dengan selesa...

    gua masa Mak dgn Boss gua nak pegi dulu, gua menangis beb, rasa hiba sangat2, bila dapat berita tarikh balik, gua siap cuti 2 hari, flight sampai dlm pukul 9pm, petang2 buta gua dah terpacak kat Senai tunggu...

    dah macam pasar malam kat airport tu, jual macam2...

    Selamat beraya untuk lu sekeluarga...


    ***ini comment yg sama gua tulis kat blog Skid, orang tua dia pun pegi Mekah jugak kan... ngantuk beb.

    ReplyDelete
  8. sama dengan parent Skid gak..

    Selamat hari raya bro. teruskan menulis.

    ReplyDelete
  9. ONE-justice for all memang best. got a chance to see them in 1988-Texas Jam (Monsters of Rock)Dallas.Kenangan masa student dulu.
    Alamak. UK tak dapat cuti raya..kena kerja

    ReplyDelete
  10. macam ada org sebut2 nama aku la.. apa pun bro tahniah sekali lagik dari aku.... keep it up... err hadiah anak yang dapat 5A tu dah beli? hehehe apa lagi kasi review ler hehehe

    ReplyDelete
  11. baru setahun?

    tahniah! selagi boleh/rajin melayan blog, truskan memblog. moga ada kebaikan dan manfaat pada semua.

    selamat makan daging segar lagi lazat di hari raya korban 1430h ni.

    ReplyDelete
  12. One..huhuhu nostalgia la lagu ni. aku ada singlet disa ni dulu versi thailand. bangga seh pakai walau pun tak ori. huhuhu.

    ReplyDelete
  13. ala ada masa lu tulis, datang takdak mood, buat dek aje le ... gua pun lately cam malas je nk naik entri baru ... hehhee

    ReplyDelete