Semua dah tau…Sting In The Tail merupakan album terakhir Scorpions…katanya la kan...dah nak pencen rupanya dorang ni...tak sedar cepat betul masa berlalu…aku yang kecik2 masa penghujung tahun 70an dulu dengar muzik dorang ni pun lagi dah nak tua…apa lagi dorang tu kan…atuk2 dah semua…memang dah patut pencen kot..tapi aku bukan nak cerita pasal Sting In The Tail..ni album baru aku tak dengar lagi…tapi nak cerita salah satu album dorang yang jadi favourite aku dulu2..terbitan tahun 1977 Taken By Force
Budak2 melayu akhir 70an dan awal 80an kalau tak kenal Scorpions ni aku tak tau la korang spesis apa…budak2 kelas aku kat sekolah rendah time tu dah bantai nyanyi lagu Scorpions dah kat konsert sekolah…beg sekolah “Swan” (beg sandang warna hijau ni popular sungguh dulu2…tak tau korang pernah tengok tak)..kalau tak terconteng logo Scorpions memang tak sah la…dalam banyak2 band luar…aku rasa Scorpions la yang paling dekat kat jiwa budak2 melayu time tu (err…kecuali yang mat diskang la kot..heheh)
Kecik2 dulu aku banyak dah dengar lagu era 70an Scorpions…tapi aku tak tau dari album2 mana…dan sapa2 dia ahli Scorpions tu…zaman bebudak la kan…mana nak ambik tau pasal ni semua…tapi ada satu lagu yang aku suka sangat pada zaman tu..lagu The Sails Of Charon..dan aku selalu perasan lagu2 zaman tu agak berbeza dengan lagu2 zaman 80an macam dari album Animal Magnetism atau Blackout yang tengah popular time awal 80an tu…bila aku dah sekolah menengah…pertengahan 80an baru aku tau The Sails Of Charon tu dari album Taken By Force dan lagu2 yang agak lain bunyinya tu dari zaman Uli Jon Roth…bukan Matthias Jabs…padan la lain…
Sejak dari tu..aku mula minat Uli Jon Roth…2 album dari zaman dia Taken By Force dan Virgin Killer menjadi pilihan aku…tapi yang lebihnya Taken By Force ni pada aku kerana lagu The Sails Of Charon la…lagu Scorpions yang paling aku suka…dengar je dah tau betapa kuatnya pengaruh Jimi Hendrix pada Roth…solo Roth dalam lagu ni memang terbaek ahh…sayangnya selepas album ni Roth keluar dari Scorpions…dalam satu interview aku baca…sebabnya kerana dia dah bosan nak main heavy rock…sayang sungguh….
cd aku ni remastered version...ori version cover depan gambar lain..gambar bebudak main tembak2 kat kubur...susah nak jumpa versi tu..kalau ada kat ebay pun...harga melambung2...
Lagu2 zaman tu senang nak beza mana satu Rudolf Schenker dan mana satu Uli Roth buat...bunyi yang heavy rock tu mesti Schenker...kalau yang progresif tu mesti Uli Roth..selain "The Sails Of Charon"...ada 2 lagi lagu Uli Roth...."I Got To Be Free" dan sebuah lagi yang aku suka "Your Light".
Tapi selain The Sails Of Charon...ada lagi beberapa lagu all time favourite lagu Scorpions aku dari album ni...tu pasal pada aku semua lagu best...takder filler...terutama "Steamrock Fever", "We'll Burn The Sky", "He's a Woman - She's a Man" dan lagu slow menyayat hati "Born To Touch Your Feeling"...
Teringat kecik2 dulu...kalau conteng2 meja,dinding sekolah..mesti nak tulis "Steamrock Fever" dan "Born To Touch Your Feeling"...so kepada cikgu sekolah rendah aku dulu (Sekolah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau)...dulu2 kalau terjumpa ayat tu terconteng kat mana2...memang aku la yang punya kerja...hehehe...
Scorpions ni cd dia packaging memang selalu tak best...terutama yang lama2..remasterd version pun inlay takat lirik jek...tak menarik langsung..
oh yer...jangan lupa...Taken By Force juga merupakan penampilan pertama Herman Rarebell di posisi drums...dan bermulanya juga era lirik yang kekadang pelik..dan kekadang lawak tulisan Rarebell macam "He's a Woman - She's a Man" tu..
Kesimpulannya...kalau nak mencuba Scorpions era Uli Roth...memang aku rekomen la Taken By Force ni...enjoy!
mata kuyu je semua masa videoclip (mat fit la tu)
ReplyDeleteBest best best!! tak jemu dengar...
ReplyDeleteBorn to touch your feeling...versi asal memang best...lebih2 lagi suara pompuan cakap2 masa nak abis tu...apa yg dia kata ha?
Scorpions masa 70's cukup nostalgic... Taken By Force cover kubur, gua penah tengok sorang member beli kat S'pore...
ReplyDeleteAlamak Berteromber. Lu mmg bikin panas dengan cerita nostalgia Scorpions ni. Nak kasi warm up sebelum beli CD terakhir tu ke?
ReplyDeletecover album virgin killer yang censored punya lagi nostalgic hehehehehe
ReplyDelete"well burn the sky " version orchestra kat expo2000 tu antara live yang gua suka....
Ben...biasa la 70's..sex drug & rock n roll...teringat senior2 gua zaman tu dedulu...pil roche mmg jd bahan...
ReplyDeleteSkid...kalau ikut kat thank list kat cd tu..ada 6 org pompuan part suara bercakap tu..
Eddie..aku tak pernah merasa tgk cover ori..harap gambar dlm internet je la..
Saudagar...lu macam paham2 jer isi hati gua...hehe..
ReplyDeletecd baru lum sampai msia la..
Portdy...Virgin Killer coming soon...tungguuuuu..
scorpions..dulu , skarang, dan selamanye huhu
ReplyDeleteGua mmg faham sbb gua pun tgh tunggu jugak. Nasib baik gaji dah masuk. Hahahha...
ReplyDeleteuli jon roth bukan saja riffmaster tapi sorang hippies dalam the scorpions. gua suka. bukan saja solo yang hebat tapi membawa 'kegelapan' dalam album ni seperti 'the sails of cheron'. solo beliau lebih ganas dalam tokyo tapes.
ReplyDelete"the sails of cheron" lebih awal dicipta sebelum "cheron" dari king diamond
born to touch your feeling. gua suka! gua sukaaa!
di di di da da da daa da daaa...
bapak sedap gila!!!!
ReplyDeletehahaha.,..
cm stone aje diorg!
gua klik nuff 18ratus kali gatsby~!
Deaf...sama dengan
ReplyDeleteSaudagar...dengo cerita dah keluar dah Malaysian Edition punya...tapi gua nak tunggu yg imported punya..Malaysian Edition sama macam beli pirate tapi rega mahal..tak berbaloi
Gayour..."Burn out your evil desire
The dark angel's kingdom is built out of mire
Keep out for the kingdom of light
There is no darkness, and there is no night"...The Sails Of Charon
Pakcik Kordi...tq tq..baru je 2,3 hari lepas gua cash out nuff...hehe
dlm album ni, aku paling gemar lagu he's a woman. born to touch your feelings pun ok..tp sound cam tenggelam timbul lak..versi remix (1992) sedap sket dengar. kalo ko perasan, lagu steamrock fever cam selamatlah putera bumi - BPR. hahaa..kantoi!
ReplyDelete