Friday, March 26, 2010

Scorpions - Virgin Killer

Tak abis lagi nak cerita pasal Scorpions ni…sementara nunggu bila la nak beli album baru dorang..kali ni sekali lagi ke era 70an…sekali lagi ke zaman Uli Roth…kali ini album terbitan tahun 1976 Virgin Killer



Sama jugak macam Taken By Force…cd aku ni bukan 1st press…versi asal sama jugak macam beberapa album Scorpions yang lain…cover ori kena banned…dorang ni memang suka letak cover yang kontroversi…google sendiri la kalau nak tengok cover ori Virgin Killer ni macamana…tak sesuai nak tampal kat sini...dan seperti biasa..harga untuk versi asal ni melambung2 kat ebay…

Virgin Killer ni satu lagi album zaman Roth yang aku minat…dan aku pernah terbaca kat satu interview yang Roth cakap album ni lah yang paling dia suka masa zaman dia dengan Scorpions dulu…kalau tak kerana The Sails Of Charon dalam Taken By Force aku memang setuju sesangat…memang enjoy dengar album ni dari mula sampai abis..tak yah skip2 tak yah forward2…all killer no filler…

Zaman ni lagu2 Scorpions terbahagi dua…satu yang Schenker/Meine buat dan satu lagi yang Roth buat…tapi bila tiga2 bergabung…lahirlah lagu klasik ni Pictured Life…memang terbaik..dan macam biasa solo2 dan permainan Roth memang dekat benar dengan Jimi Hendrix…terutama macam lagu Polar Nights tu..tapi tak kisah la…yang penting memang best…(tapi cuba dengar Polar Nights versi live dalam Tokyo Tapes..lagi bset ooo)...bagu aku highlight untuk album ni memang la pasal guitar work Roth..



Dalam album ni jugak ada 2 lagu yang Roth nyanyi…Hell Cat dan Polar Nights…tapi bab suara dia tu…memang aku kurang berkenan la..macam sumbang pun ada...how I wish Klaus Meine yang nyanyi dua2 lagu tu…tapi disebabkan sound,melodi dan gitar work/solo sedap…tak berapa kisah pun bab vocal tu…so kira boleh maaf la…

Dulu2 sebelum tahu pasal Roth…aku macam tak percaya Hell Cat tu lagu Scorpions…dengan ada ala2 rap skit (tahun 70an tu...advance sungguh..)…vocal ala2 Hendrix…tak sangka itu Scorpions…rupanya aku ada terbaca yang Rudolf Schenker tak main pun dalam lagu tu…padanlah takder bunyi Scorpions… dengan dia nyanyi sendiri…dah macam Roth solo pulak…no wonder la ini album favourite dia...dan bagi aku Hell Cat dan The Sails Of Charon tu macam ada sangkut paut pulak...macam ada persamaan...


Yang boringnya cd2 lama...packaging tak menarik langsung...untuk cd ni..lirik pun takder...hampeh.

Asik puji Roth je kan…jangan lupa jugak sumbangan R. Schenker dan Klaus Meine…bukan pasal rythm gitar dan suara dorang ajer...kombinasi dorang dalam menghasilkan lagu2 sedap memang tak dapat dinafikan dari dulu hingga sekarang…dengar aje la…In Your Park (fav ballad aku dari zaman 70an), Backstage Quen, Crying Days dan Catch Your Train…sedap2 belaka…kalau tak silap dalam video World Wide Live..R.Schenker pernah cakap...dia tak minat nak jadi gitar hero...tapi dia lebih berminat untuk dikenali sebagai komposer...tu pasal dia takder menyolo agaknya..

Senang cerita memang tak rugi beli album ni...lagu heavy macam Virgin Killer ada, lagu slow macam Yellow Raven pun...ahh semua pun best..

Tak jumpa pulak aku video clip ker live show ker lagu2 dari album ni kat youtube...layan versi audio jer la...

11 comments:

  1. Demam Kalajengking le pulak...
    Apa-apa pu aku memang minat album2 zaman RCA label..

    ReplyDelete
  2. skid, bkn demam... tp viral @ virus

    nasib baik aku xbrapa minat (xkumpul) skorpian ni... klu x sure menjangkit

    ReplyDelete
  3. Besth !.Aku x penah dgr lagu the sails of charon ni. Seingat aku scorpion banyak lagu2 slow leleh yang wat aku malaih nak follow. Lagu ni lain la...

    ReplyDelete
  4. mhagnoth...kalau nak dengar Scorpions yang berbeza...memang patut dengar album2 era RCA dorang

    ReplyDelete
  5. tak tau apa yang diorang fikir nak letak cover (ori) cam tu. tak tau ide kepala hotak bejambul sapa. ia memang cover yang mengganggu fikiran! bukan saja scorpions, banyak lagi band rock/metal/thrash/death/black/grind yang buat cover album yg mengarut dan mengganggu! cover gantian 'virgin killer' jelas kelihatan pengaruh fesyen hippies yang kuat pada diorang. terutama mr.uli. gua suka.

    "I want to walk in your park
    Cos I'm alone,
    I want to walk in your heart
    Where are you? I don't know ...

    Let me walk, let me walk in your heart!"

    ReplyDelete
  6. yo... gua follow lu punya blog... http://cicaktonjeng.blogspot.com

    ReplyDelete