Pada tahun2 penghujung 80an dan awal 90an ada banyak album2 thrash yang aku dengar dan suka…salah satunya darinya adalah album ni…Coma Of Souls dari Kreator…
Aku start dengar Kreator masa album Extreme Aggression…tu jam aku tak beli pun...dengar member2 punya...kebetulan bila aku masuk ITM pada penghujung tahun 89…aku start kenal dengan member2 yang kaki thrash…masa aku tu aku lebih pada heavy metal ajer…dan baru nak mula berjinak2 dengar thrash terutama the big 4…tapi bila kat ITM…bercampur pulak dengan budak2 yang kaki underground scene…memang macam2 band thrash/death metal aku dengar…salah satu yang aku tertarik adalah Kreator …bila dorang rilis Coma Of Souls..tanpa banyak soal terus aku sambar kasetnya….
Hasilnya memang aku tak menyesal la…antara rilisan terbaik Kreator khususnya dan thrash metal amnya….memang aku suka album ni…antara kaset2 yang tak keluar2 dari walkman cap Philips aku dedulu…walaupun ada yang cakap dorang dah start slow down dengan album ni…tak laju macam album2 sebelumnya…tapi pada aku tetap best…album ni cukup perisa untuk sebuah thrash album yang bagus…ada part laju…ada part melodic…riff2 membunuh…solo yang dasat2…tambah pulak vocal Mille Petrozza yang pada tahap terbaik…memang best la…
Bagi aku track pertama sesuatu album memainkan peranan untuk mendapatkan mood mendengar sesuatu album sampai abis…kalau track pertama bosan…memang menggangu la nak dengar sampai abis…tapi track pertama album ni When The Sun Burns Red memang cukup teruja aku mendengarnya…best!..so dah boleh agak dah album ni mesti best…masuk pulak track no 2 Coma Of Souls dan no 3 People Of The Lie…pergh...memang best la…melodic thrash dengan riff2 dan solo Mille Petrozza yang membunuh…terbaek la..
Tapi lagu yang paling aku suka dari album ni dah tentu tentu la Terror Zone…catchy arr lagu ni…mula dengan slow melodic riff ..kemudian masuk mid-tempo. ..pastu thrashing riff…dual solo…aku suka arr…antara thrash anthem aku…sayang la masa Kreator datang Malaysia dulu tu aku dah malas dah nak gigs2 metal ni…kalau la dorang datang time2 zaman 90an…hmmm….
Tapi kan…kalau ikut versi kaset…side A memang semua lagu best la…tapi masuk Side B macam menurun sikit …(kalau cd track 6 – 10 )..mungkin ada sedikit filler kat sini…tapi lagu macam Agents Of Brutality, Material World Paranoia dan Hidden Dictator kira boleh layan la…
Rasanya inilah album Kreator yang paling aku suka selain Extreme Aggression…mungkin kerana aku lebih banyak dengar album ni berbanding album2 lain…sayangnya selepas album ni Kreator mula berexperimen dengan elemen2 industrial dalam album Renewal…membuatkan aku mula meninggalkan Kreator..
Tapi album2 terakhir dorang Violent Revolution, Enemy Of God dan Hordes Of Chaos nampaknya telah kembali ke pangkal jalan…thrash!…agak menarik jugak….tapi feel mendengar...terujanya...tak sama macam zaman aku muda remaja dulu la...dah tua kot...haha...tapi beberapa bulan lepas aku layan Endorama….album yang ada influence ghotic tu macam best pulak..dulu tak suka…sekarang macam ok pulak...biasa la kot...people change…hehe..
coma of soul album wajib bg thrash metal....
ReplyDeleteklu xde dosa besar...
hahahhhh
aku ingat ngko dah review album ni.. arrgghhh wajib ada ni utk peminat kreator....!!! \m/
ReplyDeleteaku bukan big fan of kreator
ReplyDeletetapi...enemy of god is perfection..
dan aku nengok dorang nye dvd live memang best style dorang
Kreator TERBAIK 1.Pleasure to Kill 2.Extreme aggression 3.Terrible Certainty...
ReplyDeleteada satu kisah 20 tahun yang lalu.
ReplyDeletesorang budak mintak tukar kaset dengan gua. "kaset apo ekau ado. nak tukar dengan keset apo?" tanya gua. budak tu menunjukkan album ori 'extreme aggression'. beliau nak tukar dengan album cap apache 'stay hungry' twisted sister gua. amik la! gua rasa beliau silap beli album kreator yang hebat tu. harharhar!
some pain will last!
kehebatan 'coma of soul'adalah pada gitar utama yang baru masuk (ex sodom ) iaitu mr frank 'blackfire' gosdnik! beliau memberi riff/solo yang sangat menarik dan power. dengar saja intro 'when the sun burns red' dengan petikan gitar akustik yang memberi nafas dan kelainan dalam album ni yang tetap THRASH!
album ni meletakkan kreator dalam kelas elit genre thrash dunia!
gua suka tak ingat dengan 'renewal'walau album ni kena kutuk kaw-kaw oleh hardcore diorang. dengar saja belasahan drum mr.ventor reil dalam 'winter martyrium, refelection, brainseed, zero to none, europe after the rain.. OUCH! bedarah hidung gua mendengarnya!
album experiment industrial thrash yang hebat!
Gayour..aku pun ada sorang kawan yang suka "renewal"...dia cakap itu the best album from Kreator...memasing punya anak tekak la kan...heheh...
ReplyDeletealbum yang kenalkan saya pada Kreator. logo Kreator pertama kali tengok pun melalui album ini..rase2 tahun 1991 dulu
ReplyDelete