Wednesday, May 12, 2010

Whole Lotta Zep

Tu hari masa nak buat entry juara juara rock…kembur2 koleksi kaset lama ternampak pulak kaset ni…tak tau la rare ke tak…tapi Zan pernah buat entry pasal ni dulu…



Kaset Whole Lotta Zep A Malaysian Musicians’ Tribute to Led Zeppelin Live at the Hard Rock Café Kuala Lumpur ni aku beli tahun 1996 dulu…rasanya tajuk kaset ni tak berapa tepat…bukan semua yang terlibat tu Malaysian kan..

Senarai lagu dan artis yang terlibat..



Senarai pemuzik pengiring...
Hillary Ang (gitar)
Aznan Alias (gitar/akustik gitar)
Jay Jay (Bass)
Tom (Dram)
Ahmad Firdaus (Keyboard)




Rasanya aku bukanlah orangnya kalau nak review Led Zep ni…aku bukan into dorang sangat…aku cuma ada album IV ajer…so lagu2 Rock N’Roll, Stairway To Heaven dan Going to California memang aku familiar la…lagu2 lain banyak yang aku tau lagunya…tapi tak tau tajuknya…tapi lagu2 dari album ni memang antara lagu2 popular Led Zep…kalau korang bukan trOO black metal hutan mesti korang pernah dengar somewhere punya la…

Dari segi sound…kualiti rakaman live ni…Zan dah komen dah kat blog dia…memang bukan baik sangat pun…tapi apa yang aku suka dorang takder nak ubah2 sangat lagu2nya…aku memang menyampah kalau jenis buat tribute tapi cincang abis lagu2 tu jadi ntahapaapantah…sampai kekadang melodi pun lari…ada yang dengar pun tak tau lagu apa ntah…ni namanya buat rosak lagu jer…tak semestinya band black metal nak tribute band rock kena jadikan lagu tu black metal jugak…agak2 la…contoh tribute terbaik dari band yang berlainan genre bagi aku ialah Children Of Bodom…cekidout dorang cover Poison Talk Diry To Me



Paling aku suka dalam kaset ni ialah Whole Lotta Love – Ramli Sarip dan All My Love – Arab…mungkin pasal lagu asalnya pun memang aku minat….dan paling tak suka Babe I’m Gonna Leave You – Hattan...ntah la...pada aku Hattan ni kalau live...suka lebih2...tu yang aku tak suka tu..

Tapi bagi aku la…kalau nak dengar tribute Led Zep secara live yang paling best…pergi cari Great White album Great Zeppelin…bak kata member aku yang kaki Led Zep…album ni memang apa yang korang nak kalau Led Zep buat live....malah ada yang lagi best pun...dan tambah menariknya ada yang lagu2nya Led Zep sendiri pun bertahun dah tak pernah bawak live…kena pulak ngan vocal power dari Jack Russell...gitaris dia Mark Kendall tu jangan cakap la...antara gitaris yang aku minat dari era2 80an dulu...kalau korang minat Led Zep…memang konpem minat album live ni…ada yang kata Great White ni tribute band…tapi bagi aku apa yang dorang buat tu sama la macam Dream Theater buat untuk Iron Maiden/Metallica…satu penghargaan pada band yang jadi idola mereka..



Apa2 pun kalau minat Led Zepp boleh try la cari ke dua2 album ni…yang Great White tu kat ebay memang boleh jumpa….tapi yang Malaysia punya tu…hmmm…nasib2 korang la kan..

6 comments:

  1. aku minat led zep ni tapi album ni aku belum dgr lagi.. actully malas la nak dgr2 tribute2 ni

    ReplyDelete
  2. Hal-hal tribute / cover band ni masih boleh dibincangkan lagi..Contoh terbaik Encomium - A Tribute To Led Zeppelin & We're Happy Family - A Tribute To Ramones..

    Tapi memang syok dengan 2 lagu pilihan ko tu berteromber. Siap masa intro Whole Lotta Love, Ramli Sarip ada sebut.."and for those who about to rock, we salute you!" Memang rare quote AC/DC ni kan? hahaha

    ReplyDelete
  3. Album2 tribute dan cover version ni memang ade peminatnya tersendiri. Kadang2 tu yg cover boleh jd lagi best dari original.

    Betul tu Berteromber, tak semestinya band metal mesti cover metal. Cuba layan Tori Amos cover "Rainning Blood" Slayer atau The Cardigans cover "Ironman" Black Sabbath.

    ReplyDelete
  4. best woo album ni

    tribute aku suka lisa loeb cover goodbye to romance ngan pompuan mana ntah cover Crazy Train

    ada satu minah classical korea kat utube pun cover goodbye to romance

    ReplyDelete
  5. keset ni kena rembat masa zaman2 kolej dulu ....bikin panas hati je baca rebiu ni....



    feveret saya? sama ngan bro-teromber ; All My Love versi Arab.

    ReplyDelete
  6. aku pernah dengar album ni tapi takde dalam koleksi la.. yang aku ingat hattan lupe lirik..

    ReplyDelete