Masih dalam tribute to Dio…cadang nak review salah satu album dari Ronnie James Dio…tapi memandangkan kebetulan review ni memang dah ada dalam draf aku...malas pulak nak bongkar cd lain...aku edit mana yang patut....so aku pilih album live ni…pasal rasanya tak ramai yang ada atau pernah dengar album ni…tambahan pulak…ini album live…boleh jadi bukti la betapa powernya suara RJD ni…hebat.
aku suka cover ni..semua ada kaitan ngan tajuk2 lagu...ada iron man, paranoid, neon knights, heaven & hell, children of the sea, war pigs dll...
Live Evil dari Black Sabbath adalah album terakhir RJD sebelum dia keluar dari Black Sabbath untuk meneruskan karier solonya…album terbitan tahun 1982 ni merupakan 1st official live album dari Black Sabbath…ntah kenapa zaman Ozzy takder official live yang di riliskan…album ni dirakamkan sepanjang Mob Rules World Tour dibeberapa lokasi yang katanya Seattle,Dallas dan San Antonio…
Yang menariknya cd ni bagi aku adalah kerana bukan saja RJD menyanyikan lagu2 Black Sabbath zaman dia ( Heaven & Hell dan Mob Rules) tapi dia jugak menyanyikan lagu2 dari 3 album klasik Black Sabbath di zaman Ozzy ( Black Sabbath, Paranoid dan Master Of Reality)…lagu2 seperti NIB, War Pigs, Iron Man, Black Sabbath, Paranoid dan Children Of The Grave memang bertambah best bila Dio bawak…no disrespect to Ozzy…tapi bagi aku suara RJD memang jauh lebih hebat dari Ozzy…kalau dalam dunia heavy metal….suara RJD adalah antara yang terbaik la…susah la sapa2 nak lawan…lagu2 era Ozzy kebanyakannya di bawa agak berbeza…tak kira la aku bias ker apa…tapi memang versi RJD ni aku suka…lagi power...terutama lagu NIB dan Children Of The Grave….thumb up!
sayangnya cd aku ni versi tak complete...takder lagu War Pigs...setau aku Deaf ada versi yang complete..
Kalau lagu2 zaman dia tak yah cakap la…RJD ni antara penyanyi yang kalau live suaranya sebijik macam dalam cd…lagu2 seperti Neon Knights, Children Of The Sea, Voodoo, Mob Rules dan dah tentu2 la yang paling best adalah medley Heaven & Hell dan Sign Of The Southern Cross…terbaek beb…
Tapi pendapat peribadi aku…aku rasa sikit bosan la dengan lagu Black Sabbath, Iron Man dan War Pigs….bukan pasal tak sedap ker apa…suara RJD tetap power….tapi lagu era2 Ozzy yang jenis doom dan gloom memang aku kurang sikit berkenan….berbanding Black Sabbath era RJD yang lebih high energy kan…lagu2 macam gini memang tailor made untuk suara Ozzy…suara RJD yang lebih power macam tak fully utilized la bila kena lagu2 jenis camgini….
Apa2 pun memang aku rekomen la album ni…dah entry ni tribute pasal RJD…aku banyak cerita pasal vocal RJD je la kan…tapi salah satu highlight dari album ni juga adalah riff2 dan solo gitar Tony Iommi…memang best…heavy dan power….tambah pulak bass berdentum2 dari Geezer Butler…muziknya memang tight la…best….tak lupa jugak drummer Vinny Appice…kekadang macam dia lagi best pulak dari Bill Ward…tak sia2 dia join RJD buat band Dio kan..
Tapi selepas album ni berakhirlah era RJD bersama Black Sabbath….tapi tak rasa rugi pun kan….kalau dia masih duk Black Sabbath…belum tentu RJD dan Vinny Appice akan menghasilkan sebuah masterpiece macam Holy Diver kan…
Selamat tinggal RJD….muzik beliau akan terus kekal dalam ingatan…budak2 yang lebih kurang umur aku...walaupun tak rock pun...sure membesar dan kenal RJD ni kan....teringat2 conteng logo DIO Holy Diver kat beg "Swan" sekolah agama dulu...ada satu member tanya...kalau sekarang ni anak2 ko conteng logo Bunkface kat beg sekolah dia ko marah tak?...hahaha..siak arr....
apa2 pun...RJD...thank for the memories. \m/
..antara lagu paling wa suka dalam album ni 'Black Sabbath'..Ronnie bawa dengan gerun..Ronnie,Glen Hughes dan David Coverdale..suara/lagu mereka jika tanpa muzik pun dah sangat sedap..
ReplyDeleteBunkface??? Hahahaha....
ReplyDeleteNasib baik tak 'Pesawat' ke...hehehe!!
cover album ni antara terbestest dalam arena Metal.
ReplyDeletesetuju dengan abang ben! cover yang paling "mengganggu" kepala hotak gua! gua benar2 teruja dengan kehebatan cover "livevil" ni. dahsyat! tiap karakter mewakili lagu2 hits black sabbath.
ReplyDeletetak banyak live album yang benar2 live dan menghiburkan pada penghujung 70an dan awal 80an. "livevil" salah satu yang paling hebat selain scorpions "tokyo tapes", ac/dc " if u want blood you've got blood", motorhead "No Sleep ’til Hammersmith" whitesnake "Live at Hammersmith", deep purple "live in japan" dan monsters of rock.
livevil memang sebuah album yang jahat, gelap, gerun dengan riff kejam mr iommi dan kejantanan tekak emas mr.ronnie james dio
klassik ni..
ReplyDeletezaman sekolah rendah dulu, pegi sekolah dengar kaset kawan aku..