Seperti yang aku janjikan sebelum ni...jom bercerita pasal album ke 9 Gary Moore bertajuk Wild Frontier terbitan tahun 1987...
Pertamanya jangan salah anggap...ini bukan album blues...aku kurang berminat dengan album2 blues Gary Moore sejak dia berubah arah dengan album Still Got The Blues...the best era untuk Gary Moore bagi aku adalah di zaman hard rock/heavy metalnya...dari Corridors Of Power (1982) hingga lah ke album ni Wild Frontier...album selepas tu After The War (1989)...Gary Moore cuba untuk menjadi komersil..cuba menjadi hair metal band macam Whitesnake...tapi sayangnya...hair metal perlukan imej yang kuat....muka mesti cute...bak kata Ozzy pun muka Gary Moore ni muka "welder's bench"...aku ada terbaca...dia berubah main blues untuk menjadi lebih popular...susah nak cari makan kot main hard rock/metal ni...
Apa yang menarik pasal Wild Frontier ni adalah elemen2 orang Ireland yang cukup kuat dari segi lagunya...beliau memang berasal dari Ireland...dengar ceritanya...album ni diterbitkan selepas beliau balik kampung di Ireland (selepas beberapa tahun tak balik)...hasilnya sebuah album yang cukup kuat bunyi elemen muzik celtic...kekadang buat aku teringat kat band Big Country...Big Country versi metal...
Ambik contoh lagu favourite aku la..Over the Hills and Far Away...kalau elemen rock gitarnya ditiadakan...sebijik bunyi lagu2 celtic tradisional Ireland kan...betul tak?..ada beberapa lagu lagi yang bunyi2 celtic tu contoh macam Johny Boy dan Thunder Rising...
Album ni yang menariknya...walaupun Gary Moore boleh di kategorikan sebagai gitar hero...tapi album ni bukan pasal gitar semata2...walaupun dasat2 gak gitar work dia...ianya lebih menumpukan kepada lagu...banyak lagu yang sedap2...antaranya 3 ni..
Over the Hills and Far Away...kalau korang pernah dengar Nightwish...tentu pernah dengar lagu ni...dan ini adalah penyanyi asalnya...dalam cd ni ada 2 versi...dan aku suka versi 12"...lebih panjang lagu dan solonya...
Wild Frontier...lagu yang sepatutnya dinyanyikan oleh kawan baik Gary, Phil Lynott (Thin Lizzy)...tapi tak sempat...mamat ni mati ovedose...pun ada 2 versi...dan sama jugak versi 12" lebih best...
The Loner...lagu instrumental yang gila babas dia punya feeling...betul2 menonjolkan kehebatan Gary dalam menulis lagu dan menyolo...antara lagu2 instrumental yang jadi all time favourite aku...memang syahdu arr...
majoriti lagu2 lainnya memang kuat bunyi pop new wave....new vave with heavy guitar...maklum la album ni kan diterbitkan pada zaman2 new wave terutamanya di UK tengah top...tambah2 pulak album ni menggunakan drum machine...satu yang aku rasa kurangnya album ni...kalau pakai drum sebenar mesti lebih best...
apa2 pun memang sayang Gary tak main muzik yang macam ni lagi dalam album2 selepas Still Got The Blues...dari tahun 1990 hingga sekarang...beliau lebih gemar bermain blues...
sedikit trivia...kalau korang pernah dengar lagu Gersang B29...tentu korang perasan persamaan antara B29 dan Over the Hills and Far Away...biasa la dulu2 kan...
aku ada mp3 sedut je hehehe... mesti aku kena kutuk2 lepas ni
ReplyDeletenanti aku selongkar balik cd Gary More aku ....
ReplyDeletethe loner...yes!! Fav aku dari sek ren lagi..hehehe.
ReplyDeleteX sangka plak rock dulu dia ni...
ReplyDeleteaku suka la all these irish / celtic influenced music.
ReplyDeleteko tau soundtrack Last Of The Mohicans kan?
ah, kat youtube ada persembahan joget tap dancing Irish pakai lagu ni..
best woo
deaf...last of the mohicans punya soundtrack aku tak pernah dengar...tapi movienya...mmg one of fav. aku la...
ReplyDeletegua dah lama layan album ni. mr. gary lebih awal menggunakan 'frontier' seblum iron maiden menggunakannya untuk tajuk album baru. heh!
ReplyDeletedari metal ke blues. dari fender ke gibson. dari dirty fingers ke still got the blues... memang pilihan tepat dengan muka pecah pintunya.