Thursday, October 7, 2010

Raining Grace

Lebih kurang dalam sebulan lebih yang lepas ni memang hangat kan kisah kes pembunuhan Datuk Sosilawati di akhbar2...sana sini sepanjang raya pun hangat orang bercerita pasal kes ni...tapi baru minggu lepas aku terbaca interview Nash Lefthanded...rupa2nya pemandu arwah...Allahyarham Kamal tu rupanya pemain bass kumpulan Saturnine...

Ingat Saturnine?...kalau korang follow rock melayu alternatif masa tahun 90an sure pernah dengar band ni kan...dorang ada keluar 2 album...yg 1st Grey...yang 2nd Raining Grace...ni dua2 pun aku ada...tapi aku tak ingat sapa pemain bass dia...terpaksa aku menyelongkar gerobok kaset aku...

Check kat Grey...takder...tu jam dorang trio...tapi check kat thank list ada nama Kamal...mungkin dia seasonist...tambah pulak dia kerja kat studio kan...tapi bila bukak Raining Grace...konpem ada nama Kamal main bass...so untuk tribute kepada arwah...jom cerita pasal album Raining Grace...



1st aku tau pasal Saturnine adalah kerana lagu Liquid Love...ada kaset kompilasi band2 alternative Malaysia yang letak lagu tu...aku lupa apa tajuk dia...aku pun yang time tu tengah ber"ehem ehem"...dalam hati ada taman...memang feeling dengar lagu tu...kebetulan adik pompuan aku beli pulak kaset Grey tu...terus aku terminat...

CD Raining Grace ni aku beli betul2 pada hari ia dilancarkan...tahun 1997...kenapa aku tau...kerana pada masa tu amoi kedai kaset kat Ampang Point (aku lupa dah kedai yang mana...tu jam Ampang Point ada 3,4 kedai kaset kan...) tengah nak menyusun cd ni...baru sampai katanya...tanpa banyak soal terus aku sambar dengan harapan ada la lagu2 ala2 liquid love...

Grey memang sebuah album alternative melayu yang berbahasa inggeris terbaik...tapi Raining Grace macamana???...ianya lebih mellow...aku mengambil masa nak hadam album ni...maklum la..metal la kononnya kan...album yg keras,laju senang nak hadam...tapi yang mellow2 ni memang payah pada mulanya...tapi disebabkan...macam aku cakap awal tadi...ini adalah zaman2 aku kemaruk ber"ehem ehem"....yang mana tu jam aku lebih feeling dengar Soul Asylum, Collective Soul,Blind Melon,Candlebox dll dari mendengar band2 black metal...(tahun2 pertengahan 90an..memang aku kurang follow metal...merajuk pasal thrash dan glam dah mati...hahaha...)

Akhirnya walaupun tak la sehebat Grey...tapi Raining Grace kira boleh la...lagu2 rancak seperti Stand, My Best Friend...ok la...kira on par la dengan Half (dari Grey)...tapi lagu2 slow yang best dari album ni macam Raining Grace, Drag Me Under...masih tak leh celen Liquid Love...sayangnya album no 2 ni tak berapa mendapat sambutan...dan akhirnya Saturnine berkubur...nak kata kurang promosi...Reza penyanyinya tu pernah jadi pengacara program Alternatif kat TV3...ramai orang kenal...Nan gitaris tu lagi femes...bertahun main untuk M.Nasir kan...dan pernah join Mus May dengan band Stranger...


Dalam inlay takder gambo...harap kat cd ni ajer la...tak silap aku arwah adalah yang kiri

Mungkin pasal dorang main lagu orang putih...so radio tak bukak lagu dorang...sepatutnya dorang boleh lebih popular dari OAG...dorang jauh lebih bagus dari OAG...atau mungkin dorang just side project band....semua seasonist kan...so tak betul2 nak push...

Bagi aku Saturnine ni bagus...lagu2 ciptaan dorang bagus...lirik2 Reza pun bagus...produksi album ni pun bagus...kalau letak sebelah menyebelah band2 alternatif omputeh zaman tu...mesti tak tau ini band dari Malaysia...maklum la dorang berpengalamam dalam kerja2 dalam studio kan...ntah berapa banyak agaknya lagu2 ciptaan M.Nasir yang Nan main agaknya kan...(sayangnya untuk saturnine...Nan tak jadi gitar hero...maklum la band2 alternatif gitaris mana boleh tunjuk terer...)..manakala arwah Kamal pulak memang kerja sebagai sound engineer kan kat Kings Studio...dengarnya banyak nama2 besar guna khidmat dia..antaranya Ramli Sarip,Lefthanded,Ella,XPDC dll...paling baru sebelum trajedi berdarah tu...arwah terlibat dalam album baru kumpulan Kristal...

So kalau korang nak dengar muzik 90an Malaysia genre alternatif...modern rock..tak kira apa korang panggil...aku lebih suka panggil guitar oriented (ni Nan sebut sendiri dalam satu interview kat radio yang aku dengar)...boleh la cari album ni...walaupun aku lebih rekomen Grey.



Apa2 hal pun takziah la kepada keluarga arwah dan mangsa2 yang lainnya...Al-fatihah.

13 comments:

  1. feveret gua...lagu 'half' dr 1st elbem...halff..half of mee...vclip pon besh...zaman tu alternatif tgh menjadi2 kat malaysia.

    ReplyDelete
  2. Liquid Love lagu best. Gua pun lupa nama comp tu. Album yg ni gua tak follow, gua explore ekstrim metal agaknya masa tu..huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Liquid Love - Lagu cintan "melayu terbaik" zaman grunge. Sound pun ade ala2 Soul Asylum.. Memang layan bro, rasa mcm nak jamming pulak.. hehehe!

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing, pernah dengar dulu saturnine ni

    harap pihak berkuasa dapat close case ni cepat2..
    dan takde cerita tergantung dan akhirnye abis2 gitu je...

    ReplyDelete
  5. takde terdetik pun nak beli/dengar zaman tu. Metal kental!

    ReplyDelete
  6. circle of friends - malaysian underground compilation ke maksud ko?

    yang subculture main lagu "fever" versi uncensored tu? flop poppy masih ada radhi dalam band tu?

    ReplyDelete
  7. Aku pun ada CD Half dan Raining Grace Saturnine ni. Antara album inggeris tempatan terbaik pada masa tu.

    Collective Soul? Ha! Tu pun satu lagi aku ikut sampai skrg.

    ReplyDelete
  8. dah tahap rare album saturnine ni..nasib2 jer jumpa..rajin2 lah ke cash converter or flea market.. mmg produksi album ni sgt bagus.. walaupon lagu2 nya mellow ( setuju ngan ko abg berteromber) tp music arrangementnye lain dari band alternatif sezamannya.

    ReplyDelete
  9. Zan...aku rasa bukan circle of friends...pasal circle of friends rasanya aku masih simpan kasetnya...ni kalau tak silap tajuk dia The beginning...

    ReplyDelete
  10. ...pasal Kamal ni baru gua tau masa mula2 murder case ni terbongkar, kat fb Rodi Kristal dia ada mention.

    ReplyDelete