Monday, August 29, 2011

Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri

kepada rakan2 dan pembaca Berteromber.blogspot.com
Salah dan silap harap diampun...maaf zahir dan batin

Eight Is Enough

MAN UNITED 8
WELBECK (22), YOUNG (28, 90), ROONEY (41, 64, 82), NANI (67), PARK (70)

ARSENAL 2
WALCOTT (45), VAN PERSIE (74)

28 AUG 2011, OLD TRAFFORD



santapan sebelum raya....heheh..

kesian aku kat arsenal ni...manchester united pun pakai budak2 jugak beb...

buat deaf dan geng2 arsenal...aku turut simpati...tapi yang lain...jaga2 beb...team budak2 ni memang power!!!

yeehaaa...UNITED ! UNITED ! UNITED !


Saturday, August 27, 2011

AOR

Ok la...atas permintaan En Hafiz yang nak tau sangat apa tu AOR...hari ni kita belajo pasal genre muzik...aku pun bukannya pandai sangat...tapi setelah puas aku google...akhirnya aku jumpa jugak maksud AOR yang lebih kurang sama dengan kepahaman kat kepala otak aku...cekidot -SINI-

"AOR (Adult Oriented Rock) is a sub-genre of Rock that emerged in the late '70s and early '80s as an amalgamation of Rock, Hard Rock and Progressive Rock. It is characterized by a rich, layered sound, slick production and a heavy reliance on pop/rock hooks, which led to its huge popularity in the late '70s and early '80s.

AOR songs are almost always synthesizer driven and catchy and very often include harmonized vocals. The catchy choruses combined with relatively short song lengths make AOR a very radio friendly genre. The songs are more melodic than straight-ahead, regular Hard Rock, but still not nearly as light as Pop/Rock.

Some of the earliest - and also the most well known - AOR bands include names like Asia, Boston, Foreigner, Journey, Survivor and Toto.

Although AOR experienced a decline in popularity in the '90s, there has been a resurgence in recent years. Some of the notable groups in this later era include Brother Firetribe, Frederiksen/Denander, Place Vendome and Pride of Lions.

Note! The genre AOR is not to be confused with the radio format AOR (Album Oriented Rock), which is a term used mostly in North America and can mean practically any Rock album ever released."




Sejak dulu kepahaman aku AOR ni adalah genre yang terletak ditengah2 antara pop rock dan hard rock...tidak terlalu ringan seperti pop rock (contoh Chicago,Air Supply,Michael Learns To Rock,Roxette) dan tak terlalu berat seperti hard rock (Deep Purple,Bon Jovi,Aerosmith,Kiss)...

Tapi nak kata satu2 band tu betul2 AOR pun susah jugak...banyak band2 yang berubah2...contoh Bon Jovi...awal2 dulu lebih pada Hard Rock...sekarang dah lebih macam AOR....tapi antara band yang kekal dari dulu sampai sekarang boleh masuk kategori AOR dan yang paling aku suka sekali dan paling tepat nak describe genre AOR adalah Journey.



kenapa dipanggil adult oriented pun aku tak tau...mungkin lagu2 cengini sesuai unyuk golongan yang matang ataupun lebih tepat dah tua...heheh...tapi leceh la genre2 ni kan...kalau sedap kat telinga layan ajer la...bagi aku secara peribadinya...kalau lagu tu sedap terutama yang jenis2 guitar oriented...memang aku suka...kalau metal sekalipun tapi tak sedap...memang aku menyampah (read : Nu Metal...hahaha)...tapi ntah kenapa...Hip Hop, dangdut (err...K Pop pun...) memang langsung aku tak bleh terima...

Ok..harap En Hafiz berpuashati...sekurang2nya ini lah pemahaman aku pasal AOR...kalau salah atau orang lain ada permahaman lain...tu dia punya pasal...heheh...

Friday, August 26, 2011

@Kg Pasir Putih, Pasir Gudang

Lokasi : Kg Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor
Tarikh : 20hb August 2011

Masa : 7.07 pm (sebelum Maghrib)



Masa : 7.30 pm (selepas Maghrib)




Masa : 8.15 pm (beberapa minit ke Isyak)




Tujuan sebenar ke lokasi adalah ni





Berbuka puasa di Restoran Makanan Laut Pasir Putih



Sedap!



alhamdulillah...sapan...

Thursday, August 25, 2011

Hesher



Aku memang suka filem2 indie yang bukan budget besar...dan bila aku dapat tau pasal Hesher ni...memang aku berminat la nak tengok...tambah pulak ianya dikaitkan ngan Metallica...walaupun aku tak pasti kenapa...selain logonya yang guna Metallica font tu...aku tak nampak apa kaitannya ngan Metallica...

Tapi dari apa yang aku baca...menurut cerita pelakon utama yang bawak watak Hesher tu, Joseph Gordon-Levitt...dia membayangkan Cliff Burton untuk watak Hesher ni...sama macam kes Johnny Depp tiru stail Keith Richards untuk watak Captain Jack Sparrow ataupun Heath Ledger ikut watak Eddie Van Halen untuk The Joker...dan menurut beliau Metallica suka apa yang beliau lakonkan dan bersetuju memberi keizinan untuk mereka menggunakan lagu2 Metallica dalam filem ni...sesuatu yang jarang Metallica buat...dan ini lah puncanya kaitan filem ni ngan Metallica...

Nak kata ceritanya best sangat pun...bagi aku biasa2 ajer...tapi kalau cerita jenis drama aku tengok time tengah malam dan aku tak tertido sampai abis...kira cerita tu pas la...aku tak nak bagi spoiler...so korang cekidot sendiri la cerita ni pasal apa...

Tapi yang paling aku nak puji sekali tentang lakonan dalam filem ni...memang terbaik...terutama Joseph Gordon-Levitt tu...biasa tengok dia bawak watak2 budak baik jer kan (contoh macam dalam (500) Days of Summer...ni sebuah lagi filem fav. aku)...tapi dalam ni tak sangka dia boleh bawak watak mamat heavy metal rambut panjang yang ganas...hilang dah muka innocence budak baik dia tu...sekarang nama dia dah masuk list pelakon yang aku nak tengok filem2 lainnya...

Devin Brochu, budak yang bawak watak TJ dalam filem ni pun bagus...dan tak lupa Natalie Portman yang juga producer filem ni...walaupun watak dia sikit...tapi cukup berkesan kat aku...best.


Tuesday, August 23, 2011

test cuba try...

test cuba try kamera baru....kalau tak kerana kamera lama aku rosak takder la nak beli barunya...tambah pulak nak raya ni kan...biasa la raya kan mesti ada adegan gambo mengambo...

ada la jugak terpikir nak beli SLR...tapi kenangkan kosnya...kang nak kena beli lens la..kena upgrade itu la ini la...err...leceh la...aku bukan terer pun ambik gambo....buat masa ni ambik yang kompak dah la...lagi pun senang nak usung ke sana kemari...

ini lah gambo hasil dari Panasonic Lumix TZ20...aku suka pasal dia boleh zoom sampai 16X..senang sikit nak skodeng...heheh...

lain2 jangan tanya...aku masih terkial2 ngan fungsi manualnya...





untuk makluman...rumah,pagar dan kereta didalam gambo bukanlah milik aku...tapi yang modelnya tu yer...kalau berkenan nak buat menantu...segala urusan menggunakan matawang Euro ataupun Pound Sterling sahaja akan di layan...heheh...

Monday, August 22, 2011

Cereal Killer Soundtrack

Sekali lagi menunaikan permintaan En Jairo...bulan2 puasa ni apa adahal...(Beriyani Power satu!!!...heheh)

Kali ni bersama Green Jelly - Cereal Killer Soundtrack (1993)



Dah berbelas tahun rasanya aku tak dengar kaset ni...1st time dengar Green Jelly adalah kat radio bahasa omputeh singapura...pelik macamana lagu yang ada sound ala2 metal boleh bukak kat radio dalam rancangan biasa bukannya rock show ker apa...tu jam aku tak dapat tangkap siapa penyanyinya masa DJ tu cakap...3,4 kali jugak terdengar kat radio sehinggalah tertengok video klipnya kat MTV baru la tau ianya Green Jelly dan lagunya adalah Three Litttle Pigs...

Zaman lum ada internet memang blur la nak tau sapa dia Green Jelly ni...sehinggalah terjumpa kasetnya...bila beli kaset pun tetap blur pasal takder info apa2 pun pasal band di inlaynya...tapi dari imej dorang...aku terbayangkan GWAR...dari lirik dorang terbayangkan Beavis and Butthead...lagu2nya pulak agak rojak...ada punk,metal,alternative dan funky...nampak sangat ini bukanlah kumpulan yang serius...lebih kepada parody mungkin...lirik pun lawak dan bodoh jer bunyinya...

Kemudiannya aku terbaca kat majalah...Green Jelly asalnya Green Jello...band yang hanya menghasilkan lagu2 mereka dalam bentuk video (VHS)...tiada dalam bentuk kaset/lp/cd...tapi disebabkan populariti lagu Three Little Pigs kat MTV...syarikat rakaman dorang mengriliskan album audio mereka...tu pasal kat tajuknya ada perkataan "soundtrack"...

Itulah sahaja maklumat dorang yang aku ada hinggalah ketika hendak membuat entri ni barulah aku mengoogle sapa dia Green Jelly ni...selepas 18 tahun baru la aku tau sapa2 dia dibelakang Green Jelly ni...haha...punya la lama....baru tau part kat lagu 3 little pigs suara falsetto "Not by the hair of my chinny-chin-chin" tu rupa2nya dinyanyikan oleh vokalist Tool Maynard James Keenan) dan drummernya jugak adalah drummer Tool...



Cereal Killer Soundtrack bukanlah kaset yang aku minat sangat...tapi sesekali dengar layan jugak..."Three Little Pigs" tu ok jugak...tapi aku lebih suka nengok video clipsnya...siap ada rambo lagi kan....lain2 yang menarik perhatian aku..."Anarchy in Bedrock"...ni lagu cover Anarchy in the UK tapi ditukar lirik jadi Flinstone...lawak...dan lagu "Electric Harley House (Of Love)" pun ok...khabarnya parody Motörhead lagu ni...

Band2 jenis komedi kartun camni memang susah nak kekal kecuali GWAR la kan...harap2 En Jairo berpuashati dengan hasil karangan ni...sekian, terimakasih.

Sunday, August 21, 2011

Call To The Heart

Bila Deaf sebut pasal House Of Lords dalam entri NI aku teringat kat Gregg Giuffria...pengasas dan keyboardist House Of Lords...dan tetiba aku teringat lagu ni...Call To The Heart dari Giuffria...lagu ni pernah masuk carta Billboard tahun 1984 dulu...

Giuffria adalah band Gregg Giuffria sebelum dia menubuhkan House Of Lords...1st time tau pasal band ni masa tahun 1984/85...dari majalah tempatan Weekend...(cekidot entri aku pasal Weekend kat SINI...ada gambo Gregg Giuffria kat situ)

Mula2 dengar aku ingatkan ni lagu Journey...dah lagunya bunyi AOR macam Journey...dah tu suara vocalistnya sebijik pulak macam Steve Perry...sebelum mamat Filipino tu join Journey....patutnya dorang cekidot vocalist Giuffria David Glen Eisley ni dulu kot...

Satu yang peminat kipas susah nak mati Dio patut tau...Craig Goldy bermula dengan band ni...(dulu aku kecik2 teringin nak buat rambut macam Craig Goldy macam dalam video clip ni...huhu...)



sedikit trivia...

Gregg Giuffria rasanya dah pencen main muzik...reunion House Of Lords pun dia tak join...maklumlah dia sekarang dah jadi businessman berjaya...dah millionaire pun...tapi dalam satu interview ngan Craig Goldy yang aku baca...mungkin akan ada reunion Giuffria...

Bassist dia lepas Giuffria...join Quiet Riot

Vocalistnya David Glen Eisley...kalau korang selalu kena temankan anak layan Spongebob Squarepants...mesti pernah tengok satu episod Spongebob nyanyi lagu "Sweet Victory"...tu adalah suara David Glen Eisley...

Drummernya Alan Krigger aku tak tau apa jadi...tapi gitaristnya Craig Goldy....semua mat rock patut tau la kan...

Friday, August 19, 2011

Never Surrender (or Nearly Good Looking)

Aku baru jer abis baca buku ni sebelum puasa tu hari...masa lapang yang sangat terhad menyebabkan dekat setengah tahun jugak la ambik masa nak mengabiskannya walaupun bukunya tak la tebal mana...



Ni buku autobiography Biff Byford...kalau ada yang mengaku rock tapi tak kenal mamat ni...dia adalah penyanyi dan pengasas kumpulan SAXON...tapi kalau Saxon pun tak kenal...baik layan Hujan...heheh....



Seperti kebanyakkan buku2 autobiography pasal individu2 dari sesuatu band...buku ini jugak lebih menceritakan perihal kisah hidup individu tersebut berbanding bandnya...so kalau mengharap ini kisah Saxon...mungkin sedikit kecewa...ia lebih kepada kisah hidup Biff sendiri...gaya penceritaannya memang santai...dan macam biasa buku2 rockstar ni...mesti cerita pasal Sex,Drug & Rock N Roll...cuma yang bezanya...Biff tak main dadah...pengalaman tak leh menyanyi time lalok menyebabkan dia serik nak ambik dadah...



Banyak jugak cerita2 menarik beliau di zaman awal NWOBHM...penubuhan SAXON...cerita2 disebalik pembikinan album2 mereka...tentang syarikat rakaman...tentang Iron Maiden..Def Leppard...dan band2 yang dorang pernah tour bersama macam Motorhead,Rainbow,Motley Crue,Manowar dll...

aku malas nak cerita panjang...kalau korang peminat SAXON...beli pinjam dan baca....(sebenarnya oleh kerana aku mengambil masa yang agak lama nak mengabiskan buku ni...banyak bab2 awalnya aku dah terlupa...malas pulak nak ulang baca semata2 pasal nak buat review ni...so layan gambo jer la...heheh...





Tuesday, August 16, 2011

A Walk To Remember

Aku memang kaki wayang...walaupun memang dah bertahun tak gi panggung...tapi sememangnya banyak waktu lapang aku dihabiskan dengan menonton filem..dari zaman menyewa tape VHS hinggalah ke zaman sedut menyedut sekarang ni...ntah dah berapa banyak filem lah agaknya ek...

Membaca blog2 pasal movie terutama >NI< membuatkan aku terpikir patutnya aku jugak mendokumentasikan filem-filem yang aku pernah tonton...mungkin sekadar entri ringkas...bukan nak review...cuma sekadar bercerita...mulai dari entri ni aku akan cuba buat entri pasal filem2 yang aku tengok...

A Walk To Remember (2002)



Filem lama yang dah lama terperam dalam pc aku tapi baru minggu lepas tergerak hati nak tengok...filem dari adaptasi novel Nicholas Sparks...filem drama cintan ni pada awalnya macam aku dah dapat tangkap penyudahnya...banyak rasanya filem jenis camgini...kisah cinta budak sekolah antara mamat popular ngan awek nerd...kalau tak pasal Mandy Moore mungkin aku dah stop separuh jalan dah...tapi aku silap...penyudahnya agak berbeza...

Lakonan Mandy Moore dalam ni memang sweet...boleh jatuh cinta dibuatnya...buat aku teringat kat Phobe Cates (awek minah saleh pertama yang aku jatuh cinta...sayangnya percintaan jarak jauh memang sukar nak terjadi...hahaha...)

Kesimpulannya...ok la..sebuah filem cintan yang menarik...so sweet...tak ada adegan2 keterlaluan yang boleh membatalkan puasa...best jugak kalau layan tengok bersama yang tercinta (wife/hubby sahaja..girlfriend/boyfriend amat la tidak digalakan....bulan puasa ni oii)..dan oh ya...Daryl Hannah yang hot zaman aku budak2 dulu...berlakon jadi mak2 dah :D

Monday, August 15, 2011

RM7.50

respon kepada entri >NI<



beras kat johor lagi mahal dari sarawak nampaknya...

negeri lain macamaner?

Saturday, August 13, 2011

Jani Lane

Baru jer aku post entri pasal Warrant...tup2 aku dapat berita yang vokalistnya Jani Lane dah meninggal....kebetulan pulak kan...

"According to TMZ.com, former WARRANT singer Jani Lane was found dead earlier this evening (Thursday, August 11) at a Los Angeles-area hotel. He was 47 years old.

Lane was pronounced dead by Fire Department personnel who responded to a call shortly before 5:30 p.m. in the Comfort Inn in the 20100 block of Ventura Boulevard in Woodland Hills, California, the Los Angeles Police Department said.

The cause of death was unknown, and the case was turned over to the Los Angeles county coroner's office, LAPD officer Sara Faden told the Los Angeles Times.

Lane was married three times and is survived by a wife and four children."



John Kennedy Oswald
February 1, 1964 - August 11, 2011


Perginya seorang lagi rocker yang lagu2nya menjadi soundtrack ketika aku meningkat remaja...

aku tinggalkan entri ni dengan lagu yang mengenalkan aku kepada Warrant..."Heaven"...antara lagu slow zaman penghujung 80an yang aku suka...masih teringat rakam lagu ni kat tv5 singapore masa Warrant perform live kat MTV Music Award...tahun 1990 kot kalau tak silap...sampai sekarang masih aku simpan tape VHS tu...dan ini antara lagu yang kalau aku bukak kat kereta zaman2 baru kawin dulu wife tak suruh slowkan volume....

Thanks Jani for all the memories...

Warrant - Heaven (Official Music Video). Watch more top selected videos about: Warrant (1975 film)

Friday, August 12, 2011

Dirty Rotten Filthy Stinking Rich

Ok la untuk tak menghampakan permintaan seorang bapa yang sedang berpuasa (malam juga..heheh)...ni entri untuk Encik Jairo...(ada lagi nak rekues ker?...WASP electric circus dah...Skid Row Slave To The Grind pun dah...Poison tak mau ker??...auuuu)



Pertama sekali aku nak cakap....aku rasa ramai mat metal kat luar sana tak ambik serius dan siap mencebik bibir bila sebut Warrant (dan lain2 band hair metal amnya)...kerana imej spandex hair spray gincu pretty boy make-up tebal dorang...tapi kalau kita tolak tepi pasal imej...dengar betul2 muzik dorang...boleh tahan jugak sebenonya muzik dorang ni...

Dirty Rotten Filthy Stinking Rich bukanlah yang terbaik dari genre hair metal....tapi memang ada momentnya...bagi aku sendiri yang membesar di tahun2 80an...membaca Kerrang,Metal Edge dll masa late 80's khususnya...memang aku tak dapat lari dari Warrant...dorang bersama2 Poison dan Skid Row memang poster boy la...selak majalah2 rock tu jam mesti ada muka dorang...

Warrant ni boleh katakan generasi ke 2 hair metal...selepas zaman2 Motley Crue, Twisted Sister, Dokken, Ratt, WASP dll...apa yang aku ingat abang aku yang kenalkan Warrant ni...tu jam setiap kali dia balik kampung sure ada bawak kaset rock baru...tapi sebenonya ketika itu aku dah mula layan metal yang lebih keras...jadi ketika tu takder la beriya2 sangat aku ngan Warrant ni...tapi lagu2 seperti "Down Boy","Heaven", "Sometimes She Cries" "DRFSR" adalah sebab utama aku mendengar kaset DRFSR ni...walaupun tak sebest Poison...kira boleh tahan jugak la..



Dorang bukanlah yang jenis teknikal sangat macam White Lion...muzik dorang simple...heavy gitar...pop...big chorus...catchy...muka mesti hensem...formula band2 hair metal lewat 80an...zaman ni dorang memang top la...mungkin strategi syarikat rakaman menggunakan Beau Hill yang terkenal ngan Ratt sebagai producer menjadi...

Gitarist dia Joey Allen dan Erik Turner tu boleh tahan gak...walaupun tak la sebest gandingan Warren DeMartini dan Robbin Crosby (Ratt)..apa yang aku ingat dulu2 aku suka artwork kat gitar dorang berdua ni...cantik2...tu jam dorang pakai BC Rich kalau tak silap...

aku tak pernah ada versi kaset...pasal tu jam zaman tengah budak sekolah...budget terhad...keutamaan diberikan pada kaset2 yang lebih heavy...Warrant bukanlah keutamaan bagi aku...tapi tetap aku enjoy dengan lagu2 dia...dan bila aku terjumpa cd ni...aku terbeli jugak pasal mengenangkan memori zaman2 remaja aku...terutama lagu Heaven...memang sedap arr...catchy...ntah berapa kali ntah aku guna untuk tuju lagu kat awek...hahaha..



tak kisah la orang nak cakap apa...aku rasa genre hair metal adalah 100% lebih baik dari muzik yang ntahapahapa sekarang ni...dan ikhlasnya aku lebih prefer dorang dari grunge...letih la nak layan emo...rock n roll supposed to be fun...Dirty Rotten Filthy Stinking Rich memang fun party album...

so takder hal beb...aku memang layan Warrant...jom pinjam lipstick bini...heheh..


Wednesday, August 10, 2011

Waking Up the Neighbours

Kembali ke album yang dah berusia 20 tahun...album dari tahun 1991...bulan puasa ni slow down la sikit...cerita yang tak metal...kali ni pasal album Bryan Adams - Waking Up The Neighbours.



Aku pernah buat entri pasal album Reckless dari Bryan Adams...sememangnya zaman2 80an dulu...selain Rick Springfield, Paul Young, Nik Kershaw dan Howard Jones...Bryan Adams adalah salah seorang penyanyi solo lelaki yang aku minat sesangat...



aku tulis point jer la...kes malas nak susun ayat dan menaip...

- Ini adalah album pertama beliau menulis lagu tanpa Jim Vallance...gandingan dorang berdua ni banyak menghasilkan lagu2 best terutamnya zaman Cuts Like a Knife, Reckless dan Into the Fire...

- 1st time dengar aku terbayang Def Leppard...rupa2nya dia menggunakan producer yang sama...Robert John "Mutt" Lange benar2 menjadikan album ni seperti Hysteria dan Adrenalize...

- Memang banyak persamaannya...terutama part drumnya...tambah pulak suara Bryan Adams dalam ni hampir sebijik macam Joe Elliott...member aku yang 1st time dengar Bryan Adams...aku tipu dia ni album Def Leppard...mati2 dia percaya...

- Lagu2 seperti "Thought I'd Died and Gone to Heaven","Do I Have to Say the Words?" dan "All I Want Is You" memang sebijik bunyi Def Leppard..

- manakala "Can't Stop This Thing We Started" intronya mengingatkan aku pada Tears For Fear's Everybody Wants to Rule the World...dan lagunya pulak ada bunyi2 macam Glass Tiger's Don't Forget Me (When I'm Gone)

- album ni BA cuba untuk menjadi seperi Reckless...tapi mana nak lawan kan...Reckles ada 6 lagu hits yang masuk Top 15 carta US...tapi ok la... album ni ada lagu BA yang paling dikenali..."(Everything I Do) I Do It for You"...dan 2,3 lagu hits lain macam "Can't Stop This Thing We Started", "Thought I'd Died and Gone to Heaven" dan "Do I Have to Say the Words?"...walaupun tak semuanya masuk Top 15..



- Keseluruhannya album ni sedap...cuma kekadang aku rasa 15 lagu (80 minit lebih) tu banyak dan panjang sangat...sedikit letih nak mengabiskannya tanpa skip...

- Apa yang aku suka...walaupun Bryan Adams ni penyanyi solo...tapi band yang mengiringi dia tak kira samada kat studio maupun konsert...dari album pertama lagi tetap orang yang sama...kira dah macam band jugak la...aku suka gitarist dia tu Keith Scott...solo melodic...sedap...

- ntah kenapa ni la last album BA yang aku beli kaset/cdnya...album lepas2 tu aku dah macam tak berapa minat nak follow...

- kalau suka Def Leppard (era Hysteria,Adrenalize)...atau Bon Jovi 90s...album ni memang patut korang dengar...

- dah...abis.


Tuesday, August 9, 2011

Laser Disc?



Ni bukan LP ataupun piring hitam...tapi ni Laser Disc...
iyer entri ni adalah bertujuan untuk riak LaserDiscwi...heheh...



Seingat aku masa zaman laser disc ni...mahal giler nak beli ldnya...bukannya ada yang pirate...dulu kat Holiday Plaza,JB ada la jual...ori punya...tu pun kekadang siap kena order dulu...pasal tak semua tajuk ada...maklum la tak ramai yang ada playernya...

Kesiannya teknologi LD ni kejap bebeno...bila keluar VCD...LD ni jadi dinasour...kesian kat sorang kawan aku yang beli playernya...LD ni yang banyak kat market 2nd hand Malaysia Karaoke la...nak cari movie...konsert memang payah...



Tapi yang jadi masaalahnya...kat mana aku nak godok bendalah ni...aku bukan ada playernya...

ada lagi ker orang simpan laser disc player???

Monday, August 8, 2011

Thanks for the memories


(2005 - 2011)




(1991 - 2011)


Terimakasih Edwin Van Der Sar dan Paul Scholes...korang memang lagenda...

Tapi apa adahal kalau lagenda2 ni semua pencen...Manchester United tetap jugak juara....Tom Cleverly, Danny Welbeck, Chris Smalling, Phil Jones, David De Gea are legend in the making...



MAN UTD 3
SMALLING (52), NANI (58, 90)

MAN CITY 2
LESCOTT (38), DZEKO (45)

COMMUNITY SHIELD
7 AUGUST 2011 WEMBLEY

ntah dah berapa kali ntah menang community shield ni ek...aku pun dah lost count dah...apa2 pun...season bola dah bermula...hari2 sabtu dan ahad aku kembali seperti biasa...remote astro kembali ke tangan setelah beberapa minggu jenuh terpaksa melayan Kilauan Emas...hahaha..

Friday, August 5, 2011

Sahur

Satu lagi entri ringkas...(Aku masih dalam kemalasan untuk menaip di bulan ramadhan ni...)

Semalam masa teman orang rumah aku memasak lauk sahur...godek2 radio...bukak Warna 94.2 (radio singapura)...terdengar pulak lagu ni...best pulak...terus cari kat youtube..



rock oo lagu ni..best...buat alarm kat handphone untuk bangun sahur pun sesuai...
pesal la band2 rock malaysia tak nak buat album2 camgini? album pasal puasa...pasal raya...pasal ketuhanan...

Wednesday, August 3, 2011

Anak Liar

Entri ringkas...
(masuk bulan puasa ni rasa malas pulak nak menaip dan mengupdate blog)

Sebab tengok Sofea main masa Loudness tu hari...teringat nak buat entri ni...tengok = kat youtube bukannya depan mata...heheh)

Tu hari masa beli Wings & Superfriends kat Speedy...kerana nak mencukupkan 3 for RM30...aku beli cd ni..



Bukan la sebuah album yang aku minat sangat...tambah pulak aku tak suka cover ni...tak tau kenapa dorang tak nak letak cover asal dengan motor Kawasaki tu...takut orang cakap tiru Motley Crue kot...lagi best kalau dorang keluar kan Sofea 1st album "Kembali" dalam bentuk cd...




apa2 pun aku pernah buat entri pasal album ni...kalau korang lum pernah baca...klik SINI