Semenjak konsert
whitesnake ni...banyak pulak aku terbaca pasal
Doug Aldrich...aku pun nak menyibuk cerita pasal mamat ni..lagi pun dah lama tak buat cerita pasal gitar hero..

aku 1st time tau pasal dia bila ada terbaca rumour pasal
Dio nak ambik dia lepas
Craig Goldy injured tangan
(tahun 88 kalau tak silap)...tapi tu jam band dia
"Lion" tengah baru nak naik...dia tolak...sapa pernah tengok
Transformer The Movie (yang kartun punya) tahun 1986...lagu tema dia tu
"Lion" la yang main...tapi sayangnya kumpulan ni tak top...dan dia jugak main dengan
House Of Lords untuk album
"Sahara" (aku suka album ni...best) tapi nama dia tak masuk list pun pasal dia cuma gitarist jemputan untuk album tu...tapi dengan
Hurricane (satu lagi band 80an yang kurang menjadi...dia memang join dan main untuk album
"Slave to the Thrill"...sayangnya ngan
Hurricane pun tak lama pasal dia nak join
House Of Lords...tapi
Gregg Giuffria tak ambik dia full time pun untuk
House Of Lords...

Metal Edge Jun 1989

Metal Edge April 1994
Akhirnya masa zaman grunge meletup dia ngan vokalis
"Lion" tubuhkan
Bad Moon Rising...tapi aku tak ambik tau pun...pasal aku ingat ni band alternative macam
Blind Melon atau
Collective Soul tu...dan aku tak tau pun dia dalam band tu...tapi bila
Dio rilis
Killing The Dragon (2002) tetiba nama dia naik balik...padahal tu jam
Dio dah ngam dah dengan
Craig Goldy masa album
Magica...album yang pada aku menaikkan balik nama
Dio kat pentas metal selepas beberapa album tenggelam sejak
Dream Evil...
Dalam satu interview ngan
Craig Goldy yang aku baca sepatutnya memang dia yang main untuk
Killing The Dragon...malah dia main dan cipta 3 lagu...
“Throw Away Children,” “Push” dan
“Rock and Roll”...tapi kebetulan masa tu wife dia kat Denmark mengandung...so pada dia keluarga lebih penting...dan mungkin memang rezeki
Doug Aldrich...
Dio panggil
Doug untuk habiskan recording Killing The Dragon dan rakam semula 3 lagu
Craig Goldy tu...
(btw...Craig Goldy memang gitarist fav. Dio...minggu2 sebelum kematiannya pun dia bersama2 ngan Craig cipta lagu untuk album baru yang ada iras2 Magica...dengar cerita wife Dio, Wendy dah bagi kebenaran untuk Craig dan Rudy Sarzo riliskan lagu2 ni satu hari nanti...dengo2 ceritanya mungkin Ripper Owens yang nyanyi....ok ni cerita lain....mungkin aku patut buat entri pasal Craig Goldy jugak la...)
Apa2 pun
Killing The Dragon memang best...ramai yang kata album ni mengembalikan
Dio ke era 8an...zaman2
Holy Diver, Last In Line...tambah2 pulak
Jimmy Bain pun main dan menyumbangkan lagu...tapi pada aku tak kisah la apa orang kata...kalau
Magica menaikkan semula nama
Dio...
Killing The Dragon pulak benar2 menaikkan semula nama
Doug Aldrich...riff2 dan solo2 dia dalam ni memang dasat...kekadang megingatkan aku kepada
Dio zaman
Vivian Campbell...memang tak salah peminat mengaitkan album ni dengan album2 era 80an
Dio...production album ni pun tip top...clear....
Walabagaimanapun...aku lebih suka lagu2 dari side A
(kalau dengar guna kaset la...) terutama lagu
"Killing the Dragon" dan
"Along Comes A Spider"...riff dan solo2 Aldrich dalam lagu2 ni memang dasat...selain tu
"Scream","Rock And Roll" dan
"Throw Away The Children" pun best...
"Push" tu walaupun bunyi pop rock sikit...tapi ok la...
Cuma side B ada sedikit filler...lagu2 macam
"Cold Feet",
"Guilty" dan
"Before The Fall" ni ler yang buat aku rasa album ni jadi kureng sikit...lain2 memang aku takder masalah...tapi macam aku cakap awal tadi la...
Craig Goldy adalah gitarist kegemaran
Dio....so
Doug Aldrich cuma merasa main satu album ni ajer la...pasal album selepas tu
Master of the Moon...sekali lagi
Craig Goldy yang main
(iskh...aku memang patut buat entri pasal Craig Goldy ahhh...)