Guns N' Roses - Appetite for Destruction (1987)
Tahun 1988...aku tingkatan 5...seorang kawan sekolah aku yang satu2nya berseluar bell botom ala2 Clif Burton kat sekolah bagi aku pinjam kaset ni..."ko try dengo ni...jauh lagi best dari ni"...merujuk kepada kaset "Look What the Cat Dragged In" yang aku pinjam untuk dubbing dari dia....masa tu lah pertama kali aku dengo nama Guns N' Roses....and the rest is history....
Iyer aku memang die hard GNR...terutama zaman Izzy Stradlin...aku selalu terbayangkan Izzy ni macam Adrian Smith....orang penting dalam diam....terimakasih la kat kawan aku "Jemek" (dah lost kontek dah mamat ni) kerana pengenalan kepada GNR (dia jugak yang kenalkan aku pada Metallica)...
1st time dengo jer aku dah rasa dasatnya gitarist kumpulan ni..time tu jugak ambik kaset kosong dan bawak gi rumah kawan aku yang ada radio kaset double deck untuk dubbing...(zaman tu sapa yang ada radio kaset double deck memang best...senang nak buat kaset cetak rompak...haha...)...kavernya siap aku photostat...walaupun album ni adalah salah satu all time favourite aku...tak pernah pulak aku beli kasetnya...kaset dubbing tu la yang aku usung kesana kemari hingga lunyai...sehinggalah munculnya zaman cd....dan dah tentu2 la...selain cd2 Iron Maiden dan Metallica...album ni lah antara yang pertama aku cari untuk di upgrade kan ke cd...
Bagi aku ini memang killer album...takder filler...zaman2 glam/hair metal sedang memuncak...thrash baru mula nak naik...tetiba muncul album yang lain dari yang lain ni...takder sapa sangka album ni akan meletup......walaupun selalu orang kategorikan dorang dalam glam metal movement...tapi aku rasa macam Tesla...dorang bukan glam...mana ada pakai spandex...mana ada eye shadow...lirik yang berbeza dari party sex,drug dan rock n roll...lirik lebih gelap...paranoian, prostitution, ketagihan heroin, alcoholism,jenayah dan poverty...sound muzik yang lebih kasar...bising...hasil rif2 dan guitar licks ala2 rock n roll dari Slash dan Izzy...album ni betul2 memberikan kejutan kepada dunia...
Aku tak pasti dari mana kawan aku tu dapat kaset ni...dari takder sapa tau GNR...tup2 dalam bulan september 1988..."Sweet Child O' Mine" dapat no 1 kat carta Billboard USA....dan tetiba nama GNR jadi nama besar...jadi fenomena....aku rasa impaknya lebih kurang sama kat budak2 generasi 90an ketika album Nevermind tetiba meletup...satu yang jarang2 kita jumpa dalam sepanjang hidup kita...aku tak rasa pun Black album dari Metallica bagi kesan yang sama...zaman tu budak2 metal dah lama follow Metallica sejak Kill Em All...takder rasa tiba2 jer pun...mungkin budak2 yang baru kenal metal jer pun...tapi Appetite for Destruction ni memang lain...benda yang tak dijangka....bagi aku semua lagunya best....tapi mula2 dengar aku dah suka adalah lagu Paradise City dan My Michelle...senang cerita bagi aku ini adalah salah satu album rock terbaik sepanjang zaman...period!
Aku rasa nadi utama GNR ni adalah Axl,Slash dan Izzy...takder 3 orang ni takder la GNR...keunikan suara Axl...solo2 gitar Slash...dan kesedapan lagu2 ciptaan Izzy itulah GNR....memang rasa frust la Axl tak nak reunion...tambah berita terbaru pulak Axl tak nak datang pun majlis Rock and Roll Hall Of Fame tu...malah nama dia pun dia tak nak masuk....mungkin dia bengang pasal Rock and Roll Hall Of Fame tak nak iktiraf line up Chinese Democracy...Izzy pun kabonya tak datang...biasa la mamat ni...tak minat benda2 glamer ni...so memang takder can la line up Appetite for Destruction ni nak join satu stage walaupun takat ambik anugerah...
Mungkin betul macam Axl cakap...kena move on...fan pun kena terima hakikat...GNR sekarang adalah line up seperti album Chinese Democracy...itu lah line up yang Axl mau...kalau nengok youtube pun dasat gak dorang ni main live...tak rasa pun ketiadaan Slash...teringin gak aku nak nengok line up baru ni kalau dorang turun Malaysia/Singapore...
Cumanya aku harap satu hari nanti Axl nak berkolaborasi balik ngan Izzy dan Duff...pasal ni 2 jer la original line up yang Axl tak gaduh...masih boleh main satu stage...dengan Slash....jangan harapla...
roket queen \m/
ReplyDeleteALbum ni paling banyak kasi nostalgia kat aku.
ReplyDeleteBeli kaset semata-mata untuk dikoyakkan cover depan (maklumlah gua dulu sekolah agama). Kaset original kedua gua beli kat kedai lepas Nirvana Insecticide.
Pergh... Rasa nak buat entry plak.
ahhh...ahhhh.... menjadi trademark album ni. malu nak cerita.. auww..
ReplyDeleteapapun, album ni (pada aku) satu monumen teragung dalam sejarah glam rock. it's so easy..
i agree, psl album nevermind dari nirvana tu memang memberi impak yg besar gak equal to this GNR album...aku budak era 90'an haha so i get what u mean bro haha
ReplyDeleteZan...kalau ko perasan...cd yg jual kat malaysia gambo kaver depan dia tu dia letak belah dalam...memang disengajakan untuk pasaran malaysia atau memang semua pun cenggitu aku pun tak tau...
ReplyDeleteAku tau.
ReplyDeleteVersi untuk Malaysia dah di"baik"kan. Cuma letak logo GnR saja.
Sanggup aku carik CD ni kat Singapore semata-mata nak versi cover asal. Sekali dapat yang versi 1st print punya. Siap ada notification pasal kualiti analog yang dipindahkan ke digital. CD pun made in germany..:-)
Reckless life
ReplyDeleteurmm, urmm, Is it weird 'cause I'm a GIRL and I like Gn'R ???
ReplyDeleterock n roll tak pilih jantina, umur atau bangsa...bak kata ACDC...For Those About To Rock We Salute You...
Deletebanyak masa aku hari ni nak baca2 blog. sambil layan muzik kat utube. skg tgh layan gnr ni album ni sambil baca ni mmg masuk... terbaik lah. nanti aku nak cari cd atau kasetnya.
ReplyDelete