Thursday, April 26, 2012

Thrash Zone

Sempena D.R.I main kat KL Metal Camp V 29hb ni...



D.R.I - Thrash Zone (1989)

1st time aku tau pasal Thrash Zone bukanlah dari sumber metal...tapi dari sebuah suratkabo mingguan...aku lupa la yang mana...Mingguan Perdana kot kalau aku tak silap (ujud lagi ker suratkabo ni?)...dorang ada satu ruangan review album yang selalu jugak review album2 metal...ada satu minggu tu Thrash Zone yang dorang review...apa yang aku boleh ingat dorang bagi rating tinggi untuk album ni dan terkejut band omputeh  boleh buat lirik pasal amanat Ayatollah Khomeini suh bunuh pengarang novel The Satanic Verses si Salman Rushdie tu  (lagu Kill The Words)

Tapi Thrash Zone bukanlah album pertama DRI aku...zaman aku kemaruk dengo muzik crossover macam Faith No More dan Suicidal Tendencies...kawan aku masa kat ITM bagi aku dengo kaset 4 Of A Kind...start tu DRI ni berjaya menarik perhatian aku...

memang menarik album ni...sesuai ngan tajuknya...memang thrash...riffs2 yang teramat catchy...sound pun sangat clear...lagu2 yang jenis laju...tetiba slow...laju balik...Spike Cassidy ni memang banyak menghasilkan riff2 yang sedap...satu lagu jer sampai 2,3 riffs sedap...sayangnya dia tak banyak menyolo...mungkin kerana pengaruh hardcore punk yang masih kuat dalam DRI...kerana ni kekadang aku rasa ada antara lagu2nya sedikit memenatkan kalau nak dengo berulang2 kali..


Walaubagaimanapun...banyak jugak lagu2 yang best...yang boleh buat kepala terhanguk2...tapi yang paling menjadi penyebab untuk aku suka album ni adalah lagu "Kill The Words"...riffs dia memang catcy abis...lain2nya mungkin "Thrashard", "Drown You Out" dan "The Trade"...tapi yang bestnya kalau beli versi cd ni adalah 2 bonus tracknya...(ni kat kaset/LP takder) "Labeled Uncurable" dan "You Say I'm Scum"...best lagu2 ni...walaupun yang last tu ada bunyi2 macam Anthrax..

Apa2pun...sama seperti State Of Euphoria...kaver album ni sering aku gunakan sebagai avatar aku zaman2 rajin berforum dulu...mungkin kerana warnanya yang agak striking...ataupun just nak tunjuk yang aku konon2nya thrash la sangat....heheh..

Rekomended untuk yang  nak dengar thrash dengan tons of riffs yang sedap2...tapi kalau sebut pasal muzik crossover thrash+hardcore+punk...aku lebih suka Suicidal Tendencies.





***aku tak gi KL Metal Camp...so pada sapa2 yang pegi selamat berDRI...












2 comments:

  1. sama la kita... last minute member cuti...isnin dan selasa hari buruh!! iskkkkkk

    ReplyDelete
  2. sebelum tengok iron maiden ari tu wallpaper pc aku cover ni la.... lagu kill the word tu mmg best!!!

    ReplyDelete