Friday, August 31, 2012

Not Dead Yet



Jason Becker: Not Dead Yet (2012)

Aku lum tengok lagi dokumentari ni sebenonya....baru jer pun rilis kat selected filem festival...kat UK pun bulan November nanti baru rilis....tapi ini adalah antara filem yang aku tunggu2....sejak dengo ura2 pasal filem ni setahun dua yang lepas (tajuk asalnya Jason Becker Movie : Perpetual Burn)...aku lama dah follow fanpage dia kat FB pasal nak tau apa latest news pasalnya...

Mungkin budak2 rock/metal sekarang tak kenal pun sapa dia Jason Becker ni....tapi masa tahun 1988,1989...beliau adalah salah seorang gitarist/shredder yang disebut2 bakal menjadi bintang besar...pernah menang 'Best Young Guitarist tahun 1989' dari majalah 'Guitarist'...menjadi pengganti Steve Vai untuk David Le Roth dalam album A Little Ain't Enough (1991)....tapi segala2nya berubah bila dia kena penyakit ALS yang menyebabkan dia lumpuh dan tak boleh bercakap dan dah tentu2nya tak boleh lagi bermain gitar...(cerita lebih lanjut baca jer la kat wiki)....

Aku mula tau pasal beliau melalui kaset Cacophony - Go Off! (1988)...kepunyaan sorang kawan sekolah aku yang baru mula berjinak2 nak belajo main gitar...beli gitar dan baru start belajo gitar lepas abis periksa SPM...tapi lepas tu terer giler main gitar mengalahkan aku yang dari sekolah rendah dah pegang gitar tapi tak pandai2....dia ni cukup giler minat Cacophony...band yang diterajui oleh 2 bintang gitar muda yang sedang nak naik pada masa tu Marty Friedman dan Jason Becker....dan dialah antara yang frust bila Jason memilih untuk join David Lee Roth yang tak metal sedangkan Marty join Megadeth...

Walaupun diramalkan oleh doktor yang nyawanya tak akan panjang lepas kena penyakit ALS ni...tapi sehingga sekarang (22 tahun kemudian)...beliau masih bernyawa...masih terus berkarya walaupun beliau tak boleh bercakap dan lumpuh seluruh badan...hanya boleh berinteraksi menggunakan mata...dari situlah mulanya idea untuk pembikinan filem ni...

Siapa sangka...dengan teknologi terkini...dengan hanya mengunakan mata...Jason masih mampu mencipta lagu...masih menerbitkan album....semangat yang adanya padanya memang sangat2 la aku respek....tak sabo aku nak nengok dokumentari ni....



Antara masterpiece Jason...di petik dari album Collection (2008) - "End of the Beginning"...lagu ciptaan beliau ni asalnya dirakamkan oleh Michael Lee Firkins kerana pada masa tu beliau dah tak boleh main gitar....tapi versi demo ni dimainkan oleh beliau sendiri...pada ketika ianya dirakamkan...beliau telah pun menghidap ALS tapi masih diperingkat awal....nak dengar versi Michael Lee Ferkins cekidot >SINI<


Jason Becker bersama2 ngan Marty Friedman di zaman kegemilangan Cacophony....kalaulah dia masih boleh bermain...buat reunion pulak ngan Marty....memang pergh!!!!


My Guitar Hero







Wednesday, August 29, 2012

Words


ABAH HENCEM LAWA




p/s - kata2 budak berumur 5 tahun adalah tidak menipu dan datang dari hatinya yang tulus lagi ikhlas....huhuhu...


Monday, August 27, 2012

Man On The Moon


"That's one small step for a man, one giant leap for mankind"

Walaupun peristiwa bersejarah ni berlaku sebelum aku lahir...tapi imej ni dan nama Neil Amstrong dah melekat kat kepala aku sejak zaman aku sekolah rendah lagi...tak ingat dah sejarah darjah berapa ada belajo pasal ni....dan rasanya sampai sekarang pun masih ramai yang tak percaya perkara ni betul2 berlaku...

Betul ker tidak...banyak yang boleh di baca kalau betul2 nak ambik tau pasal ni....nampaknya segala teori konspirasi dan kabar2 angin macam kononnya dia dengo bunyi azan masa kat bulan akan berkubur bersama2 ngan kematiannya....

Beruntunglah jadi orang yang boleh mengubah sejarah dunia...thanks Neil Alden Armstrong....kerana dia...siapa la yang tak pernah bercita2 nak jadi angkasawan....RIP (August 5, 1930 - August 25, 2012)

sejak pagi tadi lagu ni asik la terngiang2 kat kepala aku...salah satu fav. aku ni...






Saturday, August 25, 2012

Selepas raya...

masih tercari2 feel nak berblog selepas raya....bukan takder line internet kat kampung...tapi lebih kepada lebih syok makan tempeyek dari menaip...

nanti la...naik kerja minggu depan baru ada feel kot....biasa la...dah tua2 ni apa sangat la raya...keseronokan raya ni lebih pada bebudak....yang tua2 ni lebih kepada seronok dapat berkumpul adik beradik dan berjumpa member sekampung yang dah bertahun tak jumpa....tu jer...tambah tak seronok...United kalah di hari raya...heheheh....

bapak gua bersama 3 dari cucu2nya...










Friday, August 17, 2012

Raya



Baju raya dah ada dah...so konpem jadi la raya tahun ni....heheh...

Disebabkan dah dalam mood raya....rasanya ni last entri aku sebelum raya...dan dah nak balik kampung pun ni...so...aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan2 dan pembaca blog ni....mana yang tersilap bahasa dan ter"riakwi" tu....ampun dan maaf dipinta.... :P

MAAF ZAHIR DAN BATIN


btw...BPL pun dah start...selamat datang RVP...(sorry deaf...huhu...) nasib game United bukan kat malam raya...tenteram sikit nak merebus ketupat...heheh...








Wednesday, August 15, 2012

Metallica Unbound

Sebuah lagi buku yang baru abis aku baca...


Metallica Unbound - The Unofficial Biography

Sepanjang bulan puasa ni...time tak tertido waktu lunch...inilah antara bahan bacaan aku...nak kata best ke tak buku ni...aku pun tak sure...aku ada 3 buku biography pasal Metallica...tapi baru yang satu ni jer aku sempat baca...so aku tak leh nak buat perbandingan...nampaknya kena cari masa jugak untuk baca semua buku2 yang berderet2 tunggu turn tu....

Aku rasa kalau korang peminat Metallica...sure korang dah khatam dah cerita pasal Metallica ni...buku pasal ni pun ada melambak2 kat pasaran...semua pun unofficial biography...so aku tak sure samada buku ni bagus ker tak...samada ianya just “another Metallica book” ataupun “THE Metallica book”....tu nampaknya aku kena baca lagi 2 buah buku tu...

Cuma yang menariknya...penulis buku ni K.J.Doughton adalah peminat Metallica sejak permulaan lagi...dia lah orang yang bertanggungjawap menguruskan Metallica Fan Club yang pertama...zaman2 Metallica pun orang tak kenal lagi...maka keseluruhan buku ini adalah merupakan pandangan peribadi dari seorang peminat awal Metallica hinggalah dorang jadi popular...


Kalau korang peminat tegar Metallica...mungkin ini adalah salah satu buku pasal Metallica yang patut korang baca...tapi paling aku suka...rasanya akan berbeza dari buku2 lain adalah cerita pasal John Marshall...


***sorry takder gambo...aku lupa aku save kat mana gambo2 yg aku snap dari buku ni...nak ambik semula malas la pulak...



Monday, August 13, 2012

dates

Ni bukan cerita pasal berdating...tapi buah yang cukup sinonim di bulan puasa...


seingat aku jarang sungguh...ataupun mungkin tak pernah pun aku beli buah kurma....setiap kali bulan ramadhan konpem akan dapat percuma...terutama dari opis orang rumah aku...banyak dan sampai tak termakan...sampaikan bagi2 kat jiran atau bawak balik kampung...

tahun ni pun sama...cuma yang menariknya tahun ni dapat pelbagai jenis buah kurma...


buah kurma yang biasa...yang standard selalu dapat percuma...


jenis yang bertangkai...memang sedap...


tapi yang paling favourite untuk aku dan anak2 adalah yang ni...kurma badam ataupun yang orang kampung aku panggil almond dates....memang sedap dimakan waktu berbuka...

sebab tu...kira rekod la...tak pernah2 stok kurma kat rumah abis selepas 2 minggu berpuasa....tapi jenis yang2  ni jerla...yang jenis biasa tu...hmmm....



***satu lagi entri malas/takder idea di bulan puasa...heheh...



Friday, August 10, 2012

Treasure Chest

Lagi koleksi best of...kali ni versi kaset yang dah berusia 10 tahun...



Helloween - Treasure Chest (2002)

Aku sebenarnya tak ingat pun aku ada kaset ni...hari tu kemas2 baru terperasan...ini adalah antara kaset yang aku beli lepas tu terus simpan...beli bukan sebab nak dengar...pasal semua lagu2nya memang aku dah ada pun....

Bistu buat apa beli?....hahaha...ini soklan yg orang rumah aku pun selalu tanya....ianya lebih kepada nak buat koleksi....ini adalah penyakit kepada orang yang ketagih kaset/cd macam aku ni...membeli adalah kerana hobi dan nak buat koleksi...sangat pantang kalau termasuk ke dalam kedai cd....heheh...nasib pada ketika itu penjualan cd lum berapa meluas...kalau tak kompem aku dah sambar...

Kalau anda peminat Helloween atau baru belajar nak dengar Helloween...memang album ni yang patut anda cari...boleh dikatakan ianya himpunan semua lagu2 terpenting sepanjang karier mereka dari self-titled debut EP (1985) hinggalah ke 'The Dark Ride' (2000)....

tarikh aku beli pun ada tulis
boleh dikatakan aku sememang peminat Helloween...tak kira lah zaman Kai Hansen...Roland Grapow...Michael Kiske ataupun Andi Deris...memasing ada kelebihannya....malah album2 seperti  'Pink Bubbles Go Ape' dan 'Chameleon' yang ramai fan tak suka tu pun bagi aku ok jer....

Terdapat 29 lagu yang dibahagi kepada 2 kaset...(kalau cd...2 disc la...) merangkumi lagu2 seperti ...

'Helloween' EP (1985) - 'Murderer," "Starlight"
'Walls of Jericho' (1985) - "Metal Invaders," "How Many Tears," "Walls of Jericho/Ride the Sky"
'Keeper of the Seven Keys, Pt. 1' (1987) - "Future World," "Halloween," "A Little Time," "A Tale That Wasn't Right."
'Keeper of the Seven Keys, Pt. 2' (1988) - "Eagle Fly Free," "I Want Out," "Keeper of the Seven Keys," "Dr. Stein."
'Pink Bubbles Go Ape' (1991) - "The Chance."
'Chameleon' (1993) - "Windmill."
'Master of the Rings' (1994) - "Where the Rain Grows," "Sole Survivor," "Perfect Gentleman," "In the Middle of a Heartbeat," "Mr. Ego."
'Time of the Oath' (1996) - "Power," "Kings Will Be Kings" "Time of the Oath," "Forever and One."
'Better Than Raw' (1998) - "I Can," "Midnight Sun."
'The Dark Ride' (2000) - "Mr. Torture," "Immortal," "Mirror Mirror."



Disebabkan Helloween ni banyak sangat lagu best...aku rasa lagu2 seperti "Heavy Metal (Is The Law) atau "If I Could Fly" atau lagu2 dari Pink Bubble dan Chameleon macam "Kids of the Century", "When the Sinner" atau "I Don't Wanna Cry No More" pun boleh masuk list...tapi kalau camtu mungkin dah jadi 3 kaset la kot...

Pernah gak terpikir nak upgrade ke cd...terutamanya yang box set ada 3 disc tu....tapi apakan daya....iskh....

apa2 pun tak kira la versi kaset, cd maupun boxset...ini sememangnya REKOMENDED!



Wednesday, August 8, 2012

Kreuzberger Nächte

Kebelakangani setiap kali ramadhan mesti aku teringat lagu ni.....


aku pernah buat entri pasal ni 3 tahun yang lalu...pada sapa2 yang tak pernah baca...cekidot >SINI<

satu lagi entri malas di recycle di bulan ramadhan...heheh...



**semalam dah start dengar lagu2 raya kat radio...tapi ntah kenapa aku tak dapat feel bila mendengarnya macam dulu2...adakah sebab aku semakin tua...ataupun budaya youtube menyebabkan bila2 masa jer boleh dengar lagu raya walaupun dalam bulan muharam rejab saaban....menjadikan ianya tak eksklusif macam dulu2 dekat2 nak raya baru berpeluang mendengarnya...ntah la....



Monday, August 6, 2012

JPO

Aku ketandusan idea untuk menulis...bulan puasa adalah bulan yang mencabar untuk menulis....kemalasan di tahap yang maksima...tapi ianya tidak sepatutnya begitu...bulan puasa sepatutnya lebih produktif...dalam mencari idea untuk menulis...aku menyelongkar draft entri yang terbengkalai ni...(dekat 3 bulan dah..)

Johor Premium Outlet


JPO ni adalah salah satu tarikan membeli belah Johor Bahru yang nak kata baru...tak berapa baru jugak...di buka secara rasminya disember tahun lepas...lokasinya di Kulai...sila google sendiri...senang jer nak pegi...sebelah highway PLUS...kalau dari tol Skudai kena lapan posen ajer...


Pada aku ni tempat orang kaya bershopping....maklum la semua pun barang branded....contohnya Burberry, Coach, Salva­tore Ferragamo,Polo Ralph Lauren, Tommy Hilfiger, Nike, Adidas, Clarks, Cotton On, Armani, Evita Peroni, Timberland, Gap, Guess, Ermenegildo Zegna,Esprit dan lain2 yang berbelit lidah aku nak menyebutnya...walaupun dikatakan ianya lebih murah kalau banding shopping kat Singapore...ataupun Pavilion & Starhill di KL....tapi ianya memang bukan taraf aku...yang paling murah tu pun aku tak mampu...


Pada aku yang bestnya kat sini konsep senibina bangunannya....dengar ceritanya ala2 outlet store macam kat  obersea...Albertville kat US contohnya...ntah aku bukannya pernah sampai situ...ianya berkonsep outdoor...laluan pejalan kaki di tengah2 yang tak beraircond...so kalau datang tengahari paham2 jer la....tu sebab aku suka datang malam...

Tempatnya memang cantik...jenis kalau nak bergambo untuk pengantin tu memang sesuai sangat la...sayangnya masa aku gi sini aku tak bawak kamera...tak banyak gambo2 cantik yang aku dapat ambik...guna handphone dan tugas mengawal anak yang berlari  kesini sana (isteri sibuk menyoping) menyebabkab pergerakan terhad untuk mengambil gambo...haha...ini memang tempat untuk pompuan....aku bab shoping2 ni memang tak masuk kepala pun...



So pada sapa2 yang jenis suka barang2 branded...mungkin tempat ni sesuai untuk anda...tapi untuk golongan marhaen macam aku...jalan2 cari makan pun jadi lah...sini makan pun potong leher...kat food court dia aku pekena nasi lemak ciput + telur goreng terbang RM5....pergh!!!




Friday, August 3, 2012

Harta Karun 2

Dulu aku pernah buat entri pasal koleksi cd aku... >SINI<

Tu hari kemas2 rumah alihkan gobok (nak raya la kan...) dapat jugak aku peluang untuk menyusun balik koleksi kaset2 aku...


tak la banyak mana...dulu masa aku duk KL...kaset2 ni tinggal kat kampung...banyak jugak yang mak aku dah terbuang dah...tu lum masuk yang kena pinjam terus buat reta....ni jer la yang masih terselamat...

Sekarang ni memang aku dah tak collect kaset lagi...apa yang ada ni jer la aku simpan...kebanyakan kondisi memang masih elok...kaver semua masih tip top....aku jaga beb!...kecuali yang member2 pinjam tu la...bila pulang dah barai....memang sakit hati la...cumanya kalau main tu konpem keluar bunyi tikus...ni memang kelemahan kaset....

Banyak orang tanya nak beli....tapi hati aku masih sayang bab2 duniawi ni kot....memang rasa sayang nak jual....sebenonya bukan pasal nak dengo kaset tu ker apa....tapi kenangan di sebalik setiap keping kaset tu memang priceless la....ni semua kenangan zaman2 remaja youth gone wild....



Tapi antara koleksi kaset2 tu...yang paling aku sayang adalah kaset2 apache...pernah jugak buat entri pasal ni kat >SINI<...walaupun ianya cetak rompak...kaset2 apache ni la yang mengajar aku pasal muzik rock...zaman2 lum ujud download mengdowload....kaset ori payah nak dapat....kaset2 apache ni la yang jadi rujukan bagi mat2 rock sezaman ngan aku....walaupun harganya RM3.00...tapi zaman tu...bagi seorang budak sekolah yang wang sakunya cuma 50 sen sehari cam aku....memang ikat perut la nak membelinya....nak tak nak...terpaksa pakat ngan kawan2...aku beli yang ni....ko beli yang tu...pastu dengar sama2....memang best la zaman tu....

tapi yang paling aku sayang kaset2 apache Iron Maiden aku...terutama Somewhere In Time (yang ni bukan jenama apache...tapi Rock World...satu lagi jenama kaset piarate rock masa zaman tu)...sayangnya...satu pun aku tak jumpa....mesti mak aku dah buang....tapi yang satu tu (kalau tak silap best of Iron Maiden)...kena rampas ngan warden masa kat ITM....pasal curi karen untuk dengo radio....ITM masa tu plug semua mana boleh pakai...semua kena off....nak dengo radio kena pakai bateri...tapi biasa la idea McGyver...buat pendawaian haram curi karen kipas siling...last2 kantol...radio kena rampas ngan kaset Maiden yang tengah dengo time tu pun kena rampas sekali....hampeh betul la....heheh...


Satu lagi yang aku sayang adalah kaset2 melayu...iyer la...yang omputeh bila2 masa boleh cari cdnya….kalau yang melayu ni mana nak dapat???…memang sepatutnya la syarikat rakaman kat Malaysia ni rilis balik kaset2 lama ni jadi cd…teringin sangat nak ada Belantara, Srikandi Disisi & Ilusi Sebuah Mimpi dalam bentuk cd…


last...dalam menyusun tu terjumpa pulak la game ni...haha...lama giler tak main sampai kan aku lupa aku ada game pirate ni....


***kekadang terpikir...nanti kalau aku dah takder sapa nak di wariskan bendalah ni semua...dah la aku takder anak lelaki....budak2 sekarang generasi K-POP...mana la dorang pandai dengo muzik camni...




Wednesday, August 1, 2012

No Substitutes

Lagi memori cd best of yang dah 20 tahun...




Accept - No Substitutes (1992)

Accept adalah sebuah band lagenda heavy metal Jerman yang muncul selepas Scorpions dan sebelum Helloween....sayangnya mereka ni tak pernah mencapai populariti maupun pengiktirafan setanding ngan 2 band tersebut...

No Subtitutes adalah sebuah kompilasi lagu2 terbaik Accept...jika anda peminat baru...boleh la bermula di sini...tapi seperti jugak Iron Maiden - Edward The Great...jika anda peminat tegar...album ni sekadar satu cara syarikat rakaman nak buat duit lebih...banyak lagi lagu2 yang best2 takder...terutamanya lagu2 dari 3 album awal mereka Accept, I'm A Rebel dan Breaker....

Tapi jika anda sukakan lagu2 di zaman kemuncak mereka di tahun2 80an...lagu dari zaman Restless and Wild (1982) ,Balls to the Wall (1983), Metal Heart (1985) dan Russian Roulette (1986)...cd ini sudah cukup memadai...hampir semua lagu2 best zaman tu ada..contohnya "Too High to Get It Right", "Princess of the Dawn", "Fast As A Shark","Balls to the Wall" dan "Metal Heart"....



Secara peribadinya bagi aku...packaging cd ni memang hampeh...tak pernah aku jumpa cd best of mana2 artis omputeh sehampeh ni...inlay dia jenis kertas sekeping...sama taraf cam Malaysia Editionnya cd...satu gambo ataupun info pun takder...nasib jugak la harganya murah....dan sebab harganya tu lah jadi penyebab kenapa aku beli cd ni dulunya...zaman tu aku masih takder satu pun cd Accept...bila terjumpa cd ni dengan harga yang murah memang tak pikir panjang....tapi bila sekarang...aku dah ada hampir kesemua cd2 zaman 80an dorang...cd ni memang aku rasa tersangatlah hampeh....

So...pada sapa2 yang baru nak belajo dengo Accept dan harga pun murah...boleh cari cd ni...tapi kalau nak lagi best...try  cari cd best of yang lain...contohnya "Restless: The Best" ataupun "Collection"....