Sunday, November 4, 2012

Chernobyl Diaries


Chernobyl Diaries (2012)

Antara filem horror yang saya nanti2kan kerana trailernya hampir setiap hari saya tengok untuk beberapa bulan yang lepas*. Nampak macam menarik apatah lagi penulisnya adalah Oren Peli. Orang yang bertanggungjawab di sebalik filem Paranormal Activity.

Ceritanya berkisarkan 6 orang pelancung yang di bawa melawat ke bandar Pripyat. Bandar tinggal yang pernah terjadinya trajedi reaktor nuklear Chernobyl. Macam biasalah... filem mat salleh memang pandai mereka2kan cerita daripada kejadian sebenar. Tak pasti pulak adakah filem ini ada ditayangkan di Ukraine. Saya ada terbaca yang ada juga pihak yang tak bersetuju dengan filem ini kerana bagi mereka ianya tidak menjaga sesitivity mereka yang terlibat.

Walaubagaimanapun ceritanya sedikit menghampakan saya. Permulaan cerita yang agak lembap dan ditambah pula dengan mutu lakonan yang tak berapa menyakinkan menjadikan filem ini seolah2 filem horror grade B. Kemunculan makhluk menakutkan walaupun adanya elemen boleh buat kita rasa terperanjat terperanjat pun agak kurang menyakinkan. Senang cakap filem ni bukanlah filem horror yang menakutkan.


*Untuk makluman...Cathay Cineplax berada betul2 di hadapan opis saya. Oleh sebab itu saya agak biasa dalam hal2 trailer/poster filem2 yang bakal ditayangkan.



8 comments:

  1. aku pnh pergi pripyat sekitar tahun 2007-2008 dulu...








    tp dlm game STALKER & call of duty: modern warfare je~ :D

    ReplyDelete
  2. wow nice review! Dlm list utk movie2 yg ingin ditonton ialah movie ni dan Sinister....by the way,MU menang flawless mlm td bro,GGMU! Top of the league,thats a fact! Haha tetiba keluar topik kejap...

    ReplyDelete
  3. ..Lu jangan lak menyelinap masuk panggung time opis hour bro...hehehehe..

    ReplyDelete
  4. wah... depan ofis... lepas ni boss nak cari mana pekerja dia melepak..dia terus ke sana le..heheh

    ReplyDelete
  5. Lebih kurang mcm cerita the hills have eyes je?

    ReplyDelete
  6. trailer best tapi cerita tak best punya kes la ni.

    ReplyDelete
  7. amoi kedai dvd (yang boleh tahan knoeledge pasal filem) semalam baru saja menghasut saya untuk membelinya...

    namun tidak, saya tidak termakan hasutan itu.

    jadi dvd apa yang saya beli? USAGI DROP, yang sangat baik ceritanya, adaptasi manga jepan rupanya.

    nampaknya pilihan saya sangat tepat lebihlagi setelah membaca ulasan anda .

    ReplyDelete
  8. Portdy...Usagi Drop ada kat youtube...berdasarkan pengalaman anda...saya akan sediakan tisu sebelum menontonnya..heheh..

    ReplyDelete