Album klasik yang dah 30 tahun
Slayer - Show No Mercy (1983)
Nak kata best sangat pun tak juga tetapi jika dinilai dari segi sejarahnya, ianya antara yang terpenting. Show No Mercy dan Kill Em All adalah antara pencetus genre apa yang kemudiannya dikenali sebagai thrash metal.
Ketika itu tiada istilah thrash, memang jelas pengaruh NWOBHM dalam lagu-lagu mereka malah vocal Araya juga juga banyak ke arah itu. (dengarkan jeritan dia dalam lagu Tormentorrrrrrrrrrrrrr... :D ). Dari sound dan permainan pun takder apa yang dibanggakan tetapi mereka menjadi lebih bagus kemudiannya. Banyak lagu yang saya rasakan versi live mereka lebih menarik soundnya berbanding versi album ini.
Mungkin hanya 3 atau 4 lagu yang betul2 bagus antaranya "The Antichrist" (1st time dengar dah suka lagu ni...suka solonya...tapi tak berani nak nyanyi...liriknya setan...heheh..), "Die By the Sword" (lebih suka versi Live Undead...siapa boleh lupa intronya Araya cakap "They say the pen is mightier than the sword... I say **** the pen...cause you can DIE by the sword!!!"), "Black Magic" dan mungkin juga "Evil Has No Boundaries". Tapi masa pertama kali mendengar lagu Siluman - Rusty Blade (Awas), saya rasa macam kenal jer into tersebut. Cuba bandingkan intro "Metal Storm/Face the Slayer" dengannya. Lebih kurang tak?
Di tahun 80an dulu, selepas Mercyful Fate dan Venom, Slayer lah pada ketika itu yang saya rasakan band yang paling setan dan menakutkan. Dengan imej salib terbaliknya, kalau orang tua saya jumpa sudah pasti kasetnya akan ke parit. Lagu hantu berubat kata abah saya.
Jika anda tak kisahkan sound yang raw dan amatur, mungkin album ini patut anda miliki. Pada saya konsep muzik yang dibawakan Slayer pada ketika ini lebih saya suka berbanding dengan album-album mereka selepas Seasons in the Abyss.
NWOBHM patut dijenamakan semula menjadi EGWOBHM (ever green wave of...)
ReplyDeletekerry king sebelum botal dan bertatu satu badan...haha glam giler imej diorang haha
ReplyDeletetypo...botak la....aiyaaa
ReplyDeletepakai celakk
ReplyDeleteBest lak ayat hantu berubat tu haha
ReplyDeletezaman ni KK dan DH mengganas... steady!.. rekemend!
ReplyDeleteShow No Mercy to Democracy
ReplyDeletehaha
dulu masa aku kecik...aku pernah tgk pakcik aku lukis gambar cover album nie... aku ingat raksasa ultraman ajer....
ReplyDeleteRiff black magic tu yg buat aku start minat Slayer
ReplyDeleteKalau arwah org tua aku kata lagu panggil setan..heheh
kualiti produksi hampeh... Re-record!!! hahaha...
ReplyDelete