Monday, April 29, 2013

Chaos A.D.

Yang dah cecah 20 tahun...


Sepultura - Chaos A.D. (1993)

"The Beginning of the End". Mungkin ini ayat yang paling sesuai untuk mengambarkan Chaos A.D.
Tapi pastinya ada juga yang tidak akan bersetuju. Biasalah...selera lain-lain.

Chaos A.D. merupakan titik bermulanya perubahan mereka. Ada 2 kemungkinan yang berlaku. Samada mereka mula menjumpai identiti sebenar mereka iaitu tribal sound ala Brazil ataupun mereka cuba mengikuti perubahan semasa dengan memainkan groove metal ala Pantera yang kemudiannya mencetuskan nu-metal.



Tetapi bagi saya, Ini adalah rilisan terakhir dari Sepultura yang boleh masuk kepala. Bermula dari Roots dan ke atas memang malas dah nak ambil tau. Bagi saya Sepultura dah mati selepas itu. Dengan tribal sound (mungkin boleh juga dipanggil world music metal), groove metal dan nu-metal,mereka sudah pastinya akan mendapat peminat baru...mungkin lebih ramai...mereka terus kekal relevan untuk tahun-tahun 90an...tapi tidak untuk saya. Mungkin jika anda pengemar thrash/death metal, anda akan bersetuju.

Chaos A.D tidaklah sehebat Arise. Tak boleh nak banding Beneath The Remains dah ke bawah...ianya memang berlainan. Tetapi tidak boleh dinafikan ianya sebuah album yang baik. Chaos A.D. agak perlahan temponya berbanding Arise. Walaupun begitu masih ada thrashnya. Andreas Kisser bukanlah seorang gitaris yang sangat teknikal. Solo-solonya pun biasa-biasa sahaja tetapi dia sentiasa mempunyai rif-rif yang sangat catchy. Tetapi kunci utama Chaos A.D. terletak kepada Igor Cavalera. Ketukan drumnya memang awesome.


Lagu -lagu seperti Refuse/Resist, Territory, dan Nomad adalah penyelamat untuk mereka. Penyelamat di sini bermaksud peminat-peminat lama mereka sudah pasti akan menyukainya. Manakala Biotech Is Godzilla membuka lembaran baru dengan elemen hardcore punk mereka.

Kesimpulannya ia adalah sebuah album yang bagus tetapi ada lagi yang bagus yang pernah dihasilkan oleh mereka. Band perlu berevolusi...tetapi tidak semuanya akan diterima peminat. Chaos A.D adalah legasi  thrash terakhir dari Sepultura....sekurang-sekurangnya itulah yang saya rasakan.




7 comments:

  1. "The Beginning of the End"
    oh saya suka kata-kata itu...

    nampaknya kita punya selera yg sama.

    ReplyDelete
  2. betul..album terakhir aku layan..lepas tu tutup buku terus

    suka album Arise ke bawah

    ReplyDelete
  3. aku dulu beli versi yang dapat bendera besar Sepultura untuk gantung kat tembok..

    ntah mana gi.

    ReplyDelete
  4. Berlainan pulak dgn aku, aku suka kedua2 era, zaman thrash dgn zaman groove metal, tapi lepas Max keluar dari Sepultura, aku dah x follow band ni...mcm mana kau nak suka balik band ni kalo frontman/pengasas band ni keluar dari band asal dia?

    ReplyDelete
  5. Sepultura lepas album Roots aku dah tak follow dah.pasal Max dah takda.keluarnya Max bermakna thrash keratif dari beliau dah takda

    ReplyDelete
  6. propaganda lagu fav dalam album ne!!

    ReplyDelete
  7. album ni muzik dia selari dengan perubahan fizikal diorang, hahaha. tapi ini antara faveret aku ni kalau Sepultura. Biotech is Godzilla!!

    ReplyDelete