Saturday, April 13, 2013

Heartwork

Sebuah lagi album kegemaran yang dah cecah usia 20 tahun


Carcass - Heartwork (1993)

Ada yang kata dengan Heartwork, Carcass dah sell out. Merubah muzik mereka dari grindcore kepada teknikal death metal bolehkah dikatakan sebagai sell out?

Tapi yang pastinya, dengan Heartwork mereka berjaya menghasilkan muzik yang berat, aggressive, laju tetapi dalam masa yang sama agak melodik. Apa yang membezakan Heartwork dengan album death metal yang lainnya adalah keupayaan mereka menyusun struktur lagu dan arrangement yang agak complicated dan teknikal tetapi dalam masa yang sama agak melodic dan catchy tapi masih brutal.



Bintang utama Heartwork sudah semestinya Bill Steer dan Michael Ammott. Mungkin mereka pasangan Tipton/Downing atau Smith/Murray untuk versi death metal. Mereka menghasilkan banyak riff-riff yang catchy dan harmoni. Yang lebih menariknya solo-solo mereka agak lebih melodic kalau nak dibandingkan dengan tipikal gitaris album death metal yang biasa. Sayangnya gandingan mereka tidak berkekalan.

Saya bukanlah peminat tegar genre grindcore dan saya selalu merasakan muzik grindcore agak terbatas. Heartwork membuktikan Carcass menjadi lebih kreatif bila mereka mula bermain lebih dari grindcore.

Disebalik zaman meleweh grunge, Heartwork antara yang yang orang kampung saya cakap "Make My day". Salah satu album terhebat genre teknikal death metal yang pernah terhasil...

REKOMENDED!




6 comments:

  1. album yang mengajar aku macammana mahu hasilkan distortion berkuasa pemusnah.hahaha

    ReplyDelete
  2. true, bagi peminat genre grindcore kental, mereka akan merasakan album ni Carcass dah betul2 sell-out. Tapi pada aku album memang best! Teknikal habis dan x boring la kalo dgr. Memang diorang dah bosan dgn konsep dari album Reek of Putrefiction dan seterusnya kot, sbb tu diorang beralih ke death metal. Erk....grunge meleweh ke?hehe

    ReplyDelete
  3. Michael Ammot tu yg gitaris Arch Enemy skang kan?pemainan dia dlm muzik berat genre mcm ni mmg kena la.solo dia pun enak..

    ReplyDelete
  4. ammot dari Carnage, Carcass dan Arch Enemy... layan solo dia

    ReplyDelete
  5. carcass zaman grindcore...aku suka baca lyricsnya..penuh perkataan yg pelik pelik...tak pernah dengar dan tau masa beljar dulu....

    ReplyDelete
  6. Amott dengan band stoner rock dia Spiritual Beggars pun boleh tahan gak...

    ReplyDelete