Thursday, August 22, 2013

From Cat Stevens to Yusuf Islam

Ini adalah buku yang sempat saya baca daripada membuta waktu lunch sepanjang bulan ramadhan yang lalu...







Buku ini ditulis oleh Hermawan Aksan. Seorang warga Indonesia rasanya. Ringkasan buku boleh baca di gambar no 2.

Hidayah itu milikNya. Tak kira anda seorang rockstar atau siapa. Bagi sesiapa yang baru mengenali siapa dia Cat Steven dan cerita bagaimana beliau mendapat hidayah untuk meninggalkan dunia glamour dan memeluk Islam, buku ini sememangnya untuk anda. Tapi bagi yang yang dah tau kisahnya, buku ini sedikit mengecewakan.

Ada 2 sebab kenapa ianya mengecewakan.

Pertamanya, nampak sangat penulis buku ini jenis "copy and paste". Kebanyakan info dan tulisan boleh sahaja kita dapati di wikipedia atau laman web Yusuf Islam sendiri. Tiada yang eksklusif. Banyak juga ayat-ayatnya seperti "direct translation".

Keduanya, bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia sedangkan buku ini terbitan Malaysia. Sepatutnya penerbit melakukan terjemahan ke Bahasa Malaysia sebelum ianya diterbitkan. Setakat meletakkan glosari di bahagian belakang seolah2 penerbit nak buat untung lebih. Jenuh juga asyik nak meyelak halaman belakang demi untuk memahamkan sesuatu ayat.

Maaf. Mungkin saya tidak adil kerana mengharapkan ianya sebuah buku ala-ala biografi. Terlampau tinggi mungkin harapan saya sedangkan bukunya tak setebal mana. Mungkin penulisnya hanya sekadar ingin mengambil untung dari populariti nama Yusuf Islam itu sendiri. Takper lah...sangka baik. Sekurang-kurangnya ada juga usaha dari beliau dan penerbitnya.

Kalau di abaikan segala kekurangan tadi, buku ini sebenarnya agak menarik juga. Sesuai untuk dijadikan inspirasi dan tauladan. Memang banyak perkara yang boleh kita contohi. Jika anda malas nak mengoogle tentang Yusuf Islam di internet. Buku ini memang sangat sesuai untuk anda.

Kalau jumpa. Beli!. Apalah sangat RM20 kalau nak dibandingkan tiket Metallica yang beratus tu...heheheh...





5 comments:

  1. Kalau jumpa. Beli!. Apalah sangat RM20 kalau nak dibandingkan tiket Metallica yang beratus tu...heheheh..

    Aku suka statement ni haha...by the way, album comeback dia Yusuf - An Other Cup ker apa ntah, sedap lagu2 nya dan sungguh inspirational.

    ReplyDelete
  2. Alamak..bahasa indonesia ke..payah sikit nak paham ni

    ReplyDelete
  3. Ade selit lirik2 lagu dia.. Ok lah buku ni..agak payah jugak nk paham bahasa indon ni.. Tp still ok utk info yang ringkas

    ReplyDelete
  4. pernah belek buku ni di kedai tapi tak jadi beli, sebabnya telah dinyatakan di atas.. huhu.. artikelnya pun sangat familiar sebab dulu masa mula2 pakai internet selalu jugak surf pasal Yusuf Islam ni dan save artikel pasal dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara fan site yang famous majicat.com tapi sekarang dah tak aktif.. boleh jugak baca biografi dan artikel yang Yusuf Islam tulis di laman web spiritual dia, mountainoflight.com

      Delete