Kembali lagi ke zaman grunge...album yang dah berumur 20 tahun...
Candlebox - Candlebox (1993)
Tak pasti apakah muzik Candlebox boleh dipanggil sebagai grunge. Atau mungkin kerana mereka berasal dari Seattle maka mereka dilabel sebagai grunge. Ada juga terbaca yang mengatakan mereka sebagai post-grunge. Tak kisah la apa label pun. Yang penting sedap. Bagi aku mereka adalah modern hard rock (modern untuk tahun 90an la).
Walaupun begitu memang ada sedikit pengaruh Soundgarden dan Alice In Chains. Perkara macam ni memang tak boleh nak elak bila kita berada di zaman tu. Ambil contoh Tesla. Mereka bukan glam atau hair metal. Mereka adalah hard rock. Tapi disebabkan mereka berada di tahun 80an, sedikit sebanyak pengaruh tu ada. Begitulah juga dengan Candlebox.
Jujurnya aku tertarik untuk membeli kaset ini kerana imej mereka. Imej rambut panjang yang ditonton melalui video clip lagu "You" yang agak kerap juga diputarkan di MTV channel 5 tv Singapura. Zaman tu nak cari band rock rambut panjang dah susah. Tambahan pula lagu "You" tu memang sedap. Aku memang suka dengan band-band yang ada solo gitar di zaman anti gitar solo ni. Tak silap aku pernah ada cdnya yang aku dapat percuma dari DJ radio Best 104, Bobby Borhan Din. Tapi tak pasti mana entah hilangnya.
Pada aku, mereka bersama-sama Soul Asylum, Collective Soul, Gin Blossoms, Blind Melon dan ada beberapa lagi yang aku dah lupa adalah generasi terakhir rock band yang aku boleh masuk kepala. Malah aku lebih suka mereka berbanding band-band grunge sendiri. Generasi selepas itu seperti Matchbox 20, Creed dan nu-metal memang aku tak masuk kepala.
muzik pd zaman early 90's sebenarnya memang best...
ReplyDeleteterutama death metal!
seriously early 90's aku belum rock lagi...
ReplyDeleteEra 90'an merupakan zaman aku expose dgn muzik sebegini, especially Seattle Sound, ni semua member sekelas aku punya pasal la...band Candlebox ni kira post-grunge sama mcm Gin Blossoms, Better Than Ezra, Soul Asylum dan mcm2 lagi...seringkali aku confuse nama diorang dgn Candlemass hahaha band metal tu...tapi kalau dbandingkan muzik Gin Blossoms dgn Candlebox, aku lebih prefer Gin Blossoms sebab sound country rock serta solo scaling blues rock nya yang mengasyikkan. 90's still the best for me!
ReplyDeleteAlbum ni yg matt sorum drummer guns n roses yg jadi producerkan?
ReplyDeletetak kot...kat kaset tulis Kelly Gray...mamat ni pernah main ngan Queensrÿche
DeleteAku suka satu lagu soul asylum, runaway tren . Lain tak pernah dengar ni semua
ReplyDeleteermm.... band yang aku terlepas pandang nih...
ReplyDelete