Friday, December 13, 2013

Bazooka Penaka

Rock melayu yang dah 20 tahun


Wings - Bazooka Penaka (1993)

Awal 90an adalah tahun-tahun saya meninggalkan rock melayu. Wings yang betul-betul saya ikuti hanyalah sehingga album Teori Domino. Rasanya Bazooka Penaka hanya saya dengar secara keseluruhannya 2 tahun selepas ianya diriliskan (1995).

Ketika itu (1995) saya baru memperolehi cd changer untuk kereta. Ianya jenis yang boleh letak 10 disc sekaligus dan diletakkan di bahagian bonet belakang. Zaman tu tak ujud lagi jenis cd player single disc built-in kat set radio kereta. (Ker dah ada tapi mahal...ntah...saya dah lupa dan tak pasti..tu pun yang jenis cd changer 10 disc ni pun harganya dah seribu lebih dah...)

Maka untuk di jadikan cerita ketika itulah saya kemaruk membeli segala jenis cd untuk menyukupkan bilangan kepada 10. Tu jam tak banyak kedai jual cd. Kaset masih melambak. Tapi cd-cd rock la. Cd dangdut atau Annuar Zain memang tak akan la...hahaha... Cd melayu pertama saya adalah Wings tapi bukan Bazooka Penaka. Ianya adalah Orang Asing.


Bazooka Penaka adalah cd melayu yang ke dua. Ketika itulah pertama kali saya mendengarnya secara penuh. Pernah juga dengar secara gitu-gitu melalui kaset kepunyaan adik perempuan saya (kaset seperti di gambar di bawah adalah kepunyaan adik saya) tapi tak pernah melekat. Mungkin lagu Bazooka Penaka dan Rock 'N' Roll Band sahaja. Tetapi lagu yang cukup biasa saya dengar sampaikan sekarang saya rasa tak larat dan jemu nak dengar dan konpem kena skip kalau saya buka cd adalah Di Ambang Wati.

Ini adalah lagu yang pada suatu masa dahulu rakan sepejabat saya akan putarkan hampir setiap hari ketika kami menaiki keretanya untuk keluar bersarapan. Sampaikan kalau dah sampai warung atau opis tetapi lagu ni belum habis, kena tunggu sampai lagu abis baru boleh keluar. Punya la kemaruk dia dengan lagu Di Ambang Wati ni . Memang tension dibuatnya. Nak buat macamana. Kereta dia.

Memang tak dinafikan, Bazooka Penaka memang bagus dari segi produksinya. Maklumlah mengunakan studio canggih di Australia. Memang sedap bunyinya. Rasanya paling sedap kot dalam banyak-banyak album Wings. Tambah menarik ianya diterbitkan sendiri oleh mereka. Sayangnya mereka masih tak cukup berani untuk menghasilkan 100 peratus lagu-lagu mereka sendiri.


Pada saya ini adalah album Wings yang paling matang konsepnya. Tiada lagi bunyi rock kapak 80an. Muziknya adalah modern hard rock era 90an. Paling saya suka mereka masih mengekalkan tradisi lagu heavy rock n roll ala R 'N' R Lu Punya Suka dalam lagu Rock 'N' Roll Band. Lagu kegemaran saya dari album ini. Sepatutnya mereka mengekalkan lagu-lagu begini dalam setiap album mereka. Ianya boleh menjadi trademark untuk mereka.

Permainan mereka cukup kemas. Saya memang lebih suka Jojet berbanding Black. Joe dan Eddie memang pada tahap terbaik. Kalau ada kekurangannya pun mereka tak ada lagu slow rock yang cukup power untuk menandingi Intan Ku kesepian, Biarkan Berlalu, Sejati dan lain-lainnya.

Kalau tak silap ini adalah zaman rock hanya boleh berambut panjang sehingga paras bahu. Kalau lebih lagu tak boleh mainkan di radio. Tengok sahajalah rambut mereka di zaman ini. Tak hairan lah kalau di dalam album ini memang banyak betul lagu-lagu protes.






20 comments:

  1. Its unfortunate maybe my favourite wings album does not feature black.
    Jojet is forever gersang. Band yang hobit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tapi aku still anggap Gersang 1st album adalah antara album rock melayu terbaik...

      Delete
  2. Aku masih syak curiga macammana man greng boleh dapat jadi best bassist dalam undian para pendengar progrem poprock masa tu. Mesti pompuan yang giler2 kan man bai ngan acis tu vote dia. Konfirm vote orang lelaki dah split kat ramai bassist lain2 band.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...zaman acis,,,2nd album...gersang dah tak best....

      pergh!!! ko ingat lagi siapa yang menang ek...aku lupa dah...padahal kalau ko nak tau...ni bukak rahsia ni...aku yang tulis surat cadangkan kat arwah Adnan Maswan suruh poprock buat undian macam tu...siap surat aku kena baca lagi...guna nick DT Rocker....hahaha...gila serabai time budak-budak dulu...huhu..

      Delete
    2. wah rahsia not a lot of people know....rahsia rock dari celah belukar

      Delete
    3. Hahahahahahaa...celah seluar ketat giler, dah tu siap alter kat lutut lagik

      Delete
    4. tu jam pakai seluar fit getah tu...bebudak tempat aku panggil seluar search...hahaha...

      Delete
  3. Last aku terserempak Jojet dulu masa masih study kat KL dulu, masa tu dia jadi caretaker untuk studio milik bakri (drummer Gerhana Skacinta, Koffin Kanser, Flop Poppy etc) iaitu BMW. By the way, aku suka album ini, masa ni memang top lagu Bernafas Dalam Lumpur tu....Di Ambang Wati pun top disebabkan filem Sembil rasanya.

    ReplyDelete
  4. Memang banyak lagu protes...tapi sangat power...Bazooka Penaka, Bernafas Dalam Lumpur & Satelit Puaka. Antara album terbaik Wings.

    p/s :- Rock melayu yang dah 30 tahun??? ......20 tahun kot (1993 - 2013) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo...lemah mengira...hahaha...dah betulkan...Tq.

      Delete
  5. Ooo seriously, kira ko part of the poprock legend la ye...
    Best eh zaman tu... zaman paling best la...kita plaing untung lalui zaman terhebat la aku rasa. Orang cakap 70s better, tapi pada aku muzik 80s and early 90s still the best. Semalam aku pasang aaron nevil linda rostad dont know much. Terbaik giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...mungkin pasal kita sezaman...kita merasa apa yg bestnya masa 80s...pada aku 70s muziknya terlamapu depressing...80s pulak lebih fun...happy go lucky..party all the time...tu yg seronoknya...tu pasal aku tak masuk pink floyd...hahaha...

      giler arr lama tak dengar dont know much aaron neville linda ronstadt...terus bukak youtube...memang terbaik beb....tak pasal pulak2 aku layan Endless Love - Lional Ritchie & Diana Ross dan Almost Paradise - Mike Reno & Ann Wilson...pergh...sedap...hahaha...

      Delete
  6. Terasa tua bila aku baca entri n komen tu..heheh..
    A.Samad Said pun ada puji Wings dalam inlay ni

    ReplyDelete
  7. kira macam, aku tak paham sangat Genesis, tapi Phil Collins solo aku boleh terima gitu. Kadang2 aku pasang youtube, aku main sebijik2 lagu Phil Collins. OK la nanti aku nak pasang lagu2 80an banyak2.. kalau senarai semua lagu2 80an pop rancak yang pelik2 cam Square Room, Self Control, We Are Ninja, mesti lawak giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..aku pun tak masuk sangat Genesis...tapi aku suka Mike & The Mechanics....aku memang sentiasa ada simpan dlm kereta mp3 lagu2 80s...kurang2 pun sebulan sekali mesti nak layan lagu-lagu macam 99 luft balons, Sunglasses At Night, Your Love, Died in Your Arms, The Riddle dan macam2 lagi la...80s memang best!

      Delete
  8. Ni album advance dr segi sound dan lagu.. Dgr je bernafas dalam lumpur dh tw lain dh.. Ni killer album.. Aku rasa album ni klimaks dlm karrier dorang.. Dan lps tu musnah psl filem sembilu n superstars..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku Wings yang masuk zaman 90s dan kendiannya ni cuma suka Biru Mata Hitamku...lain tak minat sangat...

      Delete
  9. album ni aku layan djaman aku PMR ni... btw, aku rasa imej wings waktu ni plng hampeh hahaha

    ReplyDelete