Friday, December 6, 2013

Freak Of Nature

Album kegemaran peribadi yang dah 20 tahun


Freak Of Nature - Freak Of Nature (1993)

Mungkin tak ramai yang tau pasal Freak Of Nature. Mungkin peminat setia White Lion seperti saya sahaja. Freak Of Nature adalah sebuah band yang ditubuhkan oleh Mike Tramp sejurus selepas berakhirnya White Lion. Sekurang-kurangnya ia adalah pengubat luka kepada pengemar White Lion seperti saya.

Tiada lagi imej spandex dan rambut besar ala glam. Mike Tramp kini seolah-olah seperti pemuzik grunge dengan gaya jean lusuh dan kemeja kotak-kotak. Tetapi muzik mereka masih seperti bunyian LA bukannya Seattle. Muziknya tak lari jauh dari White Lion. Cumanya soundnya sedikit gelap. Tapi yang pasti di rindui adalah rif-rif dan shredding solo dari Vito Bratta.


Kali ini Mike Tramp mengambil pemuzik-pemuzik yang tidak dikenali. Bezanya dengan White Lion, Freak Of Nature mengunakan 2 gitaris. Mungkin untuk menutup jika ada kekurangan maklumlah mencari pengganti  gitaris sehebat Vito adalah sesuatu yang sukar dan mungkin juga untuk sedikit perbezaan jika ianya dibandingkan dengan White Lion.

Dari segi penciptaan lagunya, walaupun tanpa Vito, Mike Tramp masih hebat. Lagu-lagunya memang sedap dan melodic. Secara jujurnya saya katakan ada karyanya lebih bagus dari zaman beliau bersama White Lion. Malah mutu suaranya pun adalah lebih baik dari zaman tersebut. Lagu-lagu seperti "Rescue Me","Possessed", "92" sememangnya seperti White Lion malah lagu perlahannya "Love Was Here" memang sesedap "When The Children Cry".


Sayangnya album ini kurang diberi perhatian. Walau sedap macamanapun, apa yang ada kaitan dengan 80an...tambah pula yang berkaitan dengan hair metal 80an tidak lagi "cool" di tahun-tahun 90an.

Wajib ada bagi pengemar White Lion ataupun Mike Tramp. Kalaulah Vito yang bermain..mesti lagi best...




5 comments:

  1. serius x penah dengar Freak of Nature.... serius!

    ReplyDelete
  2. Baru tau pasal band ni..masa ni yg mike tramp kawen ngan ayu azhari kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan...tu selepas FON...zaman dia nyanyi solo duk australia...(iskh...rasa macam melodi pulak citer kawin2...hahaha)

      Delete
  3. Ada satu boxset Mike Tramp yang demo 5 cd termasuk zaman White Lion or something like that, aku tak ingat title, giler bidding dia bila keluar kat ebay.
    Aku tengok je la.

    ReplyDelete
  4. bro rafi, ayu azahari? perghhhot mama

    ReplyDelete