Thursday, January 16, 2014

Dallas Buyers Club

Banyak movie yang di tonton seminggu dua ni...tetapi antara yang menarik perhatian adalah....


Dallas Buyers Club (2013)

Memasuki tahun baru bermakna pengiat filem akan mula berfestival. Mungkin aku patut menonton kesemua yang tercalon untuk kategori filem terbaik macam yang aku buat tahun lepas. Tapi senarai Anugerah Academy Awards 2014 pun tak keluar lagi. Tapi salah satu yang aku yakin akan tercalon kalau tidak pun sekurang-kurangnya untuk anugerah pelakon terbaik adalah filem ni.

Semasa menontonnya aku dah terpikir...Matthew McConaughey dan Jared Leto sepatutnya layak mendapat pencalonan untuk anugerah pelakon dan pelakon pembantu terbaik. Tak sangka pula rupa-rupa hari tu mereka dah menang untuk Golden Globe Awards. Ternyata tekaan aku tepat.

Aku hampir-hampir tak kenal mereka terutamanya Jared Leto. Berlakon sebagai pengidap AIDS mereka berdua menjadi kurus kering. Mathew kehilangan 23 kg manakala Jared 14 kg. Hebat betul mereka berdua dalam menghayati watak.

Bukan penampilan sahaja, malah lakonan mereka berdua memang hidup. Jared Leto sebagai mak nyah bukanlah macam pelakon-pelakon Malaysia menjadi lembut. Aku harap mereka berdua boleh menang anugerah Academy walaupun sudah pasti saingannya sengit.

Filem ini berdasarkan kisah benar. Jalan ceritanya tontonlah sendiri. Ini bukan filem aksi atau komedi...tapi rating 8.1 di IMDB adalah alasan yang cukup kuat untuk kenapa anda patut menonton filem ini. (malangnya ianya bukan untuk tontonan sekeluarga...ada banyak juga adegan 18sx)

Rekomended!




4 comments:

  1. Replies
    1. ni bukan cerita pasal gay....Brokeback Mountain aku tak pernah tengok...geli ahh...

      Delete
  2. hollywood klu buat filem mmg bersungguh2... bkn stakat pembikin filem, pelakon pun bersungguh2 menghayati watak (cth tom hanks dlm filem cast away jugak kurus kering cekeding nmpk tulang rusuk)

    ReplyDelete
  3. Betul,movie ni memang best,dah tengok pun.lakonan matthew memang terbaik la.kalo dia menang academy pun memang patut

    ReplyDelete